Eksperimentasi Muzik

¬Article by menteil with 47 comments 47 comments
16 Feb 2009

eksperimentasi-muzik2

Sebelum aku nak meneruskan entry aku nie, aku nak ingatkan dulu yang aku nie bukanlah seorang yang pakar dalam dunia muzik nie.. Dan aku sendiri langsung takde bakat dalam nyanyian (karaoke jamban boleh la!).. Ini pendapat aku sendiri.. OK.. Sebenarnya Salmah Hibon ada tanya aku mengapa sesetengah radio di Malaysia ni selalu sangat menyiarkan lagu dari seberang sedangkan lagu dari negara sendiri dipinggirkan.. Rasanya perkara nie dah lama digembar-gemburkan.. Betul? Er.. Sape Salmah Hibon nie?

Pertamanya aku perlu katakan yang kita nie serumpun (Malaysia, Indonesia, Brunei).. Kita sama² faham dari segi bahasa dan pertuturannya.. Budayanya pon tak banyak bezanya.. Maka tiada banyaklah jurang dan perbezaannya..

Ramai yang menyatakan bahawa muzik indonesia lebih sedap didengar.. Bagi aku lebih kurang jer.. Cuma agungan yang dibuat media menyebabkan perkara nie ditanam dalam minda kita disini.. Aku yakin korang perasan yang Malaysia terlalu ‘berlembut’ dalam membawa karya luar untuk didengdangkan di sini (maxis yang selalu buat, tau lah orang seberang banyak guna maxis!).. Padahal negara luar begitu memilih dan berhati² membawa karya kita ke negaranya..

Mungkin dorang takut semakin ramai artis kita akan popular di sana seperti Siti Nurhaliza, Sheila Majid, Exist dan Search.. Rasanya dah sampai masanya untuk kita melakukan ‘tapisan’ yang lebih ketat seperti mereka.. Tapi takde pulak persaingan? Salah tu.. Mainstream dan Indie pon boleh bersaing.. (imbas kembali Anugerah Juara Lagu) Ini akan menjadikan pengkarya² muzik di Malaysia ini akan lebih berusaha ‘melangkah’ dan ‘memijak’ kembali karya² dari seberang..

Tengok sendiri perkembangan muzik indie di Malaysia.. Dulu pernah kecoh bila lagu Flop Poppy (aku tak pasti lagu ‘Cinta’ @ ‘Aku Dan Kamu’) yang dikatakan meniru muzik dari seberang.. Padahal lagu tu dah lama popular di dunia indie sebelum lagu² seberang dipopularkan.. ‘Lagu Untukmu’ pon dicipta pada tahun 1992 (betulkan andai aku salah).. Aku berani katakan karya muzik indie lebih berkualiti dari aliran mainstream tak kiralah Malaysia ataupun seberang.. Tak percaya? Carik kat sinie dan dengar.. Hehe..

Tentang penyiaran lagu di radio.. Ermm.. Memang kadang² aku sendiri muak dan jelek bila selalu mendengar lagu dari seberang… Ala… Radio yang konon² panas tu.. Haha.. Tapi sekarang kan ada radio yang konon lebih cool tu.. Dia kan selalu siar lagu indie.. Tapi aku selalu layan radio ‘terbang’ jer.. Er.. Aku harap korang paham.. Haha.. Senang citer, boikot jer radio yang panas tu (jahatnye aku)

aku ngantok ar.. nak tido.. aku rasa mesti ramai yang pening baca penulisan aku time ngantok nie.. haha..

menyokong industri muzik tanah air? tapi kalau beli cetak rompak @ download jer tak guna gak.. haha.. untuk diri sendiri..



  • Entri Ini Mungkin Berkaitan
Category: Dunia Hiburan

47 Comments »

Comment by abrar
2009-02-16 00:34:49

memang perlu tapisan kerana mereka sudah buat tapisan kepada musik kita:baik2::baik2:

 
Comment by abrar
2009-02-16 00:36:38

mereka sudah tapis,bila lagi kita?

Comment by menteil
2009-02-16 00:57:11

itulah.. aku tak tau tapisan tu sudah ketat atau belum..
kalau macam dulu tak guna lah..

