Ceritera Sebuah Pengorbanan
¬Article by menteil with 36 comments 36 comments
6 Dec 2008Hari nie aku dah start cuti sempena menyambut perayaan terbesar umat islam selain aidilfitri.. Tadi aku melepaskan semua keletihan aku sepanjang minggu nie dengan membawa diri ke alam yang serba indah.. Dengan makna lain, tido!! Mungkin petang nanti aku akan pulang ke desa mencari unta untuk dikorban.. Mari untuk rentetan peristiwa minggu ini..
1. Malam bagai siang bagi aku.. Seriusnya aku langsung tak tido malam.. Semua sebagai persiapan menghadapi perjuangan hari esok.. Aku akan topup waktu tido aku bila petang menjelma.. Aku rasa kesal semakin melupakan mentari pagi yang setia.. Maafkan aku..
2. Menyeluk masa untuk kerinduan.. Tipu aku cakap kalau aku boleh menghilangkan rindu aku pada blog.. Buktinya aku tetap mengupdate blog dengan rakusnya.. Tapi aku limitkan di sini.. Seseorang yang aku kenal sudah nampak kebelangan menteil.. Tak nak cerita lanjut..
3. Merompak waktu untuk ketagihan.. Memang ketagihan pada internet sukar diubat.. Jenuh aku mencari setiap klinik dan hospital.. Semuanya mengajak aku ke Tanjung Rambutan.. Pawang dan bomoh terus menipu ganjaran walaupun dia sendiri tak tau apa itu firefox..
4. Kesilapan mengajar sesuatu.. Sempat juga aku membina kedai online menggunakan wordpress dan beberapa plugin.. Semua ini untuk belajar mengejar kemewahan mencari sedikit pulangan berinternet.. Banyak kali mencuba akhirnya menjadi.. Tapi aku tak akan lancarkan blog nie selagi aku belum bersedia.. Sedikit scrennshot.. ini contoh sahaja.. klik untuk paparan sedap mata..
5. Penyesalan yang selalu dilupakan.. Jumaat tadi aku mengulangi kesilapan yang selalu aku lakukan.. Tidak mengambil berat tentang perkara yang kecil yang akhirnya memberi impak frust menoggeng tahap cakra alam sial ke empat belas.. Tak sampai hati aku nak ceritakan di sini.. Memalukan diri sendiri lagi nanti.. psstt.. tiada kena mengenana dengan awek..
Semua nie melibatkan pengorbanan masa dan tenaga.. Pengorbanan sosial dan etika hidup.. Semakin dikejar semakin banyak pengorbanan dikerah.. Apakan daya manusia.. Mari bercerita pulak tentang pengorbanan..
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Firman Allah, bermaksud: “Apabila kedua-duanya berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipisnya. Dan Kami panggillah dia, wahai Ibrahim, sesungguhnya kamu membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini suatu ujian nyata dan Kami tebus (ganti) anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” – (Asy-Shaffaat: 103-107).
Isnin ini Raya Korban bagi umat islam tahun nie.. Seperti tahun² sudah aku menyambutnya seperti biasa.. Aku yang tinggal di pendalaman selangor mungkin tiada yang istimewa perayaan ini seperti di sesetengah tempat lain.. Itulah yang aku nak ceritakan..
Kenapa? Mungkin tiada penghayatan dalam menyambut perayaan ini bagi aku.. Setiap tahun pun sama jer.. Tiada apa yang menarik.. Tiada apa yang nak diraikan dengan penuh perasaan.. Aku yakin lebih dari 18 orang yang membaca entry ni pun mempunyai perasaan yang sama..
Pernahkah aku berkorban untuk agama? Pernahkah aku berkorban untuk negara? Pernahkah aku berkorban untuk bangsa sendiri? Pernahkah aku berkorban untuk keluarga dan sanak saudara? Mungkin semua pertanyaan diatas mempunya jawapan yang sama.. Tidak!! Yup!! Tiada kata bukti lain untuk menyangkalkannya..
Perjuangan antara akal dan nafsu masih belum terlerai.. Mari bertindak untuk muhasabah diri..
Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua.. Salam korban salam keinsafan..


There are 36 comments. Leave a comment!
