Kau Paham Tak Nie?!
Cerita Kamu July 4th, 2008

Memang Streamyx makin hari makin hampeh!! Aku pon dah malas nak bising2 lagi kat orang streamyx nie.. Bukan boleh setel pon.. Sama jer aku tengok.. Lagi satu, TNB.. adui.. Kalau korang nak tau, boleh kata setiap hari 10 kali rumah aku putus bekalan secara kejap.. Dan majoriti masa putus tu ialah semasa komputer aku nie terpasang.. Paham la apa jadi kan.. Kemungkinan besar aku akan berganti motherboard.. Ini negara maju?? Hahahampeh!!
Perlu ke aku marah? Dengan marah nie boleh mendatangkan hasil ker? Read the rest of this entry »
Hiprokrit Itu Perlu
Cerita Kamu July 2nd, 2008

Erm.. Mood aku masih belom clear lagi.. Pening banget.. Nak siapkan report, nak carik rumah sewa lagi.. Pening beb!! Aku habiskan masa seharian aku hari nie dengan mende tak berpaedah jer.. Download segala benda, mencari article2 pasal DSAI.. Dan aku dah boleh bajet apa kesudahannya.. Tapi biarkan aje la.. Untuk merehatkan kepala otak aku nie, aku pon pergi menambah kandungan gula kat badan aku nie minum air batu campur..
Sedang aku melayan ABC secara solo itu, makcik pembuat ABC itu yang lebih mesra dengan panggilan Angah tu ajak bersembang.. Aku pon layan jer la.. Elok jugak mendengar keluhan dia nie.. Aku pon lagi seminggu jer kat kampung nie.. Cerita la dia dengan masalah sosial bebudak kampung aku nie.. Dengan dadah yang tak pernah surut, kes samun rompak, sampai la kes bermaksiat secara bermaharajalela kat kampung aku nie.. Ha… Yang maksiat nie aku suka sket dengar.. Read the rest of this entry »
Paksa Rela
Cerita Kamu June 9th, 2008

Paksa + Rela = Paksarela.. Paham tak? Ntah!! Aku pon tak berapa paham.. Hehe.. Ok.. Cam nie.. Paksa itu tidak rela, rela itu tidak dipaksa.. Bila dicampur ia akan menjadi antara rela dan tak rela, antara terpaksa dan tidak terpaksa.. Atar pagar la senang citer.. Pening? Bagus.. Itu la yang aku nak.. Haha.. Read the rest of this entry »
Aku Tak Suka Kau!! Blah!!
Cerita Kamu June 7th, 2008

Semalam xder keroje kat opis.. Bukak la meebo.. (sebab kat opis YM kena block).. Sempat la bersembang ngan seseorang yang malas keje gak cam aku.. Haha.. Dalam sembang tu dia bagi la respon kat entri sombong tu.. Dia menceritakan yang dia memang terpaksa sombong kat seseorang sebab dia memang betul2 tanak kat orang tu.. Pasal ape? Mungkin itu bukan citarasa dia dan dia tak suka.. Betul jugak kan, Kalau dia dah tak suka, nak wat per paksa dia supaya suka.. Dia mintak pendapat aku.. Aku dengan jayanya berjaya merepek beberapa cara.. Read the rest of this entry »
Atuk Belah Dada Cucu
Cerita Kamu, Tiub Kamu April 22nd, 2008
Ermm… Lagi satu kisah yang diperbesarkan dalam penyebaran email.. Dan aku tak terkecuali menerimanya.. Kisah ni dikatakan berlaku di Kg Chubadak, Sentul. Dikisahkan bahawa atuknya sudah tidak tertahan dengan tekanan dan tak nak cucunya menanggung derita.. Disebabkan tekanan itu, atuknya telah membelah dada cucunya dan mengeluarkan isi2nya sekali. Lepas sahaja dibunuh cucunya, dia pula menggantungkan diri.
Mungkin tekanan disebabkan pasal kes kat video atas nie.. Aku pon tak tau lah.. Yang pasti aku tak tau lagi pasal kebenaran kisah ini.. Aku tunjuk gambar yang aku terima melalui email tu.. Aku tak boleh pamerkan kat sini sebab agak ngeri.. Bagi sapa yang lemah semangat, diharap tidak menekan link ini..
Tabiat Perokok
Cerita Kamu April 10th, 2008

