Tangisan Lebaran | menteilsm rules

Tangisan Lebaran

¬Article by menteil with 48 comments
24 Sep 2008

Raya semakin hampir.. Entry aku semua pon citer pasal raya jer.. “Sakan raya betul si menteil nie” Tak la.. Ini tahap boleh dikawal lagi.. Takde la macam raya2 tahun lepas.. Macam aku ceritakan sebelum nie, aku tak semangat nak beraya tahun nie.. Macam banyak je kurang dia.. Oklah.. Lupekan semua tu.. Kita kembali ke pangkal jalan kepada tajuk asal.. Tangisan lebaran? Macam tajuk lagu je menteil.. Tak la.. Takde kena mengena pon..

Setiap kali raya mesti ada sesi bermaaf-maafan kan.. Lepas sembahyang raya wajib pada semua ahli family untuk berkumpul dan bersalam-salam sambil meminta maaf.. Dengan harapan semua dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan dapat dilupuskan pada pagi hari yang mulia itu.. Persoalan yang menarik dan perlu dibincangkan; pernah ke korang mengangis dan perlu ke?

Baiklah.. Aku ceritakan secara jujur pengalaman aku sendiri.. Selama aku menyambut syawal nie, sekali je aku menangis di depan mak bapak aku time mintak maap.. What?!! Abis tu 20 tahun yang lain kau langsung takde perasaan ke menteil? Yup!! Bagi aku macam biasa je.. Takde ape pon.. Ha?!!

Bilanya aku menangis bila mintak maaf di pagi raya? Sewaktu aku berumur 19 tahun.. Kerana apa? Ntah!! Aku tak dapat nak terangkan secara jelas kat sinie.. Perasaan tu datang secara tiba2 tanpa dijangka.. Bila tersentuh je tangan aku ngan bapak aku, tetiba dada aku begitu sebak dan aku dengan teresak2 mengeluarkan perkataan “maafkan kami pak.. kami banyak buat salah”.. [panjang lagi.. terpaksa ditapis] Dan buat pertama kali aku memeluk bapak aku secara rela.. Selalunya bapak aku yang menarik aku untuk dipeluk..Teruk bukan?

Part mak aku? Memang masa tu langsung takde perasaan malu.. Mencurah2 air mata aku keluar.. Dan aku langsung tak mampu berkata apa2.. Hanya tunduk mencium tangan mak aku dengan air mata.. Aku peluk mak aku dengan kuat dengan harapan semua dosa yang pernah aku buat terhadap mak aku hilang!! Terlalu banyak!! Lepas aku leraikan pelukan, mak aku cium pipi kanan aku, pipi kiri aku, hidung aku, dahi aku, badan aku,  semua lah.. Aku tau mak aku sangat terharu dengan kelakuan anaknya yang bernickname menteil ini.. Sangat sukar untuk aku menangis, sangat sukar juga aku nak meminta maaf.. Dan sukar juga lah untuk aku menyesal dengan perbuatannya..

Kenapa hanya tahun 2005 itu je? Lagi sekali, ntahla!! FYI masa aku meminta maaf tu, luka jahitan di peha aku masih belum kering.. Besi masih lagi tercacak kat betis kiri aku.. Dada aku masih sakit dengan kesan pelanggaran.. Semasa aku ingin bersalam tu, muncul semua memori sewaktu mak bapak aku jaga waktu aku sakit, muncul lagi wajah kerisauan mak bapak aku semasa aku di hospital, dan dengan tiba2 hati aku menimbulkan soal “adakah ini balasan terhadap dosa aku dahulu” Dhumb!! Aku kena!!

Tapi kenapa pulak raya yang lain kau biasa je menteil? Ha.. Ini lah yang aku tengah fikirkan.. Dan banyak pulak persoalan yang timbul.. Adakah kerana aku tak pernah menyesal? Adakah dengan tragedi saje yang akan membuatkan aku sebak? Buat kali ke-3, ntahla!! Mungkin aku kurang penghayatan di pagi raya.. Fikiran aku sudah disetkan bahawa bermafan itu biarlah ikhlas walaupun tanpa air mata.. Sebenarnya selepas peristiwa itu aku lebih sebak berbanding raya sebelumnya.. Cuma air mata aku ‘degil’ untuk keluar..