¬ diya
#5780 December 6th, 2008 at 3:17 am
salam aidiladha menteil… :)
owh. curious yang nombor 5 :D
-
menteil reply on December 6th, 2008 at 3:23 am:
owh cepatnyer.. hehe..
no 5 biarlah rahsia..
tapi memang betul2 kesal..
:wargh:
-
¬ Sarah
#5782 December 6th, 2008 at 3:23 am
Lumrah la kita ni kena berkorban dalam hidup ni. Kalau tak, tak best la asyik menerima je kan. Pasal ‘My Shop’ awak tu, ni 1st time tau psl tu. dan sy pun curious psl no.5 jgk.
Salam Aidiladha =)
-
menteil reply on December 6th, 2008 at 3:29 am:
dugaan hidup makin suka menjemput..
nanti dah publish leh la jenguk2.. hehe..
er.. no 5 tetap rahsia.. hehe..
salam aidiladha juga..
-
¬ mrkay
#5785 December 6th, 2008 at 7:09 am
aku rindu blog.. serius.. sebulan lebih aku tak update 2-2 sbb terlalu bz dan dibelenggu byk sangat masalah…
aku juga rindu blog2 kengkawan.. aku cuma melawat 2-3 blog je.. itu pon ade 2-3 minggu aku miss… ape punye hidup la mcm ni.. aih..
-
menteil reply on December 6th, 2008 at 8:23 am:
huhu.. sama2 tak terurus la nie…
rileks..
jangan tergopoh gapah..
slow2..
balik raya tak nie?
blog aku tersenarai ke dalam carta ko?
haha..
-
¬ eiza
#5786 December 6th, 2008 at 7:39 am
aduhai…
tiba2 terngiang2 lagu berkorban apa saja..
selamat hari raya haji.
-
menteil reply on December 6th, 2008 at 8:24 am:
weh! ini bukan raya pose la..
hehe..
:baik2:
-
¬ adil
#5787 December 6th, 2008 at 8:04 am
ko try berubat dengan ayah pin pulak, mana tau dapat dok kat langit.boleh mengubat ketagihan ko tuh… smbil tu bawa sekali laptop. cuba cari koneksi atas langit. hehehe…
btw, selamat hari raya eid-adha…
:baik2:
-
menteil reply on December 6th, 2008 at 8:30 am:
tanak aku..
dimasukkannya aku dalam teko besa dia tu lemas aku..
hehe..
:cak2:
-
¬ Taukey
#5791 December 6th, 2008 at 8:50 am
aku teringin plak nak tau nombor 2 dan nombor 5. cerita la. ekeke:hehe:
-
menteil reply on December 6th, 2008 at 8:59 am:
yang aku tanak cerita yang itu la dia nak tau.. haha..
segan ar bro nak citer..
nanti la aku citer ’senyap2′
haha..
cerita dalam cerita..
ok?
aku suka buat nie..
:hehe:
-
¬ Taukey
#5792 December 6th, 2008 at 8:50 am
boleh tahan gak ko nyer shopping cart tu. hehehe
-
menteil reply on December 6th, 2008 at 9:00 am:
hehe.. simple jer bro..
tapi aku suka..
boleh sambung bila betul2 free nanti..
-
¬ Hairul
#5795 December 6th, 2008 at 9:56 am
Selamat raya haji menteil. Best la ko, raya kat umah…
Aku tak bley balik…. siap ada test lagi esok…
Salam korban, salam keinsafan.
-
¬ ibnmasir
#5796 December 6th, 2008 at 11:18 am
Salam Hari Korban…sebenarnya banyak yg kita dh korban tapi kita x sedar. Walaupun nmpk kecil tapi amat besar disisi Tuhan.
Nak tau gak, nape ngn ari jumaat ari tu?hehe..
-
¬ syzn rzki
#5797 December 6th, 2008 at 12:45 pm
Selamat Hari Raya Haji…:baik2:
-
¬ liz
#5798 December 6th, 2008 at 12:45 pm
slamat hari raya aidiladha!
-
¬ Azizwan™
#5799 December 6th, 2008 at 2:34 pm
salam aidiladha utk menteil.. tahun ni korban apa bro?
erm.. yg no.5 tu aku rasa bro menteil terlepas solat jumaat. hehehe.. just kidding :baik2:
-
menteil reply on December 10th, 2008 at 5:01 pm:
takde korban pape..
just tolong jer..
oh.. takde kena mengena dengan solat jumaat la..
