Kubah Diangkat Dengan Zikirullah

June 10, 2008 by menteil  
Filed under Dunia Islam

link youtube.. Kejadian ini dikatakan berlaku pada awal tahun ini di Desa Kailolo, Pulau Haruku, Maluku Tengah, Indonesia.. Diceritakan kubah ini perlu dipindahkan ke masjid yang baru.. Tetapi mereka tidak mempunyai kren untuk melakukan tugas itu.. Mengikut sumber dikatakan seramai 3000 orang qiyai berkumpul di masjid itu untuk berzikir.. Dengan Rahmat dan kebesaran Allah kubah dari masjid lama “diangkat dan dipindahkan” ke atas menara masjid yang baru hanya dengan zikirullah. Wallahualam.

Aku masih bingung bila tengok video nie.. Aku tak tau samada aku nak percaya atau tidak dengan video ini.. Tapi tiada yang mustahil dengan kuasa Allah.. Segalanya boleh berlaku.. Ini sedikit komen yang menarik di blog itu..

Salam..Kuasa Allah dgn asbab zikir..ana terfikir kemungkinan ulama’2 dulu menggunakan cara ini utk membuat masjid dan meletakkan kubah sedangkan pada zaman tersebut belum ada alat dan teknologi.kalau kita tengok kat mesir kita akan jumpa masjid yg rekaannya pelik2 yg berusia beratus tahun bahkan beribu tahun..Sesungguhnya Allah maha kuasa..sbnrnya perkara ni ada sebut dalam al-Quran..ingat tak cerita balqis dan Nabi Allah Sulaiman dimana seorang yg soleh memindahkan istana balqis sekelip mata..Kalau Nabi Sulaiman yg buat sendiri kita boleh kata mukjizat tapi Nabi Sulaiman menawarkan kpd umatnya..akhirnya org soleh itu mampu mengalihkan istana tersebut sekelip mata..inilah yg dikatakan karamah para kekasih Allah..nak percaya atau tidak dgn video ni itu hak masing2 tetapi jgn sampai kita menafikan kekuasaan Allah dan karamah para wali kerana ini soal aqidah..Wallahu A’laam…

Lagi satu komen yang boleh difikirkan..

Saya tidak dapat komen apa apa, takut menimbulkan fitnah. Disebabkan kualiti video yang tak berapa bagus, jadi i reserve my comments. alasan org dulu2 tak menggunakan sains dan teknologi tidak boleh diterima akal sama sekali sbbnya, kalau tidak mana mungkin kita dapat melahirkan Ibn Rushd, Ibn Khaldun, Ibn Sina, Al Khawarizme, dan lain-lain saintis Islam yang merupakan penghafal Quran, yg mempunyai byk mcm cabang ilmu tasawuf dan lain2 sebelum melibatkan diri dalam ilmu Maths, Sains dan sebagainya…

Jadi jgn kita pisahkan ilmu2 sains dan teknologi ini dengan ilmu Mencintai Allah sebab semuanya dtg dari Allah juga… lengkap melengkapi utk kita meningkatkan iman dan taqwa. Memang pada Allah tidak ada yang mustahil sebab itu atas izinNya, pelbagai perkara di luar batas pemikiran manusia ini sukar diterima…

Yang paling utama yang harus kita semua pegang sbg umat Muhammad SAW adalah Al Quran sebagai mukjizat terakhir, dan As Sunnah sbg amalan. Tidak ada lagi mukjizat selepas itu. Walaupun mungkin ada jin jin Islam yang turun membantu, atas izin Allah, tapi biarlah saya berhenti dengan mengatakan video ini tidak dapat dipastikan atas asbab kualitinya yang tidak baik.

Segala yg baik datangnya dari Allah jua, tetapi yg khilaf itu datang dari diri saya sendiri…

Allahua’lam bissawab…

Wallahualam.. Sama2 fikirkan..



Entri Ini Mungkin Berkaitan

RSS feed | Trackback URI

17 Comments »

Comment by WANIE
2008-06-10 08:07:44

disebabkan saye tiada di tempat kejadian tk berani la nak komen apa sangat..sumenye boleh terjadi dengan izin Allah s.w.t. tapi mata aku ni mcm nmpak ada tali..allahuallam… kalau dah tau yg sebetulnye nanti ko apdet ek ;)

 
Comment by botak
2008-06-10 09:29:03

aku pon masih kekonpiusan.kejap aku nampak macam ade tali,kejap macam bukan pulak..tak tau nak cakap ape.Subhanallah

 
Comment by diya
2008-06-10 10:43:35

Allah knows better.

 
Comment by haniey shukor
2008-06-10 19:49:31

ermm.macam nak caye tp macam xnak percaye pon ade.
tp meremang gak jab bulu roma aku nengok video nih.
wallahu’alam bissawab.