 
 
Comment by diya
2009-02-16 00:39:44

i jarang dengar radio, menteil. kira excuse lah ye. hehe.

btw, sangat setuju untuk perenggan kedua dan ketiga. u’ve got the point just hit the line!

i guess i need to admit something, penulisan awak dah makin matang menteil =)

Comment by menteil
2009-02-16 01:00:35

hehe.. bukan selalu sangat pon…

er.. thanks diya.. tulis ikut mood memang macam tu.. kejap ok, kejap tak…
matang ek? tak tau plak.. hehe..
:baik2:

Comment by Sarah
2009-02-16 02:53:50

Saya setuju dengan Diya. Cara awak menulis dah lain dah sekarang ni. Makin matang dan kupasannya pun serius. Tak kisahlah macam mana pun Menteil.net sekarang ni, saya tetap peminat menteil. :nari:

(Comments wont nest below this level)
Comment by menteil
2009-02-16 10:21:57

hehe.. bukan selalu macam nie…
nanti pening pale pulak..

thanks sarah..
menteil pon peminat sarah.. auww… huhu..

 
 
 
 
Comment by cikja
2009-02-16 00:48:30

hohohoho… ye ke panas tu dah tak best?.. ntahlah.. skrang peratusan mendgr radio agak kurang.. kalu sebut pasal dulu.. suka dgr panas dari radio nama perempuan tu.. kekeke.. tapi sekrang cikja rase.. dua-dua sama je..

Comment by menteil
2009-02-16 01:04:51

oh? aku terlupa pulak pasal radio bernama perempuan itu.. haha.. tapi radio tu still no 1 kan?
:apa:

 
 
Comment by marzukijalil
2009-02-16 01:37:38

mainstream atau indie, indonesia atau malaysia, dalam negara atau luar negara, aku tetap dengar jika ianya betul-betul berkualiti.

aku benci tomok, chow.

Comment by menteil
2009-02-16 10:15:41

eleh! tomok dah tinggalkan ko kan..
sebab tu ko kecewa sangat.. haha..

 
Comment by Azman Ishak
2009-02-16 15:51:25

nak mencelah kat sini ar… hahaha
ape ape pon, aku layan muzik rock tanah air.
walaupon kekadang aku dengar gak lagu mamat indon ni.
tapi kalau kronik sangat, kompom tak bleh blah nak layan
lagu indon jer… hahaha…

jiwa aku still rock malaysia… yea yeaahhh~

*cetak rompak? Download? hahaha… aku kan lanun
Download… wel.. what can i sez~

 
 
Comment by Jaws
2009-02-16 01:41:05

haha..
sebenarnya kita perlu mencari persefahaman dalam hal ini.
Muzik satukan kita semua..
tidak kira muzik indon or malay, yg penting muzik itu sendiri.
sebenarnya dua2 ada sedap dan dua2 ade yg tak sedap..
ianya depends pada penyanyi dan taste pendengar..
tidak semua dr seberang tuh bagus dan
tidak semua dari Malysia tuh tak sedap..
Kesimpulannya, jenis muzik itu yang membezakan kita..
aku pon dah ngantuk..ape yg aku bebel nih pon aku tak sure..

p/s- salmah hibon,tuh cam pernah dgr jer nama beliau..
zZz..ngantuknya..hehe:cak2:

Comment by menteil
2009-02-16 10:18:54

disatukan? tapi apa guna kalau di negara kita masih memilih negara seberang untuk dikomersialkan?

ye.. aku setuju dua2nya ada yang tak sedap, tapi kalau diulangsiar boleh jadi mesra telinga betul?

kenal ke salmah hibon? jiran sebelah ke? hehe..

 
 
Comment by Sarah
2009-02-16 02:51:41

Salam Menteil.

Saya dari dulu tak pernah suka dengar radio panas tu. Saya pun layan radio terbang tu. Huhu. Banyak point yang tak dapat disangkal lagi. Penguatkuasa kita kurang sensitif tentang hal ni. Sudahnya, brand luar dalam bidang muzik ni lebih dipandang hebat. Sebenarnya sama je. Apa2pun, indie bands di Malaysia memang best.

Comment by menteil
2009-02-16 10:23:35

ntah.. bukan panas pon dengar radio tu.. huhu…

cayalah… hidup indie bands.. hehe..

 
 
Comment by spatt
2009-02-16 02:52:52

aku xpernah dgr radio, n aku xberapa minat dengar radio..

mcm marzuki, aku akan dengar kalau muzik tu sedap pada pendengaran aku..

aku suke rock, n pd masa yg sama, aku ske rossa-ayat2 cinta…hehehe

dua benda je yang akan buat aku membazir duit kerana muzik:
1.aku ade discman..
2.err, satu je kot…

mp3 bole sedut kat mana2, nak buat ape keluar duit… :lerrr:

Comment by menteil
2009-02-16 10:25:45

erk? tak penah dengar radio? biar betui..

aku pon dengar jugak lagu relaku pujuk – spider..
kena jugak layan perasaan kadang2.. hehe..

