Bujak vs Andartu

Personalisma March 14th, 2008

2.jpg

Apa maksud title kat atas tu?? Haha.. Bujang Terlajak vs Anak Dara Tua.. Sebenarnya untuk menyedapkan bunyi dan mengecilkan ruang aje.. Tujuan asal entri nie pasal aku nak membincangkan pasal Insan yang masih belum berkahwin.. Ingat lagi dengan entri Kawin Mude tu?? Haa.. Yang nie versi kedua.. Bukannya nak suruh bujang nie berlawan ngan andartu..

Statistik menunjukkan semakin ramai orang yang membujang ataupun belum berkahwin di Malaysia ini.. Kenapa?? Adakah dia tak ensem? Atau tak cun??

Setelah aku melakukan kajian [hehe] aku mendapati bahawa faktor2 ini yang menyebabkan statistik pembujangan semakin berleluasa.. [wah.. bahasa...]

Pengalaman Silam..Ramai diantara mereka yang masih lagi dihantui pengalaman silam.. Sebagai contoh, dikecewakan kekasih lama, dipermainkan kekasih lama dan macam2 lagi la.. Sehingga antara mereka sukar untuk mempercayai jantina yang berlawanan dengan mereka.. Maka apa akan jadi?? Ok, baca lagi..

Perkara ini amat berbahaya kerana akan timbul pula perlakuan yang dinamakan Homoseksual aka gay aka lesbian.. Bila mende nie berlaku maka sukarlah bagi kita untuk pergi ke majlis kenduri kawin lagi kerana perlakuan ini diharamkan dan sungguh hina!! Waima bila ini berpanjangan, akan rosaklah sosial budaya agama kita.. Sampai bila??

Dibawah subjek pengalaman silam tadi salah satunya adalah Keretakan Keluarga.. Situasi ini juga boleh mempengaruhi fikiran mereka yang masih belum berkahwin ini.. Mungkin antara mereka trauma atau takut perkara ini akan terjadi dalam rumahtangga mereka..

Kewangan.. Bagi lelaki faktor ini memang amat digeruni.. Memang mudah memberi wang hantaran.. Berdasarkan pengalaman aku sendiri yang pernah menguruskan pinjaman peribadi di sebuah bank, 90% dari peminjam menggunakan duit pinjaman untuk berkahwin.. Tapi bagaimana pula bila sudah mendirikan rumahtangga? Mampukah mereka menanggung perbelanjaan keluarga? Mampukah mereka memberi makan pada isteri? Duit anak2 lagi?? Benda ini selalu bermain di fikiran mereka lalu perasaan takut itu timbul.. Masih Takut Untuk Bertanggungjawab.. Ha.. Sampai ke tue la kome..

Ada juga antara mereka yang terlalu fokus pada Kerjaya lalu melupakan tanggungjawab mendirikan rumahtangga.. Mungkin mereka rasa tanggungjawab pada kerjaya lebih penting dari diri sendiri.. Sebagai contoh salah sorang menteri korang la.. Haha..

Suka Bersendirian.. Mungkin mereka tidak merasakan mendirikan rumahtangga itu perkara yang penting dalam hidup mereka.. Tak nak ada kongkongan.. Bila dah ada pasangan, maka pergerakan itu akan terbatas.. Masih lagi nak hidup berkiblatkan bergumbira.. Lantaklah korang..

Ramai antara mereka yang mungkin Pemalu.. Dah bila macam nie, nak carik jodoh pon susah la jadinya.. Maka mak bapak dorang la yang tolong carikkan.. Bila dah tolong carik, Memilih pulak.. Nak yang hensem, cun, kaya.. Tak sepadan la.. Abeslah ko.. Tak kawin la ko..

Bila semakin ramai Bujang Terlajak dan Anak Dara Tua, apa yang akan berlaku?? Tak dapatla nak meneruskan zuriat keluarga.. Andainya dia anak tunggal? Camner?? Pergaulan homoseksual akan berleluasa, Maksiat makin meriah.. Apa lagi?? Macam2 la..

So.. Pada yang belom kawin tu.. Cepat2 la.. Haha… [macam la aku dah kawin]

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • bodytext
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • description
  • ThisNext
  • Technorati
  • PlugIM
  • De.lirio.us
  • Reddit

Entri Ini Mungkin Berkaitan



blank