Masih Relevenkah Penggunaan Melayu?

¬Article by menteil with 39 comments
15 Dec 2008

melayu

Sebenarnya dah lama sangat aku nak mengutarakan persoalan nie.. Tapi bila fikir sensiviti melayu yang kadangkala sangat lembut membuatkan aku berfikir seribu lapan belas kali untuk membincangkan perkara nie.. jangan saman aku ok!

Ok. Kosongkan minda dan relaks bila membaca.. Fikir dan renung.. Kemudian beri pendapat.. Jangan hanya pandai melenting tak tentu pasal!_

Ini sedikit sumber yang mengatakan asal usul perkataan ‘melayu’.. Aku tak tau yang mana betul.. Sebagai rujukan..

ملايو

Mim(م) Lamalif(لا) Ya(ي) Wau (و)

Mim(م): Adalah dari Nabi Muhammad SAW

Lamalif(لا) : Adalah dari La (لا اله الا الله)

Ya(ي) : Sebutan Lembut untuk memanggil. Contoh “Ya Allah, Ya Muhammad”. Ini bermaksud kelembutan, kasih sayang, kehormatan terhadap seseorang.

Wau(و) : Ini daripada perkataan wasiat. Dari wasiat jatuh ke waris dan dari waris jetuh ke watikah. Dengan kata lain keturunan (turun temurun)

http://rezafirmansyah.blogspot.com

Mengenai asal usul nama “Melayu” itu Prof.Dr.R.C.Majumdar mengatakan bahawa ada seorang di India bernama Malaya dan Orang Yunani menyebut mereka Malloi dan ada lagi nama gunung Malaya.Banyak lagi nama-nama tempat di Asia Tenggara dan Nusantara yang berasal dari India.Bahkan pada suku Karo ada Marga Sembiring yang berasal dari India.

Nama Melayu diambil dari nama sebuah kerajaan tertua di Sumatera yang disebut Kerajaan Melayu, dimana kerajaan itu terletak ditepi Sungai Batanghari.

Nama Melayu itu berasal dari nama sebuah sungai dalam kerajaan Jambi yang berpusat di kaki gunung Batang Hari.

Nama Melayu berasal dari Jawa. Melayu diertikan sebagai ‘berlari’. Ini adalah untuk memperingati orang Majapahit yang melarikan diri ke Malaya yang dipimpin oleh Prabu Prameswara.

me = memutus

la = larikan diri

yu = hubungan

maknanya: bangsa yang melarikan diri dan memutuskan hubungan dari orang yang zalim.

seumpama Bani Israil yang melarikan diri dari kezaliman Firaun.

Persoalannya sekarang.. Masih relevenkah penggunan perkataan ‘meLAYU” nie?

‘Layu’ dalam Bahasa Melayu itu sendiri membawa perngertiaan kepada lesu, tidak bermaya dan tidak berdaya.. maaf andai salah.. pengertian dia tetap sama..

‘Me’ pula adalah kata kerja..

Makna yang boleh aku simpulkan ialah melakukan kerja yang tak bermakna.. Melakukan kerja yang sia²..

Kenapa masih menggunakan ‘melayu’? Andai ditukar tiada yang salah kan?

Ya aku tau.. Ini hanya dari segi konteks jer.. Yang penting jati diri kan.. Tapi fikirlah sendiri..

Atau masih memegang pesan Hang Tuah “takkan melayu hilang didunia”?

idea entry seperti ini akan kuteruskan di ntahla.net

Entri Ini Mungkin Berkaitan

Category: Cerita Kamu
Jom Langgan rss feed saya

There are 39 comments. Leave a comment!

