Assalamualaikum…

Nama dia menteil.. Berasal dari Hulu Selangor.. Lahir pada 11 Oktober 1986.. Anak seorang peneroka dan suri sepenuh masa.. Keluarganya tidaklah susah dan tidak pula senang.. Apa2pon dia tetap bersyukur..

Bukanlah seorang yang bijak.. Pandai tu ada la.. Itu katanya..

Seorang yang agak sensitif terhadap tingkah laku..

Dulu dia adalah agak periang, namun kini dia berubah menjadi seorang yang serius.. Mungkin ingin menganjak umurnya ke satu tahap yang baru..

Agak kasar dalam berbahasa.. Sehingga ramai yang berkecil hati dengan sikapnya itu.. Namun di sudut hatinya langsung sekelumit pun niat untuk menyakitkan hati sesiapa.. Kerana caranya agak berbeza..

Langsung tidak ambil peduli dengan tohmahan anasir2 busuk.. Cuma dijadikan modal dalam pengsejarahan perjalanan hidup..

Cukup benci dengan manusia yang hipokrit, berhati busuk dan ‘berlagak pandai’ ..

Terlalu banyak kenangan pahit dalam hidupnya dan sedikit pula kenangan manis tercatit.. Mungkin belum tiba masanya.. Malah dia sentiasa sabar menunggu saat kemanisan hidupnya bersemi.. Gelodak hatinya cuba memujuk dengan itu..

Rakan2 karib ataupun tidak selalu menjadikannya sebagai tempat luahan hati kerana dia adalah seorang pendengar setia dan penasihat yang baik.. Namun tidak pula dia bercita2 ingin menjadi kaunselor kerana itu adalah paling dibencinya..

Dia ingin menjadikan blog ini sebagai tempat curahan pergolakan jiwa.. Suka mengkritik mentaliti masyarakat zaman ini.. Bukanlah dia cukup sempurna.. Kadang kala apa yang dicurah itu adalah perlakuan diri sendiri juga..

Kalau ada pon yang tidak berpuas hati.. “apa aku kisah!!” katanya..

Tahniah pada siapa yang berjaya menghabiskan bacaan ini.. Tepukan untuk diri sendiri.. Sebenarnya masih banyak lagi yang ingin dicatat.. Apakan daya.. Tukang ketuk papan kekunci ini amat malas menjalankan tugas.. Mungkin akan ada lagi tambahan disini..

Salam..

Hidup menteil untuk menteil..

Lagi mengenai menteil

Luaskan minda bila membaca

 

 

 

blank