Kekeliruan Contest
¬Article by menteil with 36 comments
17 Oct 2008
Seperti sedia maklum aku ada buat contest pada entry yang lepas.. Ok!! Mengikut pemerhatian aku ramai yang masih keliru dengan syarat2 penyertaan tu.. Errmm… Mungkin salah aku jugak sebab tak menyusun ayat yang betul.. Sehingga ada yang mengadu kat YM sebab tak paham.. Macam la korang tak tau aku adalah penggodam bahasa melayu yang cemerlang.. Hehe.. Ok lah.. Aku bagi contoh pernyertaan pada yang ingin punya hosting sendiri..
————————————————–
KRISIS IDENTITI MENTEIL??? (versi mengutuk)
Menteil? Apa tu? Binatang berkaki lapan kah? Ataupon makhluk asing yang punya 3 tanduk di kepala? Entahlah.. Aku sendiri pon tak tau apa menteil tu.. Aku pon baru tau bila aku secara tak sengaja menjenguk blog menteil.net.. Blog peribadi seorang insan yang bernickname menteil.. Apa yang aku dapat simpulkan menteil nie macam punya otak yang kacau samalah dengan identiti blognya iaitu ‘eksperimentasi minda celaru’.. Identiti dia pon aku tak tau.. Dia pon tak penah nak bercerita dengan detail perihal peribadi dia.. Yang dia tau tak abis2 nak komplen itu la, ini la.. Ada je yang tak betul dalam otak dia tu.. Aku rasa la.. Elok dia tu hidup sorang2 jer la.. Tak de orang nak sakitkan hati dia dan dia pon tak sakitkan hati orang..
Bercerita pasal blog dia menteil.net.. 1st time aku masuk aku tengok seraya aku menjerit dalam hati “mak aih!! bapak jiwang giler blog dia nie.. theme pon ayu2 jer”.. Maka automatik aku yakin yang tuan empunya blog nie adalah perempuan.. Tapi sangkaan ku meleset sama sekali bila melihat profile dia.. Nah!! Lelaki!! Malah mengaku sejati tapi blog jiwang giler.. Mungkin dia nie ada krisis identiti kot.. Haha.. [aku memang lelaki sejati ok!!!]
Sudahlah!! Ada lagi cerita dia nie.. Tapi aku simpan la bagi kat orang lain cerita supaya aku taknak membolot keseluruhan hadiah pada contest lumayan dia tu.. Maka aku dengan baik hati ingin memberi pada yang lain supaya aku tidak di cop tamak akan harta menteil.. hehe..
Sebelum terlupa hepi bezday.. Dah tua2 pon nak ngengade lagi dia nie.. Cis!! Nasib belom kawin…
————————————————–
ini contoh kedua
MENTEIL DAN MENTEIL DOT NET (versi sopan)
Semakin hari semakin banyak tumbuh blog di malaysia ini.. Samalah seperti tumbuhnya cendawan di muka bumi ini.. Ini menunjukkan yang bumi malaysia ini makin rancak dengan dunia internetnya.. Entry ini diterbitkan khas untuk merebut peluang mendapatkan hosting percuma yang ada pada blog menteil.net.. Penulis tidak mahu melepaskan peluang yang bukan selalu ada ini.. Maka dengan berbesar hati penulis meluangkan masa menulis entry ini..
Menteil dot net adalah sebuah blog yang ditulis sendiri oleh yang empunya domain iaitu menteil.. Sebilangan besar pengunjung masih keliru dengan maksud menteil ini.. Penulis menteil.net itu sendiri masih merahsiakan makna sebenar menteil itu.. Mungkin dia ada alasan sendiri seperti tidak mahu identiti sebenar dia terbongkar? Kenapa penulis berkata begitu? Yalah, setakat ini dia masih lagi berahsia dengan dunia sebenar dia.. Tapi penulis mendapat tahu yang menteil itu berasal dari perkataan jawa, bahasa yang dia gunakan seharian mungkin..
Pada kali pertama penulis mengintai blog yang menggunakan wordpress itu, penulis sedikit terpesona dengan susunan dan kekemasan blog ini.. Entry yang kadangkala menghiburkan hati juga boleh menjadi duka esoknya.. Mungkin sebab ini dapat menarik ramai pengunjung ke blog ini.. Mana tahu suatu hari nanti menteil.net dapat menandingi blog che det? [haha.. ini gurauan semata2]. Penulis berharap menteil dapat menerbitkan entry yang berguna lagi pada masa akan datang.. Juga tidak lupa, Selamat Hari Lahir.. Semoga jodoh kau akan sampai segera.. Hidup blogger!!
————————————————–
Haha.. Kelakar pulak bila aku menggunakan ayat yang formal nie.. Baik!! Ini la dia sedikit contoh yang aku beri.. Dengan format lain pon boleh guna pakai jugak macam masukkan dalam lagu ker, buat pantun ke atau macam2 la.. OK.. Tak susah kan? Sonang bangat!!!
boleh ke aku letak syarat baru iaitu sudah cukup penyertaan baru aku tutup contest dan baru layak menerima hadiah?
lihat pada contoh satu… santai kan? aku tau ramai blogger yang menulis macam tu..
malam jumaat tido pukul 4.. macam ada bini pulak!!