  • ¬ adil
    #5941 December 15th, 2008 at 10:36 pm

    pada aku nama melayu da ckup sinonim di seantero asia tenggara. malaysia, indonesia, jawa dll. nama xsemestinya menyatakan tentang perwatakan sesuatu itu.

    ps: melly goeslow = jalan lambat la melly. hehehe… :baik2:

    Reply

    menteil reply on December 15th, 2008 at 11:18 pm:

    ye ke nama tak menyatakan perwatakan?

    contoh;
    gemuk - panggil boroi, bob,
    kurus - panggil kering,

    hehe.. tapi ada betulnya…

    melly pegi slow..
    :baik2:

    Reply

  • ¬ the12
    #5942 December 15th, 2008 at 10:55 pm

    yg perlu diubah bkn pada nama..

    yg tak relevennya perangai dan sikap negatif kita skrg ni..itu yg perlu di ubah.

    p/s: hanya pendapat.:baik2:

    Reply

    menteil reply on December 15th, 2008 at 11:21 pm:

    hehe.. terima kasih dengan pendapat tu..
    macam aku katakan, yang penting jati diri..

    :baik2:

    Reply

  • ¬ Kujie
    #5943 December 15th, 2008 at 10:57 pm

    melayu dlm bahasa jawa = lari

    Reply

    menteil reply on December 15th, 2008 at 11:22 pm:

    ye kak jie..
    menteil ada letak kat atas tu.. hehe…
    :comey:

    Reply

  • ¬ zariel
    #5944 December 15th, 2008 at 11:16 pm

    bila terlalu taksub dgn bangsa ini mungkin menimbulkan kekeliruan.sbb nama sesuatu bangsa hanya rekaan manusia untuk membezakan diri masing-masing. lebih buruk lagi bertujuan untuk membezakan darjat dari yang lain.

    berpegang pada agama yang benar iaitu Islam. apa bangsa dan keturunan sekalipun, yang membezakan antara manusia adalah tahap keimanan kepada Allah. tiada lagi untuk dipertikaikan. hilang semua kekeliruan. itu adalah pokok pangkalnya.

    tapi itulah yang manusia selalu sgt lupa. apatah lagi yang mengaku Islam sebagai agama. sedihnya…

    ps: hanya sekadar ingatan utk diri sendiri. mungkin juga utk yg ingin berfikir.

    pss: aku bangga dengan bangsa aku iaitu melayu. tapi aku lebih bangga kerana Islam adalah agama aku.

    Reply

    menteil reply on December 15th, 2008 at 11:27 pm:

    terima kasih dengan pendapat bernas bro zariel nie.. hehe..

    ok, darjat, pangkat, bangsa dan agama..
    elok aku paste kat sini info yang aku ada simpan..

    Menurut J.M Gullick dalam Malay Society In The Late 19th Century,The Beginning Of Change,terbitan Oxford University Press.Singapore 1989,hal 277. Pada orang Melayu ada beberapa nilai (norma) yang menonjol yaitu:

    a. Adanya konsep status,iaitu senang mengejar status yang lebih tinggi
    b. Bertindak patut menurut adat dan pendapat orang banyak
    c. Jika menerima malu dapat berbuat amok atau sindiran
    d. Tidak suka berbicara keras-keras dengan tekanan terhadap setiap kata atau kalimat.
    e. Cenderung bersifat konservatif
    f. Berpijak pada yang esa
    g. Sangat mementingkan penegakan hokum untuk keamanan,ketertiban dan kemakmuran masyarakat.Hal ini banyak dituangkan dalam bentuk adat.
    h. Mementingkan sekali budi dan bahasa yang menunjukkan sopan dan santun dan tingginya peradaban Melayu.
    i. Mengutamakan pendidikan dan ilmu.
    j. Mementing budaya Melayu
    k. Musyawarah dan mufakat merupakan sendi kehidupan sosial orang Melayu
    l. Ramah tamah dan terbuka kepada tamu
    m. Melawan hanya pada saat terdesak

    Menurut pengakuan Vallentijn (1712 M) seorang peneliti Belanda,bahasa Melayu tidak hanya dituturkan di seluruh Nusantara dan juga negeri-negeri Timur,sebagai suatu bahasa yang dikenal dan dimengerti semua orang,ia juga diketahui dan digunakan di Persia,bahkan melampaui negeri dan sampai ke Filipina.Penterjemah beliau bahkan telah mendengar Bahasa Melayu digunakan di jalanan kota Kanton.