Comment by spatt
2009-02-17 01:06:37

cam tipu je kan ayat aku tu..hahaha

bkn la xpenah, tp xpnah dgr secara direct…
dgr pn bile nenek aku pasang sinar.fm die je…
pastu layan sms, kire xdgr la tu..hehe :hehe:

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by Chempaka
2009-02-16 06:48:58

Setuju2… Byk sgt lagu seberang kt radio… Naik muak dgr… Sampaikan radio panas dgn radio bernama perempuan tu buat segmen khas tuk lagu seberang… Benci!

Comment by menteil
2009-02-16 10:27:20

oh ye.. aku pon lupe mengenai segmen khas tu..
betul2..

persolannya..
adakah radio seberang pon buat macam tu?
ntahla..
:apa:

 
 
Comment by cuitnazz
2009-02-16 07:06:28

Salam… tak dinafikan memang muzik dr seberang lebih banyak kedengaran dan kelihatan di negara kita.. soalannya kenapa? adakah kerana kita terlalu terbuka pada mereka? atau ada sebab lain.. stesen radio contohnya, pd pendapat aku mereka perlukan ‘modal’ untuk disiarkan pd setiap hari tetapi, adakah muzik yg kita supply sendiri itu mencukupi utk ‘modal’ mereka setiap hari.. nanti kita juga yg muak dan bosan asyik dengar lagu yg dulangsiar.. Lagi satu adakah muzik kita dah cukup dewasa untuk bersaing.. memang ada satu dua kumpulan atau penyayi solo yg memang berkualiti… tetapi selebihnya… cuma hangat2 tahi ayam… ok wa chow….

Comment by menteil
2009-02-16 10:31:56

itulah dikatakan tapisan yang terlalu longgar..
masuklah ape jenis muzik sekalipon, asalkan ianya dari seberang…

macam radio ’segar’ tu, yang hanya siar lagu malaysia.. pada aku ok jer.. tak de ape masalah..

sebab tu aku katakan indie mampu bersaing dengan mainstream di malaysia nie..
kita pon tau banyak sangat artis mee segera kat negara nie.. so banyaklah yg hangat2 taik lembu tu.. huhu..

 
 
Comment by Rjuna
2009-02-16 10:04:56

Sejak ada Indie ni aku layan radio X.fm je, jarang dengar lagu indon, ngarut² je semua lagu yang disumbat ke radio kita

 
Comment by Shaffik
2009-02-16 12:05:44

Muzik indie menjadi pilihan sekarang. Selain menaruhkan lagu2 ciptaan dan kelolaan sendiri mereka sememangnya berkualiti. Muzik indon? Inilah yang aku tak paham. Lagu mereka memang sedap. tapi kalau radio tak putarkan lagu mereka, manalah kita tahu kan. So aku setuju dengan pendapat ko supaya buat penapisan dahulu..

 
Comment by |1f34|-|1r3
2009-02-16 14:28:36

ada btl dan ada tak btol..sbrnya band2 dewa & sheila on 7 membesar ngan lagu-lagu search dan band rock kapak zaman dulu..diorang memang kagum giler ngan band zaman dulu…leh dikatakan ramai giler indon layan search,wings, ekamatra dan sebagainya…skang ni zaman dah terbalik…

ko perasan tak artis yg ko senaraikan seperti Siti Nurhaliza, Sheila Majid, Exist dan Search tuh sbnrnya artis lama…Siti Nurhaliza ada exception sket pasal dia connection baik dekat indon.

Comment by menteil
2009-02-16 18:32:29

yup! sebab tu lah aku katakan mungkin dorang takut ada lebih ramai lagi yang akan popular seperti artis2 tu dulu..

 
 
Comment by Gadis Lonely?
2009-02-16 15:08:24

aku rasa kita perlu terima hakikat yg muzik indon tu nyatanya lebih sedap.. keunikan bahasa mereka memainkan peranan.. selain itu, lirik yang terlalu indah bagi aku menjadi satu lagi sebab aku lebih gemari muzik dari indonesia…

bukanlah aku bermaksud aku sukakan indonesia, tapi aku sukakan muzik mereka.. mungkin juga korang semua.. jgn hipokrit.. terima hakikat.. ya, terima…

hanya satu yg mampu menggempur muzik2 mereka.. iaitu artis indie… bukan mainstream… hapuskan mainstream.. yeah!!