There are 36 comments. Leave a comment!
¬ mEntEiLs Blog Contest | menteilsm rules
#4467 October 17th, 2008 at 3:50 am
[...] Coraklah penulisan kau dengan apa cara sekalipun.. Karangan ke, puisi ke, pantun ke, bedal jer!! lihat contoh.. 3. Aku tak kisah kalau kau nak memuji atau mengutuk.. Tetapi cacian, makian dan hentaman aku reject [...]
¬ |1f34|-|1r3
#4469 October 17th, 2008 at 4:24 am
haha…kalau aku menang hadiah ni..aku nak bg kat orang lain..bleh x ?
org dh kawin camni style dia..masuk tido awal…yg btol tido tuh lambat..hehe
Reply
menteil reply on October 17th, 2008 at 4:38 am:
boleh ajer.. kalau dah menang itu hak dia la nak wat ape kan..
erk.. terbalik ke?? hehe..

Reply
¬ megat
#4471 October 17th, 2008 at 5:15 am
bagi peluang kat orang lain eheh.
Reply
¬ taukey
#4472 October 17th, 2008 at 8:12 am
hahaha…menarik menarik…senang jer tu. sesiapa buat mesti dapat hosting free. takpun dapat diskaun pun jadi la.
Reply
¬ Uncle G
#4474 October 17th, 2008 at 11:09 am
uiyo.. cam best je buat versi mengutuk nie.. saper lom ade hosting tuh elok la cuba….
Reply
¬ eclipse
#4475 October 17th, 2008 at 11:31 am
akan kot X)
Reply
¬ nikillas
#4476 October 17th, 2008 at 1:03 pm
huahahaha.. agak best penceritaan yg kurang sopan tu.. hahaha..
Reply
¬ Mohd Hafifi
#4477 October 17th, 2008 at 2:48 pm
haha..senyum je aku baca versi mengutuk tu..
Reply
¬ !x0r@
#4478 October 17th, 2008 at 3:25 pm
versi sopan tu ‘cool’ je. haha. tarikh tutup bile ni? bile dah cukup penyertaan eh?
Reply
Marzuki reply on October 17th, 2008 at 6:49 pm:
bulan ni tarikh tutup.
Reply
menteil reply on October 17th, 2008 at 7:45 pm:
belum cukup penyertaan lagi..

masih ada peluang..
Reply
¬ kreuger
#4483 October 17th, 2008 at 7:49 pm
huhuhuhu….
siap ade 2 versi…
ampes eheheheheh…. suah betoi la…
what ever ar menteill…. ekekek~
Kreuger®
Reply
¬ chokilala
#4484 October 17th, 2008 at 8:11 pm
oo.. maknanya xkisah la eh kalau menang nak bagi/jual kat orang lain pun xpe? macam interested. pemenang dipilih berdasarkan apa ye?
Reply
menteil reply on October 17th, 2008 at 8:24 pm:
yang itu boleh rujuk sini >> http://www.menteil.net/menteils-blog-contest.html

Reply
¬ Hairul
#4486 October 17th, 2008 at 9:08 pm
Aku nak masuk. =)
Matlamat aku jelas. Aku nak tempat pertama. Dapat domain dan hosting percuma.
Reply
menteil reply on October 17th, 2008 at 10:09 pm:
wah.. penulisan hairul memang ku tunggu2.. sila2..