    Dari uraian di atas dapat di tarik kesimpulan bahwa orang Melayu itu adalah:
    Melayu adatnya
    Melayu bahasanya
    Islam agamanya

    Pandangan ini di sempurnakan lagi oleh Ismail Hamid dari Dewan Bahsa dan Pustaka Malaysia yang mengatakan bahwa Melayu itu adalah seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya berbahasa Melayu,mengikuti adat-istiadat Melayu.Pandangan ini melahirkan sebutan bahwa orang bukan Islam lalu masuk Islam disebut “Masuk Melayu”.Sebaliknya orang Melayu yang keluar dari agama Islam tidak lagi diakui sebagai orang Melayu, tetapi disebut ”Orang Lain” atau “Budak Asing”.

    :baik2:

    Reply

  • ¬ Sarah
    #5949 December 15th, 2008 at 11:46 pm

    Salam Menteil.

    Bagi saya, saya lebih bersetuju dengan teori Melayu itu berasal daripada nama Kerajaan Tua di Sumatera yang terletak di tepi Sungai Batanghari. Kalau teori yang katanya berasal dari India itu, saya rasa mungkin waktu itu ada limitasi untuk membuat rujukan lengkap. Bukan setakat di India yang ada Malaya. Di Rusia juga penuh dengan Malaya. Dalam Bahasa Rusia, ‘Maly’ maksudnya ‘kecil’. Jika ditukarkan mengikutkan aturan tatabahasa yang sempurna, perkataan Maly akan bertukar menjadi Malaya.

    Dalam kajian yang pernah saya baca (2-3 tahun lepas rasanya), mereka mendapati Bahasa Melayu adalah bahasa ke-4 terpenting di dunia kerana dituturkan lebih daripada 300 juta orang. Dan menurut kajian, Bahasa Melayu Kuno hanya digunakan oleh penduduk dalam lingkungan Archipelago Nusantara. Jadi, sebab tu saya lebih bersetuju dengan teori yang di Sumatera tu. Sebab kalaulah berasal dari India, India tidak termasuk dalam kategori Kepulauan-Melayu-Nusantara.

    Terjemahan Melayu yang datang dari Bahasa Arab (huruf Jawi) tu pula mungkin hanya kebetulan. Tapi kebetulan tu telah mencantikkan lagi asal-usul Melayu itu sendiri, kan.

    Maaf ye Menteil saya komen panjang2 kali ni. Saya seorang Melayu dan saya bangga kerana saya Melayu-Muslim. Dan saya seorang pencinta Bahasa Melayu yang tegar (haha). Dan saya sangat kisah dengan isu2 sebegini. Pada pendapat saya, maksud Melayu tu tak perlu ditukar atau digubah sini sana. Penggunaan Melayu masih relevan. Cuma yang kurang relevan adalah sikap dan sifat bangsa Melayu. Kita ada banyak kekurangan yang perlu kita baiki supaya bangsa Melayu itu tetap akan dipandang hebat seperti suatu masa dulu dan Bahasa Melayu juga akan terpelihara. Tapi jika bangsa Melayu sendiri malu mengaku identiti dan bahasa pun dirojak sana sini, satu masa nanti Melayu memang akan jadi tak relevan, atas salah kita sendiri.

    (Saya pun tak nak kena saman) :alaa:

    Reply

    menteil reply on December 16th, 2008 at 12:12 am:

    salam kembali sarah..

    oh.. baru tau tentang bahasa ke4 terpenting tu..
    memang diakui melayu ada di mana2..
    tapi semua bertutur bahasa melayukah?
    hehe.. sekadar bertanya…

    yup.. aku pon bangga aku melayu-muslim..
    dan tak bangga dengan yang merosakkannya..

    macam la aku sebab aku selalu merojakkan bahasa..
    oh?