Maaflah, entry kali nie sedikit panjang dan sedikit emo.. Aku tak perasan.. Dada aku juga sedikit sebak bila menulis part mak aku tu.. ok lah.. Salam lebaran..

hargailah mak bapak kau selagi mereka masih ada.. tunjukkan kau sayang mereka.. duit tak pernah membuatkan mereka bahagia..

credit image rigidius

Entri Ini Mungkin Berkaitan

Category: Cerita Saya
Jom Langgan rss feed saya

There are 48 comments. Leave a comment!

  • ¬ azah
    #4110 September 24th, 2008 at 5:53 am

    sayunya….:nangis:

    Reply

  • ¬ tivitune
    #4111 September 24th, 2008 at 6:06 am

    huhu..ni memang kes tak makan saman ni..:baik2:

    Reply

    menteil reply on September 24th, 2008 at 10:00 am:

    owh.. aku memang suka kumpul saman.. haha..
    :lerrr:

    Reply

  • ¬ catzer
    #4114 September 24th, 2008 at 8:05 am

    huiyo…raya sudah mari habis duit aku nak bg duit raya kat anak buah..baik aku nyorok nanti..kekekek :alaa:

    Reply

    menteil reply on September 24th, 2008 at 10:02 am:

    er…
    :apa:
    aku pon ramai anak buah..
    melayang….

    Reply

  • ¬ wanie
    #4116 September 24th, 2008 at 8:50 am

    oooo…time luka belum kering, besi tengah tercacak lagi ko nangis yep..ooo time dah sihat ko xsayu pulak yekk..hahahha

    errr tapi kan menteill

    aku xpenah buat tu sume salam2 mintak ampun tuh..balik kg pun dr kecik xpenah langsung aku tgk bapak aku n sedara mara aku buat gitu gak..

    Reply

    menteil reply on September 24th, 2008 at 10:03 am:

    oo ye ke?
    pekate ko mulakan dengan family ko..
    sungguh indah..
    huhu..
    :nangis::nangis:

    Reply

    wanie reply on September 25th, 2008 at 8:00 am:

    aku kalau salam xdpt duit raya malas lar..hahahaha

    Reply

  • ¬ zariel
    #4117 September 24th, 2008 at 8:55 am

    aku dah tak punya ibu…[STOP]

    Reply

  • ¬ Kujie
    #4118 September 24th, 2008 at 9:05 am

    tersentuhnya emosi….
    kt kampung mertua kak jie mmg kami berkumpul…penuh ruang tamu..keluarga besar- anak 11, menantu 9, cucu dah berpuluh2…so meriah..mmg bersalam ikut peringkat umur. yg tua dulu….

    kat kampung kak jie mmg tak de tradisi ini tapi bila kak jie dah kahwin..kakjie bawa tradisi ini kt rumah….yg baik kita ikut…

    Reply

    menteil reply on September 24th, 2008 at 10:05 am:

    aah.. ikut urutan..
    aku orang last..
    sebab aku bongsu.. hehe..
    eh? skang ada anak buah..
    aku dah kira otai.. hehe..

    errmm..
    elok la tu..
    teruskan perkara yang baik…
    :baik2:

    Reply

    Kujie reply on September 25th, 2008 at 9:30 am:

    Otai kena sediakan duit raya
    tu yg parah…ngeh!

    Reply

  • ¬ taukey
    #4126 September 24th, 2008 at 11:14 am

    :hehe: rock rock ko pun ada masa sayu juga. tol tak? :nangis:

    Reply

  • ¬ JuliaNa
    #4127 September 24th, 2008 at 12:10 pm

    emm…biasanya kalau sakit kita sensitif sikit..ye tak?

    Reply

  • ¬ fieza_dilla
    #4128 September 24th, 2008 at 12:34 pm

    hai…salam kunjungan… first time gak dtg blog ni. thanks sudi singgah

    Reply

  • ¬ megat
    #4129 September 24th, 2008 at 1:04 pm

    keras hati juga la kau ni menteil huhu. tetiba ada idea nak bikin entri baru berdasarkan entri kau huhu.