Sajer aku wat entri nie sebab aku sendiri seorang perokok.. Tapi aku nak nyatakan kat sinie, yang aku tak berbangga pon aku nie seorang perokok.. Ramai yang salah anggap merokok nie untuk keterampilan yang lebih macho.. Ngarut la.. Bagi aku takde sebarang makna pon.. Sama jugak merosakkan paru2 sendiri dan orang lain..
Malas aku nak ceritakan tentang bahayannya rokok nie.. Semua orang dah tau.. [dah tau, tapi nak isap jugak.. pa daa!!].. Aku nak ceritakan tabiat seorang perokok… Tabiat?? Apa itu tabiat?? Perokok bertabiat namanya?? Hehe.. Jom usha.. Read the rest of this entry »
Mari Menikam
Cerita Kamu March 10th, 2008

Kenapa perlu menikam?? Kenapa perlu ditikam?? Kenapa, kenapa, kenapa?? Perlukah acara tikam-menikam beramai2 diwujudkan untuk memuaskan nafsu penikaman nie?? Kenapa nak menikam padahal tradisi berbekam masih lagi wujud?? Kenapa gambar atas nie seksi??
Nyanyian Dari Penjara
Cerita Kamu February 28th, 2008

Alkisahnya begini… Seminggu sebelum pernikahan satu pasangan nie.. Si perempuan ingin memutuskan pertunangan mereka.. Sebabnya kerana si gadis ini ingin balik semula pada kekasih lamanya.. Disebabkan si lelaki hilang kesabaran dan dirasuk oleh hasutan syaitan, maka si lelaki itu menamatkan riwayat bekas tunangnya dengan teman barunya itu..
Tetapi si lelaki yang sedar kesalahannya itu menyerah diri pada pihak polis dan meminta hukuman gantung dikenakan terhadapnya.. Tetapi sebelum dirinya digantung, si pesalah ini meminta permintaan terakhir untuk merakamkan sebuah lagu untuk bekas tunangnya itu..
Inilah lagunya…
Kasihnya Ibu
Cerita Kamu February 24th, 2008

Tadi aku check email yang sekian lama aku dah tak bukak.. Alamak kao.. Banyak giler!! Dalam banyak2 tu, aku tertarik dengan satu email nie.. aku tak tau la korang dah dapat ke belum, tapi aku baru dapat email tu.. Memang membuatkan perasaan seorang lelaki yang keras jiwanya seperti aku tersentuh.. Aku mengaku aku hampir menitiskan airmata..
Ada sebabnya aku hampir menangis.. Email nie menceritakan tentang kasih ibunya pada anak2, dan kasih anak2 yang perlu ada untuk ibunya.. Betapa kita tau betapa sayangnya ibu pada anak2nya.. Mungkin kita xsedar sekarang, dan jangan pulak kita nak menyesal dan rugi kerana tak nak menghargai kasih sayang ibu semasa dia masih ada!! Dan itulah apa yang [mungkin] aku buat sekarang.. Aku beruntung kerana aku masih ada ibu bapa.. Aku tak nak lepaskan peluang yang aku ada sekarang nie..
Bacalah surat yang ditulis oleh Umar Zahrawi berdasarkan pengalamannya sendiri..
Read the rest of this entry »
Busuk Hati
Cerita Kamu February 20th, 2008

Warghhhh!!!! Kenapa golongan orang macam nie selalu membuatkan aku xsenang?? Cuba la golongan nie xder.. Senang jer orang lain nak hidup.. Dan kenapa pulak aku yang selalu menjadi mangsa golongan2 berfikiran sempit nie? Setiap kali aku mencuba dan mempelajari lalu memahami, pasti dalam diam golongan nie wujud untuk menjatuhkan aku..
Takkan lah sebab wujudnya golongan nie aku tidak berhak untuk berbuat apa2?? Dan aku hanya perlu berdiam diri supaya golongan ini akan terus succes dan aku pulak masih berada pada tahap yang lama?? Takkan lah sebab pencapaian aku yang tidak seberapa perlu dijadikan modal untuk bertegang urat?? Kenapa sanggup bersusah payah untuk mencari kesalahan orang lain sedangkan taik sudah melekat kat badan sendiri?? Perghh!! Banyak betul persoalan yang masih kabur untuk diselesaikan..
Dan yang paling penting…. Read the rest of this entry »