    (sape nak saman sarah? menteil ke? tak mampu la.. hehe..)

    Reply

  • ¬ Sarah
    #5950 December 15th, 2008 at 11:50 pm

    Nah untuk semua Melayu yang membaca blog Menteil yang famous ni. Hehe. Sajak saya yang dibukukan dalam Antologi 50 Penulis Luar Negara Ogos lalu.

    Siapa Melayu

    (I)
    Lelaki Melayu itu
    yang berbaju melayu segak
    butangnya lima
    agamanya hebat
    kerjanya kuat
    sifatnya berani
    hemahnya tinggi
    mahirnya berbudi.

    Yang cakap dan benar
    yang tutur dan buat
    yang janji dan kota.

    Maka disempurnakan sebuah kehidupan
    dibekalkan mereka pelengkap keindahan.

    (II)
    Gadis Melayu itu
    yang berbaju kurung
    butangnya satu
    bajunya lurut
    kainnya labuh
    rambut hitam
    sinarnya di dalam.

    Yang sifatnya malu
    santunnya sipu
    senyumnya lembut
    tuturnya ilmu
    langkahnya gagah
    tak mudah mengalah.

    Maka diindahkan sebuah kehidupan
    dibekalkan mereka untuk menyempurnakan.

    (III)
    Siapa itu Melayu
    bukan kiranya pada belacu
    adalah sutera taruhan budi
    tatapan sejagat insani.

    Reply

  • ¬ shaxx
    #5951 December 16th, 2008 at 12:00 am

    so nak tukar jadi apa?

    Reply

    menteil reply on December 16th, 2008 at 11:06 am:

    malaya mungkin..

    tapi kena la persetujuan ramai..
    adakan perbincangan..

    Reply

    bluecrystaldude reply on December 17th, 2008 at 2:25 pm:

    Kaum Malaya? Huish.. Macam pelik ja bunyinya.. haha

    Reply

  • ¬ Hasbullah Pit
    #5952 December 16th, 2008 at 12:04 am

    Bagi siapa yang taksub inggeris, maka kita boleh katakan “Melayu” adalah berasal daripada “Malay”

    Reply

  • ¬ Callister
    #5954 December 16th, 2008 at 1:05 am

    nama melambangkan peribadi..
    mcm ok je kalo tukar tapi nk tukar kepada ape??:apa:

    Reply

  • ¬ deennasour
    #5955 December 16th, 2008 at 2:44 am

    aku tak berapa sokong yg melayu asal huruf2 tu.
    sbb benda tu dibuat lepas MELAYU tu dijumpa, maksud aku, perkataan MELAYU dlm jawi tu dah siap, baru terfikir, “eh mim tu kira bleh di ambik dari mim dlm muhammad” kira2 gitu la.

    erm aku pernah buat pasal definisi melayu kat blog aku.
    ko try search.
    aku rujuk buku2 aku.
    tak berapa sgt dgn internet bab definisi nih.

    Reply

  • ¬ Khai
    #5957 December 16th, 2008 at 7:07 am

    melayu = meleseu..

    melayukan = melesukan..

    uhuuhuhu… proud to be melayu… tapi lebih proud to be Muslim.. Amin..

    Psstt: Ada apa dengan melayu?

    Reply

  • ¬ PakciQue
    #5958 December 16th, 2008 at 9:45 am

    Topik yang memerlukan permikiran yang kritis.

    Nak komen yang bagaimana ya.

    Apa perlembagaan kata tentang “Melayu”? Aku ingat-ingat lupa lah. Ada sesiapa boleh tolong.

