Kau punya saudara? Sepupu? Mak cik? Pak cik? Mesti ada kan? Kau kenal dorang? Ingat tak nama dorang? Ermm… Baguslah kalau ingat.. Itu bermakna kau memang ahli keluarga yang baik.. Tapi macam mane lak dengan orang yang boleh dikategorikan ‘tanggang’ nie? Yang langsung tak ambil peduli dengan hal kesah keluarga nie.. Ikuti cerita ini..

Situasi pertama.. Seorang despatch Bank Pertanian Malaysia [sekarang dikenali sebagai Agro Bank] bahagian Seputeh dengan bangganya membawa Honda EX5 menuju ke bangunan Bank Pertanian berdekatan Bangunan Dayabumi itu.. Setelah selesai urusannya di pejabat dia ditegur oleh pegawai BPM itu.. Dia seperti biasa berborak dengan pegawai itu walaupon tidak dikenalinya.. Baginya biasalah sesama staff bersembang.. Tetiba pegawai itu bertanya “bapak macam mane? Sihat?” Dengan selamba bodo dia bertanya balik “encik kenal ke bapak saya?”.. Dengan hangin pegawai tu sound “aku laki Cik Jah la dik oi!! Sepupu kau!!” erkk!!

Situasu kedua.. Seorang insan malang sedang baring kesakitan di Hospital Kuala Lumpur kerana dia baru saja terlibat dalam kemalangan.. Sedang dia mengelamun, datang seorang jejaka bersama aweknya menyapa dia.. Dia yang ketika itu masih mamai menyambut saja kedatangan pemuda itu.. Setelah agak lama pemuda itu bertanya khabar dan nasihat dia meminta diri untuk pulang.. Kemudian dia bertanya pada ibunya “sape mamat tu mak?” Ibunya dengan hangin menjawab “itu sepupu kau la nak.. Anak nyer Cik Man” erkk!!

Situasi ketiga.. Seorang insan yang balik bercuti di kampung dengan rasa bangangnya malas nak bangun tido walhal jam sedang menuju ke angka sepuluh.. Tiba2 dia diganggu dengan panggilan salam “assalamualaikum..” Dengan rasa malas dia menuju ke pintu.. Setelah dibuka, dihempasnya kembali pintu itu sambil merungut “sebok betul la!! nak jual2 barang lain hari la.. xtau ke aku nak tido!!” Walaupun salam itu diberi lagi, dengan rasa tak bersalah dia menyambung tidonya.. Tapi tidonya tidak kesampaian bila ibunya membebel.. “apasal kau tak bukak pintu tu nak oii.. Kan ke pakcik kau tu datang..” Dish!! Aduh..

Kesimpulannya ‘dia’ tu adalah menteil!! Mak aih!! Teruk gile perangai mamat nie.. Sedara sendiri pon tak kenal ke? Kau kalau berlaga bahu ngan dia pon kau tak kenal kot.. Apa nak jadi ngan kau nie menteil..

kenanilah dengan saudara kau agar kau tidak akan malu seperti menteil

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • bodytext
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • description
  • ThisNext
  • Technorati
  • PlugIM
  • De.lirio.us
  • Reddit

Entri Ini Mungkin Berkaitan