Dah 4 bulan aku berblog.. Banyak menda yang aku belajar dan perlu belajar.. Banyak menda jugak aku lalui, baik yang buruk atau separa buruk.. Kalau nak dibandingkan dengan blogger lain, aku ni hanya baby lagi.. Comel gitu.. Mulanya hanya suka2, lama2 jadi bez pulak.. Ok, berbalik pada topik, aku nak kongsi cara aku berblog nie.. Bukan tujuan nak mengajar orang lain sebab aku ni pon bukannya pandai.. Hanya nak berkongsi.. Apa yang aku tulis nie adalah cara aku sendiri ok, so.. tak payah nak kondem2.. Sebelom kau baca serapkan kata2 ini atas blog sendiri “ini blog aku, aku punya suka la nak buat aper”.. Sebab aku takde niat nak sakitkan hati sape2.. Maaf, entri kali nie agak panjang.. Mari..

Aku Ketika Menulis Entri
1. Idea - Aku selalunya akan mencatit key2 penting dalam handset.. Sebab selalunya idea aku menulis sampai tak kira masa.. Tengah berak pon idea leh sampai
2. Tajuk - Aku akan cuba mencari tajuk yang menarik minat untuk orang membaca entri aku.. Kekadang simple jer..
3. Gambar - Menda yang wajib ada dalam setiap entri aku.. Rasanya hanya 2 entri jer takde gambar kat blog aku nie.. Dan yang paling penting gambar itu cantek ataupon kreatif..
4. Perenggan - Entri aku takkan ada satu perenggan jer dalam satu entri.. Sebolehnya aku susun cantik penulisan aku supaya pembaca aku tak serabut
5. Jumlah - Aku selalunya takkan buat entri yang berjela2.. [kecuali entri nie]
6. Bahasa - Semua tau bahasa aku kat blog nie memang hampeh.. Sebab aku percaya takkan ada yang akan copy dan masukkan ke dalam kandungan buku teks Bahasa Melayu tingkatan 5.. So.. Aku bedal jer la.. Aku gunakan bahasa harian.. Senang membaca dan senang difahami..
7. Isi - Blog aku nie di isi dengan berbagai2 cerita.. Cerita orang, cerita aku, kerenah orang, kemarahan aku, macam2 la.. Personal blog kan..
8. Masa - Selalunya aku akan menerbitkan entri aku diantara jam 1 ke jam 3 pagi.. Sebab aku suka menaip di waktu yang sunyi..
9. More - Aku akan gunakan <–more–> atau Read the rest of this entry » untuk menyusun muka utama blog aku dengan cantik.. Juga bertujuan mengelakkan loading yang lambat di blog aku nie..

Aku Ketika Melawat Blog Orang
1. Lawa - Aku akan duduk lama di blog orang itu andai blog dia cantik dan simple..
2. Loading - Wah.. Aku paling tak suka bila aku page yang aku jenguk terlalu lama untuk muncul.. Selalunya Ctrl + F4 aku tekan selepas itu..
3. Mp3 dan Radio - Ermm.. Aku kurang gemar bila blog itu auto play untuk mp3 atau radio.. Aku pengguna IDM.. So.. Mende nie amat mengganggu..
4. Shoutbox - Aku akan menjerit di kotak itu kalau aku berminat pada blog dia pada lawatan kali pertama aku.. Pada yang dah kenal, aku menjerit bila xde idea nak komen.. Hehe..
5. Komen - Aku akan meninggalkan komen jika entri itu menarek hati aku.. Ini untuk lawatan kali pertama pada blog itu.. Tapi aku cukup tak gemar untuk komen atom ataupon pop-up..

Penggunaan Tema
1. Canteks - Jujur aku tak pandai buat tema.. So.. AKu download yang mana aku berkenan dan aku ejas mengikut cita rasa aku.. Aku tak pedulik pandangan orang lain asalkan aku puas..
2. Widget - Ataupon sidebar.. AKu takkan letak terlalu banyak widget kerana ini akan mengganggu proses loading masuk ke blog aku.. Ramai yang aku tengok tak ambil berat penggunaan widget..

Lain-lain Yang Penting
1. MyBlogLog - Bagi aku penggunaan MBL ini amat penting.. Kerana kita boleh tau blogger yang masuk ke blog kita.. Aku juga suka andai blog orang itu memasang MBL.. Ini menunjukkan bukti aku pernah melawat ke blog mereka..
2. Lawatan Balas - Aku cuba kembali meninggalkan komen di blog komentator menteil.net.. Ini sebagai tanda penghargaan aku kepada komentator aku.. Dan aku tanak dikatakan blogger yang sombong..
3. Blog Gurl - Jujur aku suka melawat blog orang pompuan.. Hehe.. Bagi aku dorang jujur menulis.. Bukanlah lelaki tak jujur.. Pompuan lebih sket.. Bukannya bermakna aku tak melawat blog lelaki.. Kebanyakan aku tengok lelaki lebih pandai menyusun ayat daripada pompuan.. Hehe.. Aku tak termasuk..
4. Link - Aku suka bila link menteil.net diletakkan di dalam entri blog orang lain.. Ntah!! Tak tau nape..
5. Visitor - Aku tak mempunyai target apa2 terhadap jumlah visitor kat blog aku nie.. Cukuplah yang masuk itu suka akan idea dan penulisan aku lalu memberi respon yang positif..

aduh.. dah letih.. malas nak sambung…

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • bodytext
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • description
  • ThisNext
  • Technorati
  • PlugIM
  • De.lirio.us
  • Reddit

Entri Ini Mungkin Berkaitan