    Reply

  • ¬ biskutz
    #5960 December 16th, 2008 at 10:57 am

    kalo tak nak guna perkataan melayu..
    abeh nak gunakan perkataan ape yer incek menteil?:apa:

    Reply

  • ¬ hafiz
    #5966 December 16th, 2008 at 1:24 pm

    biarkan sahaja perkataan Melayu tu…aku sokong hang tuah…

    Reply

    Kreuger reply on December 16th, 2008 at 6:15 pm:

    huhuhu… menteil… topic best.
    tapi aku tak tau nak mencelah ape.
    tapi aku suke HANG JEBAT.

    Hang tuah… pak turut~

    Namun kedua-dua ni pembela bangsa.
    Depends ar.

    Kreuger®

    Reply

    Taukey reply on December 16th, 2008 at 7:25 pm:

    muahahahaha aku suka hang jebat. aku nak jadi penjahat sebentar. wakakakaka

    Reply

    ika reply on December 17th, 2008 at 7:35 pm:

    hang kasturi harum macam limau kasturi’kah? :nari:

    Reply

  • ¬ Lily
    #5971 December 16th, 2008 at 6:29 pm

    ok aje ckp bahasa melayu .. guna bahasa melayu ..
    cuma sekarang nih mostly menggunakan bahasa pasar …
    pastu rojak .. campurr
    gitula lebih kurang
    :)

    Reply

  • ¬ Marzuki
    #5974 December 16th, 2008 at 7:56 pm

    tak kisah pun melayu hilang hilang di dunia, asalkan islam tetap dihati.

    Reply

    Azizwan™ reply on December 16th, 2008 at 8:23 pm:

    ya betul.. aku sokong..

    aku rasa meLAYU ni perlu ditukar kpd meNYEGAR. wakakaka.. apa pendapat kau menteil?

    Reply

  • ¬ ibnmasir
    #5977 December 17th, 2008 at 1:34 am

    Relevan x relevan kena bawak kt DBP yg mandul bahase tuh.
    Bg aku, asal usul name tu penting bg sejarahnya tapi Melayu tu dh jd kate name khas bagi suatu bangse. So Melayu yg dimaskudkan disinie adalah dlm konteks bangse.
    Adapun melayu-layu itu tidak bermaya
    melayu@belayu itu berlari
    atau pun kerajaan melayu di batang hari, sumenye makna dalam bahasa.
    Arakian omputih panggil Melayu=Malay, it’s ok.:apa:

    Reply

  • ¬ affuan
    #5978 December 17th, 2008 at 10:25 am

    aku setuju kalau nama bangsa melayu ditukar saja. kata orang, 40 orang sebut nanti lama2 akan jadi kenyataan kan? hari2 orang cakap aku dan orang melayu lain tu meLAYU. nasib baik x “layu” betul2. kalo x, bini x suka. ekeke.

    :gelakjahat:

    Reply

  • ¬ bluecrystaldude
    #5988 December 17th, 2008 at 2:23 pm

    A nice idea for a post, but I am not so sure why it is such a big matter. If I don’t speak in Malay, am I any less Malay? My readers think otherwise. How about you??

    Here is my post: AM I LESS MALAY?

    Walau bagaimanapun, post ini menarik :)

    Reply

  • ¬ haritz
    #5992 December 17th, 2008 at 2:49 pm

    Bangsa itu penting, nama itu wujud pasti bersebab. Apa pun pendapat kena rujuk balik pada kitab. Allah jadikan berbangsa2 pastinya satu untuk menyembah padaNya. Yang kita perlu buat untuk menjaga bangsa dan agama. Ini semua ada dalam kitab. “Aku tidak meredhokan mu selagi ibundamu tidak meredhokan mu. Ibunda bermaksud bangsa. Sebab dari bangsa wujudnya negara. Seperti keturunan nabi2. Tiada satu yang bukan dari keturunan nabi. Bermakna bangsa itu penting. Kita cuma persoalkan “Melayu”. Hak Allah kepada bangsa Melayu itu macammana? Sorry tak boleh terang lebih2 kat sini.

    ps:jadi lah bangsa yang sederhana dan merendah diri, tetapi tinggi darjat disisi ALLAH.
    pss:Melayu tak hilang hingga kiamat cuma Melayu yang macammana nanti entah.
    :ohtidak:

    Reply

  • ¬ Sweet Thinker
    #5996 December 17th, 2008 at 4:17 pm

    akoo nk taw pasal kaji selidik prof UM, benarkan melayu berasal dr kelantan. lmbt betol nk kuar!