Comment by Azman Ishak
2009-02-16 15:57:07

ah… aku tak setuju dengan gadis loney… miahaha
lagu rock malaysia la lagi best… amuk, may, putra, ekamatra
rusty blade <– betoi ke.. erm.. lagi… BPR… semua tangkap
menangkap punye ROCK… Go Malaysian band… yippiesss~

*jangan marah ar khai:hehe:

 
Comment by menteil
2009-02-16 18:37:50

tapi pernah tak kita terfikir kenapa boleh ’suka’?

macam aku katakan la..
terlalu banyak kenbanjiran muzik dari seberang.. kenapa? penapisan yang sebenarnya macam tak bertapis…

kalau katakan macam tak ada sainganlah kalau muzik dari seberang tak ada..
ko gak sendiri katakan muzik indie best.. so bersainglah dengan muzik indie..

kalau dari segi muzik.. kita sendiri ada penulis lirik yang superb! Arwah Loloq.. sape tak kenal dengan bahasanya yang puitis dengan penuh makna..

aku sebolehnya takkan terima kenyataan muzik indonesia lagi best!

:baik2:

 
 
Comment by saimal
2009-02-16 17:47:53

lagu lame agi besh..huhu :baik2:

 
Comment by faisalhanim
2009-02-16 18:36:53

aku dgr lagu2 indie kat Malaysia nie dah lama ada..sebelum muzik2 dari seberang nie dtg lg..cuma record company yg tak berani nak pasar muzik2 indie nie masa tu…skrg baru kempunan!

tapi aku peduli apa….hee..asal muzik tue sedap didgr tak kira la dari mana asal dia..aku layan jer.

lagi satu, org2 muzik kat malaysia kene anggap ini semua satu cabaran…kene lebih kreatif…mcm bidang2 lain jgak..sains, sukan, ekonomi…mana ada selamanya diatas…kene usaha..be global…

Tanya diri, kenapa org kita tak dgr muzik kita…mesti ada sebab…

 
Comment by hashim habeed
2009-02-16 23:41:02

sapa tu salmah hibon…. loywer… majistreet, apa ahli musik….
dah 4 bulan x dengar lagu tempatan

 
Comment by milsum
2009-02-17 00:09:07

menteil, ko x minat nasyid ke??

 
Comment by Kujie
2009-02-17 19:35:21

telinga masing2…deria pun berbeza tahap ketebalannya…
apa yg kita suka org tak suka
sbb tu ada berbagai2 jenis

 
Comment by Caps
2009-02-18 12:58:10

aku paling anti la band indon ni…sebab indon kalau copy paste dari uk/us mmg terrer…dan aku mmg mencik diorang carik market kat mesia ni…lyrics ntah-apa-apa-ntah….maaf pada peminat artis indon….kalau korang suka..teruskan..aku tak marah…tp pada diri aku..aku tak suka hahahaah…

erm industri tempatan?boleh la..just dgr di radio-radio..di mp3 jarang gile…

aku suka band luar..oversea..tp tak support gak sebab diorang tu org luar nak nak us hahahahaha…jadi aku sedut je mp3 diorang..takyah la support hahahaah..

nak support industri tempatan..cara aku ialah..jangan sedut mp3 diorang…kalau 10 org wat cam aku..diorang nye sales mesti up 0.01%….tp kalau 100 org?1000 org?

 
Comment by Merah&hitaM
2009-02-19 07:46:15

jadi mcm aku kan best…
tak tgk TV..
tak dengar radio…
ari2 on9..
hehehe…

tapi muzik indon la sedap lagi aku ase la…
kira2 dalam 10 lagu, 3/10 dari muzik kita yg aku suka…
selebihnya indon…
itu pendapat aku la…:apa:

 
Comment by bantingboy
2009-02-19 12:08:18

ehm. biasalah tu. lagu mana-mana pun sedap. janji kene dengan kita..:apa:

 
Comment by najlaa
2009-02-20 01:00:32

aku rasa rakyat malaysia dahagakan lagu2 band yang sangat kurang kat malaysia sekarang. kalau aku boleh sebut berapa kerat je kot yang aku tau nama band yang mainstream. sixth sense, spider, exist, aaa…entah la sambung sndri…

tapi yg band indon berlambak2 tak terkira..peterpan, so7, kertas, kangen, project pop, ada band, letto , pilot, romance, samsons, vagetoz…pergh pergh..laju je aku tuliss..