:baik2:
-
¬ aman
#5801 December 6th, 2008 at 4:38 pm
salam aidiladha gak bro.. :baik2:
-
¬ Belatuk
#5804 December 7th, 2008 at 8:07 pm
salam eiduladha….
-
¬ zool
#5805 December 7th, 2008 at 8:21 pm
bukan mudah nak berkorban..
Berkata-kata tu senang..
Chewah.. Ko pun nak bisnes ek?? Guna wordpress ye?
-
menteil reply on December 10th, 2008 at 5:02 pm:
yup! guna wp..
terasa indah bila guna WP.. hehe..
-
¬ eclipse
#5806 December 7th, 2008 at 8:59 pm
selamat hari raya korban juga. oh apakah yg bukan awk itu., haha manusia memang sukakan benda yg tak diberi tahu kan
-
¬ ika
#5808 December 8th, 2008 at 2:00 pm
selamat ali laye…
hee..lamenye tak jenguk blog ko ni…
susah nak loading la..
haha tak pasal salahkan blog kaw plak an..
jgn marah aa..
:alaa:
-
menteil reply on December 10th, 2008 at 5:03 pm:
orang dah lupekan kita kan..
alasan jer tu..
hehe..
-
¬ Azman @ Kreuger
#5809 December 8th, 2008 at 3:40 pm
erm… menteil… adakah ini entri emo hang??
miahaha… pawan tak kenai firefox.. tipu ar…
aku hari tuh jumpe sorang pawang, konon nak kasik pulih
dari ketagihan blog… tapi lepas jumpe die…
aku terus teruja nak buat macam macam jenis blog.
miaha… Pawang tuh upenye sedara dengan Firefox.
Tak bleh kate ape laa kan…
nko nak tau name die? WordPress.Org kekeke… aku sekarang ni
semakin suke plak dengan dashboard baru. ver2.7rc1
cantek gak seh… senang aku nak maintain…
*kompom aku lari dari topic kan.. lantak ar… memang
aku selalu cam tuh kalau kat sini… ekeke..
Tapi kan menteil… aku dalam 3 hari ni dah menjelajah
hampir suku malaysia… muahaha…
Dari KL –> Selangor –> Perak –> Penang –> Kedah
pas tuh plak…
Dari Kedah –> Penang –> Perak –> Selangor –> KL –>
Pahang –> KL semula… sampai la KL terus tegok entri
emo nko ni… kekkeke…
Sebenarnya aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha
untuk hang…. yang kat atas tuh mukhadimah aku jer…
Worait menteil… semoga ceria.:yeargh:
Kreuger®
-
menteil reply on December 10th, 2008 at 5:05 pm:
haha…
pestime aku baca mukadimah macam nie..
WP.org adalah pawang?
haha..
banyak la ko..
sonok menjelajah ngan awek ye bro.. hehe..
-
¬ kusu
#5810 December 8th, 2008 at 3:59 pm
aku juga selalu lalai..
no body perfect kan.. :(
-
¬ deennasour
#5812 December 9th, 2008 at 12:06 am
alah.lama gila tak ziarah kau yg menteil.
kau ssudah jadi mat jambu ya?
selamat hari raya aidiladha.
aku pon tak berkorban apa2 lagik.waduh.
-
¬ xmindfreakx
#5813 December 9th, 2008 at 8:04 pm
selamat hari raya aidiladha bro..korban?itu biasa terjadi
-
¬ titan
#5816 December 9th, 2008 at 11:51 pm
no.5 tu. takkan ko terponteng jumaat kot? hoho..
Aku harap ianya tidak benar. :baik2:
-
menteil reply on December 10th, 2008 at 5:07 pm:
huhu.. sudah tentu bukan la…
:baik2:
-
¬ Azah
#5823 December 11th, 2008 at 1:31 am
Salam Aidil Adha..
theme baru..lawa… lebih elegant. :wah:
-
¬ izzat aziz
#5826 December 11th, 2008 at 1:52 am
pagi waktu tdo, mlm waktu jaga mmg familiar dgn aku..
hehe..
antara sbbnya.. mnglakan aku miss subuh.. kerana liat nk bgn pagi
klau tdo mlm..
internet agak laju ms tu.. tgk utube pun x sngkt sgt..hehe
ms tu xde org.. jd x yah berebut nk guna komputer.. dan satu lagi
lebih tenang untu berfikiran.. :D
-