    Reply

  • ¬ kusu
    #5999 December 17th, 2008 at 4:31 pm

    nama meLAYU tu macam dah jadi doa pulak kan..
    masing2 sebut..haha..
    no wonder la bahasa melayu sekarang makin terpinggir..
    PPSMI..semua tu..huh..

    Reply

  • ¬ ika
    #6005 December 17th, 2008 at 8:17 pm

    walau apa nama sekalipun,agama tetap yang penting
    nabi sendiri tak mengira bangsa apa pun orang tu tapi yang dilihat adalah agama..
    dan,melayu sekarang memang semakin terpinggir.
    terlalu mengagungkan bahasa asing.
    aku bukan nak cakap bahasa asing tu tak penting tapi kalau setiap benda nak dilibatkan bahasa asing,memanglah bahasa melayu semakin melurut jatuh entah ke mana.
    kadang-kadang pemimpin kena ambil berat semua tu.
    bukan sekejap dalam BM lepas tu tukar BI balik pastu nak tukar BM balik.
    apekehenye yop…mcm xde pendirian je
    aku ni la yang jadi mangsa eksperimen pertama..hoh
    apa aku kesah. soalan dalam BI aku jawab dlm BM gak..hehe (ni dalam konteks pendidikan la)
    :cak2:

    dan melayu sekarang dah semakin kurang melayu yang betul2 tulen. aku jugak la tu antaranya…
    :ntah: :haish:

    Reply

  • ¬ bozzo
    #6006 December 17th, 2008 at 11:14 pm

    penambahan,
    The Rock pon ada salasilah keluarga melayu…Obama pon tau cakap melayu…michael jackson pernah tempah baju melayu walaupon tak pernah pakai…releven ke?(relevan tuh bahasa melayu ke?):cak2:

    Reply

    sufian reply on December 18th, 2008 at 4:06 am:

    shah rukh khan pun dah pandai pakai baju melayu..hehe

    Reply

  • ¬ Smitty
    #6778 January 4th, 2009 at 7:38 am

    [[...]]a very interesing post about life in[[...]]

    Reply

  • ¬ PakciQue
    #6905 January 5th, 2009 at 3:38 pm

    Hm..senyap dah isu ni. Dah takde sapa-sapa nak tambah nasi ke..?

    Nak nasi lebih? Sila ke pautan yang diberikan.

    Reply

  • ¬ anakmelayu^^,
    #10824 January 23rd, 2009 at 8:44 am

    salam..

    Jangan menampakkan Melayu itu lemah hatta di mata kita atau di mata mereka-mereka. Kerana di dalam Al-Quran, Allah S.W.T. telah mengutuk bangsa yahudi dan nasrani.(Al-Baqarah : 120).

    Kenapa tidak termasuk bangsa-bangsa yang meneruskan pegangan Islam? Termasuk melayu. Jangan kita terlalu obligasi dengan pendirian dan pemikiran sehingga terkakis dan tertiris pegangan kita.

    Kerana kita masih berpegang pada tali-Nya.

    :idea:

    ~Apa yang penting? Kerjasama!! ^^,
    -Melayu Itu Bangsaku, Islam itu Agamaku-

    Reply

Name (Req)

E-mail (Req)

URI

Message

:alaa: :apa: :baik2: :cak2: more »

Yamaha 135LC

Informasi Yamaha 135LC. Hanya di sini..

Blog Kita

Mari bersama komuniti kita.. Submit Di Sinie..

Weekly Top

categories

archives

blogroll

Blog Kita