Reply
¬ eni
#4488 October 17th, 2008 at 11:07 pm
isk… contest cam best…


cam senang lak bile tgk contoh entri tu yek
tapi tu la…
baru je mengenali sdare meinteil ni…
Reply
¬ kreuger
#4489 October 17th, 2008 at 11:41 pm
tak kire menteil… nko mesti vote aku… muahahahah
pakse rele~ *giler bbetoi…. AFUNDI Kreuger
Kreuger
Reply
¬ bozzo
#4492 October 18th, 2008 at 12:06 am
aku akan masuk dan aku akan menang… ha ha ha(gelak org jahat)
Reply
¬ zariel
#4497 October 18th, 2008 at 12:38 am
weh kreuger… aku cup dulu la wei… err.. teil… jom minum
Reply
¬ bd fabregas
#4498 October 18th, 2008 at 6:22 am
cambest je contest ni.. ini peluang terbaik utk bloggers2 cam aku dpt domain free ni..
Reply
¬ JuliaNa
#4501 October 18th, 2008 at 1:48 pm
pesta memberi domain free ye sekarang?? ehe
Reply
¬ aman
#4502 October 18th, 2008 at 1:54 pm
banyak dah blog yang review pasal blog hang. aku tak taw smpat tak..busy gler..huhu…
Reply
¬ adi
#4504 October 18th, 2008 at 2:28 pm
oho begini rupanya nak wat eheh.
nak sahut cabaran..tp aku xde blog dh huhu.
wat kat blog friendster bleh x
Reply
menteil reply on October 19th, 2008 at 12:55 am:
skang kan blog frenster dah guna wp..
kalau dapat import, maka cantek la tu.. hehe
Reply
¬ topo
#4506 October 18th, 2008 at 5:40 pm
berapa penyertaan yg ko nak before ko ttup ni?? hoho aku rsa cam nk join la plak.. hohoho
Reply
menteil reply on October 19th, 2008 at 1:56 pm:
xtau la… 30 kot.. haha..
Reply
¬ cikja
#4508 October 18th, 2008 at 6:02 pm
mcm best je kalu join… nak try lah.. tunggu dapt ihlam..
Reply
¬ najlaa
#4515 October 19th, 2008 at 1:58 am
hahahaha..sungguh kelakar versi sopan tuh..aku gelak mmg tak ingat dunia punye nihh..adehs..wujud lgik ke org tulis cmtuh dlam dunia blogging..klu buat karangan bhs melayu aku caya ar…
Reply
¬ Extremist Thinker
#4516 October 19th, 2008 at 1:51 pm
kalau akoo mng hadiah nie. akoo nk bg kat awek ko boley?
Reply
menteil reply on October 19th, 2008 at 1:57 pm:
haha.. sia2 je beb.. dia tau myspace jer…
Reply
¬ Kujie
#4586 October 21st, 2008 at 6:19 pm
kak jie tak masuk la kot..hehehehe..nnt menang pula
bagi le peluang org lain
* ayat riak gaban!
Reply
¬ sickchild72
#4588 October 21st, 2008 at 8:43 pm
warkhh!!

best gila contest ni.
nyum2.
haha.
bukan pasal adiah dye duh.
aku nak support.
nak sangat join weh.
tapi aku an ade kat psis tgahutan. aku leh on9 stengah jam je.
then after 2 jam baru leh on9 alek.
mane sempat nak tulis.
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!
nak jugak!! nak jugak!!
Reply
menteil reply on October 21st, 2008 at 9:09 pm:
ler… ko nie…
tulis la kat notepad dulu..
bila ada line baru la up..
xde2!! ko wajib masuk.. aku tak kira..

haha…
Reply
¬ Blog nuaeman | Intel,Mentel, Menteil dan Menteil dot net…
#4714 October 25th, 2008 at 10:56 am
[...] ni.. baik baca betul-betul syarat penyertaannya yang mencelarukan minda tu supaya korang tak keliru. Nanti tak berpeluang pulak nak dapat [...]