    Reply

    menteil reply on September 24th, 2008 at 8:37 pm:

    hehe.. taburkan idea kau itu..
    :baik2:

    Reply

  • ¬ najlaa
    #4130 September 24th, 2008 at 5:11 pm

    erkk..aku baca gitu2 jer..pjang sket entry nih…huhu…sebab tgh study tuk next lectures ni… bosan2 aku g page ko ni jap menteil…heh..

    aa maybe ade hikmah ko kena eksiden every tyme pose kot…supaya ko boleh reflect balik tyme ko nyesal tak hengat nihh..hehe..:hehe:

    Reply

    menteil reply on September 24th, 2008 at 8:37 pm:

    erk!!! macam doakan aku jer nie..
    adeh..
    :cak2:

    Reply

  • ¬ kreuger
    #4131 September 24th, 2008 at 7:59 pm

    huhuhuh… sedey beb… series….
    nak diceritekan secara pendek jer… aku pon mengalami scence macam nko gak..

    memula masa nak bersalam-salam lepas raya, aku still macam tak bersalah. Konon nak kontrol macho laa kan… tapi aku dah rase macam sikit sebak dah sebab tengok adik beradik lain semua nanges-nanges…

    Gua cakap… eee aku laki laa.. takkan nak nagis macam akak gua kot… dalam dok kontrol macho… mase cium tangan abah aku… tetibe perkataan mintak maaf tuh disambut dengan linangan air mate kekesalan. huuhuhuh… sekeras-keras hati lelaki bleh nenges da~ memang bukan saje dibuat buat… tetibe timbul penyesalan dalam diri mengenangkan kesilapan aku mase kecik dengan mak dan abah aku.

    ekeke…. ok laa menteil.. sekian saja perkongsian cerite ala-ala sensasi dari Kreuger.
    * Jom raya ni pakat nanges sesame… kekeke… mesti orang tua kite syahdu maa.. kalau anak nakal macam kite ni nangis mintak maaf… die rase bertuahnye laa dapat anak macam kite ni…. tetibe macam hilang semua penat lelah die besarkan kite… kan…

    ~erm.. nko bagi tak duit raya kat mak abah nko taun ni???

    Kreuger®

    Reply

    menteil reply on September 24th, 2008 at 8:39 pm:

    hehe.. kau memang sentiasa cover macho beb…

    erm.. tak.. mereka pon tak heran ngan duit yang aku bagi.. adeh!!
    :taktau:

    Reply

  • ¬ eclipse
    #4135 September 24th, 2008 at 8:41 pm

    terharunya

    dah 3 thn x beraya sama dgn mak n abah :E
    :alaa:

    Reply

  • ¬ nadia
    #4136 September 25th, 2008 at 3:34 am

    terharu la plak..:alaa::alaa:
    ayah tak pernah nangis tp bila salam nenek pagi rayaa mesti nangis …masa tu terfikir ‘lelaki,sekuat mana pun mesti nangis kalau ada benda yg betul2 syahdu’ Ermmm…

    Reply

    menteil reply on September 25th, 2008 at 8:15 pm:

    maknanya ayah kau tu betul2 menghargai..
    ko pon mesti terharu masa tu kan..
    :nangis:

    Reply

  • ¬ princess azi
    #4137 September 25th, 2008 at 7:24 am

    sedihnye bace…
    nak nanges…
    sob2…

    selamat hari raye~

    Reply

  • ¬ apek terror
    #4141 September 25th, 2008 at 10:41 am

    ade ape dgn raye…gua hari2 raye…

    Reply

  • ¬ ahmoi
    #4143 September 25th, 2008 at 11:23 am

    aku ank yang nakal..slalu gak buat silap pada mak ayah aku..tapi ntah ler aku ni memang payah nak nagis ler…skali jer..tu pun bukanler masa aku minta maaf di hari raya tapi sebab aku ada buat salah. Kalau hari raya ..aku tak pnh lak nangis kalau di pagi raya..nangis atau tak yang penting hati ikhlas..

    Reply

  • ¬ Selamat Hari Raya Aidilfitri 08 | Artikel Percuma Komputer & Internet
    #4144 September 25th, 2008 at 12:13 pm

  • ¬ affuan
    #4146 September 25th, 2008 at 6:12 pm

    mintak maaf pun, kalau tak cakap apa salah ko ngan diorang - mana aci. haha. yang paling senangm jangan wat salah kat orang. nasihat ini sesuai untuk manusia ego yang susah sangat nak merendah diri untuk minta maaf.

    best la smiley ko. kongsi eh. email aku ko ambik mana. aku nak letak banyak2 sebab comel sangat. haha.
    :alaa::gelakjahat::chayok::kucin::wargh::werk::wah::pang::terharu::haish:

    Reply

    menteil reply on September 25th, 2008 at 6:20 pm:

    hehe.. ini aku edit sendiri la..
    yang betulnya ada kat sini..
    http:// hadiariawan.web.id/2007/03/27/plugin-kucing-lucu-smilies/

    Reply

    affuan reply on September 27th, 2008 at 2:09 pm:

    thanks!! haha.