 
Comment by Kreuger
2008-06-10 21:32:23

Terima kasih kepada saudara kerana memaparkan video klip ni di blog saudara.

Komen saya tak mau nak lebih lebih, Percaya dengan kuasa Allah.

Kejadian tersebut tidak mustahil jika Allah kehendakkan ianya berlaku. Sekarang Akhir Zaman. Tiada apa perkara mustahil takkan berlaku.

Perbanyakkan Berzikir dan berselawat.

Cuma apa yang menghairankan saya, selalunya perkara-perkara yang dianggap ghaib dan halus ini akan dilakukan pada waktu malam, tanpa pengetahuan mane-mane pihak.

It was just my confusing…about this situation. Not less. Nabi Muhammad s.a.w israq mi’raj pon waktu malam.

Perkara ghaib sesuai pada waktu malam kenape ek?
Untuk mengelakkan salah faham antara manusia yang selalu keliru dengan keadaan sekeliling mereka.

Jadi renungkanlah dan pikirlah sendiri. Saya tidaklah bermaksud menidakkan kekuasaan Allah. Apa yang saya khuatir video klip ini mungkin disalah tafsif @ disalah beri pendapat kerana, saksi kejadiannya mungkin seorang Blogger yang blom dapat dipastikan lagi kebenaran dan kesahehan asal-usulnya~

Pelbagai faktor perlu dirujuk sebelum sesuatu keputusan itu diambil.

Fikir-Fikir,
Kreuger®

 
Comment by Nazira Noran
2008-06-10 22:20:04

Tiada yang mustahil atas muka bumi ini, tidak kira siang mahupun malam. Tapi… macam pelik sikit kenapala benda macam ni jadi waktu orang ramai tengok, siap ambil gambar lagi lepas tu kenapa tak keluar langsung dalam berita? breaking news apa kalau kejadian macam ni. Betul tak?

*Dulu banyak kejadian pelik dan aneh kak gee alami. Huhu, tapi ia menjadi rahsia. Kalau cerita kat korang pun bukan korang percaya! Allah maha mengetahui!

 
Comment by aTiQah
2008-06-10 22:47:14

Salam.
Laju je jantung saya tengok video tu. Takut ada benda lain plak yang keluar. He he.

Saya, no komenlah. HU hu.

 
Comment by payeh
2008-06-10 23:48:37

inilah yg dikatakn ngn kebesaran Allah SWT…

 
Comment by budakmerah
2008-06-11 02:06:06

huuuu. bro. ajarkan ku or bg kan ku plugin utk cloud tue. lg satu nk tanye… imej bwh nie guna wp grin ke plugin len. ako nye wp grin x ngam ngan banner. on die banner off. de ide x?

 
Comment by hafifi
2008-06-11 06:27:35

aku tidak tau sejauh mana kebenaran video tersebut tetapi aku percaya akan kuasa Allah yang mampu melakukan apa saje tanpa cacat cela..

 
Comment by ahmoi
2008-06-11 10:46:09

Itulah tanda kebesaran dan kekuasaan allah.Allah boleh lakukan apa sahaja.

 
Comment by budakmerah
2008-06-11 16:55:12

istana balkis manusia leh angkat lg cpt dr jin. manusia lebih power dr jin… jin pon takot tgk kita. tp ske je kalo manusia da rupa cam jin. huhu!

http://budakmerah.selamba.net/

 
Comment by kantoi
2008-06-11 19:59:53

org yg ambik video tu kena
comfirm kan..betul ker tak?
kalau dia kata betul….maka BETUL lah.
kalau dia dah EDIT…tak betul lah jadi nye..

hehehe…nice blog, gedangsa duk kg mana..

hehehehe..kwang..X33

 
Comment by SiRibenMerah
2008-06-12 21:54:03

betulkah??

subhanallah.. =)

 
Comment by kakeru
2008-06-15 18:05:28

Subhanallah…Wallahua’lam (Only God knows)

 
Comment by Hafizd
2008-06-25 04:26:20

thanks..akhirnye dpt gak info psal video kubah terbang tuh..ade orng upload kt fyroo.com…tp xde info.. tengs

:?

 
Comment by kizo
2008-06-30 02:00:32

nampaknya ianya ditarik menggunakan takal yang disambung dari tempat kubah lama ke kubah baru. kalau di perhatikan dengan teliti kelihatan kabel yang merentangi dari tempat kubah lama ke kubah baru. biasanya(pendapat aku) ramai orang datang melihat adalah untuk meraikan siapnya masjid baru itu dimana kubah itu adalah binaan terakhir yang disiapkan. diharapkan video ini tidak memesongkan akidah kita.

http://kizofx.blogspot.com/

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

Trackback responses to this post