tapi sekali indie lak naik skarang..so baguslaa…banyak sket band2 yang boleh mengisi kekosongan ini…couple band, hujan, MUH, bunkface, estranged, butterfingers…just to name a few…

kesimpulan..banyakkan lagu2 band yang berkualiti..

sekian saja pendapat ikhlas aku:cak2:

 
Comment by salmah hibon
2009-02-20 07:14:26

huih..terima kasih to menteil coz sudi gak memerah otak tuk entry kali ni berdasarkan soalan aku dahulu kala.hehe.

pape pun menteil..kau sama dengan aku..kalau drive kete skunk pun aku akan tetap tekan cenel terbang cm kau.bukan tak support radio2 melayu.tapi apelah makna radio malaysia kalau lagi byk lagu indon je aku dgr.mungkin diorang rasa ‘panas’ dan ‘ayu’ je menkan lagu2 artis indon..semuanya sbb business n nak tarik pendengar..tapi pape pun indie dh banyak melahirkan band2 n lagu yang best2 dr indon cth : Estrella, MUH, Hujan(ape fcuk2?), Estrange, couple, Yuna, M.Daud Kilau and kalau nak sebut pun tak terabis2 kat sini..

lagipun bukan musik je..kalau ko tgk tv..aku rasa petang2 pun penuh cite indon..tu just contoh sebab aku tau org lain memang ske tgk sinetron2 indon ni..aku tak pulak..hehe

 
Comment by Caps
2009-02-20 15:51:20

Yerla….kalau bukan takat lagu je wey…
sinetron..

bagi penggemar filem seram seram sejuk..korang tengok..filem negara mana yg seram..sampai korang nak gi toilet pun teringat ingat selain korea,thailand…indon kan?40hari bangkitnye pocong la…tali pocong perawan la..hantu jeruk perut la…cuba tengok filem seram kite..byk sgt terms and conditionnye…hah ni citer pasal movie ke?kene mintak menteil buat experimentasi pasal movie pulak la kan? ~rockkk~ :baik2:

 
Comment by arul
2009-03-11 12:21:03

aku suke denger muzik indon,filem indon,sinetron indon,awek indon,pokok nya indon is cool deh!

 
Comment by suzanna
2009-03-21 23:04:02

…rasanya..awak bole jadi seorang pengulas musik yang baik!!!

saya nak minta tolong…bole tak ‘menteil’ (betul ke itu nama u?)…bole tak cadangkan untuk saya, 2 jenis genre musik yang hampir sama tapi berbeza di malaysia..contohnya rap n hip-hop..

ada tak cadangan lain?..saya ada terfikir tentang musik ska,..tapi saya tak tahu nak padankan perbezaan musik ska dengan musik apa….

..sebenarnya, ni assignment untuk kelas musik saya..harap awak dapat bantu saya…thankss!!!! (^_^)y

 
 
Comment by suzanna
2009-03-26 01:03:02

trima kasih banyak2…memang link tu membantu…
sbb sy ni x tau sgt jenis2 muzik yg ada time zaman ni..
assignment tu sy buat muzik ska n muzik reggae..
mula2 sy fikir muzik ska je yg wujud kat malaysia,..x sangka sy ada jg muzik reggae skrg ni..kumpulan “pure vibracion”. kumpulan ni la band yg first bawa muzik reggae kat malaysia ni kan…menteil da dgr lagu2 diorang ke?..
cubala dengar,..mmg best! cuba dgr lagu ‘Mi Gal’ dr pure vibracion..bunyi mmg sebiji mcm bob marley!!!
skali lg thanks!!!

Comment by menteil
2009-03-26 01:47:22

owh.. bagus la dapat membantu..

baru tau pasal pure vibracation..
thanks ya..

aku lebih suka ROB (republic of brickfield)
muzik dorang memang bez giler…
try ar dengar…
http://www.myspace.com/therepublicofbrickfields
:baik2:

 
 
Comment by Hasyim
2009-07-02 06:37:11

allaaaa..aku tak hipokrit.
kita pon banyak tiru muzik dorang la..
layan lagu indonesia laa..
lagu indie mereka pon cam best.
plak.changcuters..the sigit.
hikss..hikss.hujan pon tiru band indie indon White shoes& the couples company.

fuck hujan!!!!!

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.
menteil.net have 219 Posts and 8,991 Comments under 21 Categories.

Monthly Top

categories

archives

mystuff

onlinenow