    Reply

  • ¬ pipot
    #4148 September 25th, 2008 at 6:23 pm

    “hargailah mak bapak kau selagi mereka masih ada.. tunjukkan kau sayang mereka.. duit tak pernah membuatkan mereka bahagia..”

    tapi aku dh 3 tahun bturut2 tak cium peluk apak aku.Raya tahun nie ntahlaaa(kali ke-4):nangis:

    Reply

    menteil reply on September 25th, 2008 at 8:16 pm:

    apa kata kau peluk tahun nie..
    kompem bapak kau terharu sangat..
    :alaa:

    Reply

  • ¬ KNizam
    #4153 September 25th, 2008 at 11:36 pm

    perghhhhh cun la header ko kali ni. hehe :)

    selamat hari raya aidilfitri 1429H
    maaf zahir batin….hohoho baliikkk kammppunggg. hehe :)

    Reply

  • ¬ syzn rzki
    #4155 September 26th, 2008 at 12:56 am

    aku pun penah skali jah nangis ms mnt maaf..thn 2005…aku f5, nak SPM dh..hu3…tatau ah np blh nanges. kalo thn2 laen, aku siap gelak2 time salam ngn parents, malu…ha3:hehe:

    Reply

    menteil reply on September 26th, 2008 at 1:11 am:

    ceh!! ini betul tak ikhlas nie..
    siap gelak2 lagi…
    :gelakjahat:

    Reply

    syzn rzki reply on September 27th, 2008 at 12:39 am:

    agk lah! :hehe:
    gelak2 mcm apa tah…
    memalu an diri sndri jah…:pang:

    Reply

  • ¬ witty angel
    #4156 September 26th, 2008 at 1:06 am

    aaaa kamu telah membuat betaaaa super duper homesickk..waaa..nak balik plssss..plss..plss..tulunnnnnnn

    Reply

    menteil reply on September 26th, 2008 at 1:13 am:

    haha… padan muke…
    nanti aku bg pintu doraemon okeh…
    :lerrr:

    Reply

  • ¬ diya
    #4160 September 26th, 2008 at 2:44 am

    alahai. sentimental jugak menteil ni ye. terharu lak baca part ms menteil umo 19 tu.

    err… kak diya awk ni lagi agak takde perasaan pun bila salam2 ni. excited lg adalah. sbb lepas salam dpt duit raya! hahaha.

    Reply

    menteil reply on September 26th, 2008 at 12:24 pm:

    adeh!!
    dapat duit raye..
    ceh!! patotnyer dia yang bagi.. hehe..
    :cak2:

    Reply

  • ¬ nuaeman
    #4163 September 26th, 2008 at 9:55 am

    Selamat Hari Raya menteil.. tak sabar lak nak balik mohon ampun dari kedua orang tua aku.. huhu..

    Reply

    menteil reply on September 26th, 2008 at 12:26 pm:

    selamat hari raya…
    :baik2:

    Reply

  • ¬ mims
    #4164 September 26th, 2008 at 10:19 am

    ni tahun kedua aku raya tanpa famili di sisi…sob sob~:ohtidak:

    selamat beraya bersama famili menteil

    Reply

    menteil reply on September 26th, 2008 at 12:29 pm:

    alorh siannye…
    selamat hari raya…
    (dengan tenang) hehe
    :nangis:

    Reply

  • ¬ JuliaNa
    #4165 September 26th, 2008 at 11:01 am

    ohh!! sudah bertukar rupa blog ini!!

    Selamat hari Raya menteil!! nak balik kampung dah!! :nari:

    Reply

    menteil reply on September 26th, 2008 at 12:30 pm:

    Selamat hari raya..
    ha.. jom la balik..
    :kucin:

    Reply

  • ¬ tivitune
    #4183 September 26th, 2008 at 7:38 pm

    waa..kene balik cepat la cam ni..:baik2:

    Reply

Name (Req)

E-mail (Req)

URI

Message

:alaa: :apa: :baik2: :cak2: more »

Yamaha 135LC

Informasi Yamaha 135LC. Hanya di sini..

Blog Kita

Mari bersama komuniti kita.. Submit Di Sinie..

Weekly Top

categories

archives

blogroll

Blog Kita