Errmm.. Banyak dah post menteil nie berkaitan dengan cinta nie.. Jangan salah anggap.. Itu adalah perkara normal.. Aku pon manusia biasa, aku punya rasa cinta walaupon ramai yang menyatakan aku nie ‘takde perasaan’.. Oklah.. Aku dah buat keputusan.. Mulai saat ini aku akan terbitkan satu entri berkaitan dengan cinta setiap minggu.. Kau setuju? Tak setuju? Lantak la, aku buat jugak.. Wakaka.. [itupon kalau aku rajin]..

Ok, berbalik ke topik asal.. Masih ingat dengan topik Bosannya Bercinta? Bila aku terbitkan entri tu, ada sesetengah wanita dan gadis yang seakan tidak berpuas hati.. Sebabnya? Dorang menyatakan entri itu hanya tuju pada perempuan jer.. Betul ke? Hehe.. Ok aku mengaku memang pon.. Sebab masa menulis tu aku hanya ilusikan ‘dia’ tu seorang perempuan.. Maapkan aku.. Sebagai ganti aku terbitkan pulak berkenaan perkara lelaki yang akan membencikan dan menjelikkan perempuan..

PENIPU - Dah tentu la para hawa nie tak suka akan penipu.. Itu dah kompem.. Siapa yang nak ada pasangan yang menipu kan..

TERLALU MENGAMBIL BERAT - Adeh.. Jangan poyo sangat.. Si dia pon tau menjaga diri.. Nanti si dia ingat kau terlalu mengongkong dia pulak.. Perbataskan kerisauan kau tu.. Dia pon dah besar panjang..

KAU PEROKOK -  Mesti dia akan cakap bila ditanya “i tak kesah, tapi kalau boleh berenti la.. kan tak elok ntuk kesihatan” Itu maknanya dia tak suka la.. Berhentilah kalau boleh.. Dia pon mesti ada terpikir dengan kesihatan anak2 nanti bila berkeluarga..

TIDAK LUPAKAN CINTA LAMA - Tak habis2 kau cerita kisah kau ngan awek lama kau.. Pas tu kau banding2kan pulak.. Marah la dia beb.. Simpan @ buang memori lama tu.. Jangan sesekali ceritakan depan dia.. Nanti dia ingat kau masih belum mencintai dia lagi..

TIDAK SOLEH - Bukan la si dia nak kau tu sampai jadi imam, tapi cukuplah kau punya ilmu asas dalam agama.. Tidaklah dia risau bila mendirikan rumahtangga nanti.. Sama2 membimbing.. Jika dia salah kau boleh tegur dan begitulah sebaliknya..

SENSITIF - Adui.. Jantan beb!! Pebarang sensitif nie.. Takkan nak si dia pujuk kau pulak.. Tunjukkan kejantananmu itu.. Walaupun benar kau bengang, direct cakap kat dia.. Dia pon akan suka dengan kejujuran kau itu..

TAK SERIUS - Tunjukkan kesungguhan kau.. Nanti dia ingat kau main2 dalam bercinta…Cukuplah katakan sayang sebelum kau tidur.. [call jer bg yg belum kawen]

KAU PERALATKAN DIA - Kau bercinta ngan dia sebab dia cantik, kau bangga.. Dia banyak duit, kau boleh cukur.. Yang paling sadis bila kau bercinta ngan dia sebab kau bosan!! Kau takde cinta tapi hanya ada dia yang nak bercinta dengan kau.. Tapi kau tak ikhlas.. Jangan mainkan perasaan perempuan..

erm.. disebabkan aku lelaki.. korang tambah la lagi.. haha..

nie ada link blogger baru.. dia suh promote.. haha.. sila la masuk..

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • bodytext
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • description
  • ThisNext
  • Technorati
  • PlugIM
  • De.lirio.us
  • Reddit

Entri Ini Mungkin Berkaitan