Bersahabat Bukan Bermakna Memiliki
¬Article by menteil with 62 comments 62 comments
14 Nov 2008
Aku punya sahabat.. Tapi tidak ramai seperti ramainya kawan.. Pembaca setia blog nie *ada ke?* mungkin tau persepsi kawan dan sahabat bagi aku.. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan.. Aku percaya korang semua juga mempunyai sahabat.. Tapi tau ke korang batasan sebagai seorang sahabat? Pernah ke korang terfikir mengenai batasan untuk menjadi seorang sahabat? Mari kita rungkaikan kisah ini..
——————————————–
kisah 1
Hamidon (bukan nama sebenar) adalah sahabat aku dari kecil lagi.. Dari sekolah rendah hinggalah sekarang kami masih mengekalkan persahabatan itu.. Aku masih lagi ingat di zaman sekolah menengah, tempat duduk dia mesti di sebelah aku.. Aku langsung tak penah bawak buku teks.. Cuma dia je yang bawak dan aku berkongsi dengannya.. Buat jahat sama2, isap rokok sama2, belasah budak sama2, pau budak sama2 dan banyak lagi la.. Sehingga sambung belajar pun duduk rumah sama2 walaupon berlainan tempat belajar..
Sehinggalah dia berkenalan dengan seorang gadis yang boleh dikatakan kekasih Hamidon.. Sejak dari itu baru aku sedar yang aku seperti sudah dipinggarkan.. Sudah kurang masanya gelak ketawa dan sesi kutuk mengutuk antara lain.. Dan kurang juga komunikasi antara kami..
kisah 2
Aminah (bukan nama sebenar) boleh dikatakan sahabat perempuan aku yang paling rapat.. Kami memang rapat sehinggakan ada yang menyatakan kami nie pasangan kekasih.. Kami selalu keluar makan bersama, berhibur bersama2.. Boleh aku katakan setiap malam mesti kami berbalas SMS jika tak berjumpa.. Segala masalah dia aku tau dan sebaliknya..
Sehinggalah dia berjumpa dengan lelaki idamannya.. Sejak dari tu memang payah untuk aku berjumpa dengannya.. Tiada lagi SMS dari dia.. Sampai satu tahap, macam timbul perasaan jaggal dan segan pulak sebab dia dah berpunya.. Aku sedikit pon tak jeles dengan dia.. Suka lagi ada la sebab tengok dia bahagia.. Tapi…
kisah 3
Razak (bukan nama sebenar) memang seorang yang malas nak belajar, tapi rajin berkerja.. Razak samalah seperti Hamidon iaitu member sekepala di zaman sekolah..
Tapi Razak lain pula kesnya.. Dia terlalu kuat bekerja sehingga lupa dengan dunia luar dia.. Dia dah tak pedulikan perkara lain selain dari tugas dia.. Sampaikan sahabat2 dia pon dia dah tak terlalu ambil kisah..
——————————————–
Aku pernah terfikir “macam nie ke namanya sahabat? tinggalkan sahabat setelah apa yang dia nak dah dapat” Tapi aku cuba berfikiran positif.. Fikirkan kembali apa yang aku dah lakukan juga.. Disaat aku bersama awek aku, pernah ke aku teringatkan sahabat aku? Disaat aku bergembira berjoli sakan, pernah ke terlintas mengajak sahabat aku?
Bersahabat bukan bermakna aku boleh mengongkong kehidupan dia.. Itu adalah hak peribadi.. Hak yang aku tak boleh membeli dan memilikinya.. Ini samalah seperti ‘aku boleh sentuh, tapi aku tak boleh nak ambil’.. Jadi aku perlu faham sebab aku pon adalah seperti sahabat2 aku.. Sahabat aku juga ada kehidupannya sendiri.. Aku tak perlu pentingkan diri.. Maafkan aku sahabat..
petang nanti aku nak balik kampung lagi.. Mungkin akan jumpa sahabat2 aku.. sengaja aku tuliskan kisah mereka.. mungkin aku rindukan sahabat..
dah lama tak menerbitkan entry di awal pagi.. panjangnya entry ni…
There are 62 comments. Leave a comment!
¬ KNizam
#5312 November 14th, 2008 at 12:10 pm
hehe mcm2 jenis sahabat neh kan. :alaa:
-
menteil reply on November 14th, 2008 at 12:55 pm:
sebab tu la kena berhati2 memilih sahabat..
:hehe:
-
¬ Kujie
#5313 November 14th, 2008 at 12:35 pm
Kak Jie tiada sahabat karib…mgkn sbb berpindah2 sekolah dulu….
kawan itu umpama buku
tak tau jika tak dibaca
bila dibaca belum tentu kita faham
kalau kita faham belum tentu kita ingat
maka cukuplah sekadarnya
apa yang kita tahu, faham dan ingat
yang penting, kita menghargai
apa yang kita perolehi
-
menteil reply on November 14th, 2008 at 12:57 pm:
wah!! suka betul aku baca…
bagus ar kak jie.. mendalam makna dia tu..
banyak yang tersirat..
:baik2::baik2:
-
|1f34|-|1r3 reply on November 14th, 2008 at 11:31 pm:
kak jie memang banyak dia nyer falsafah ni beb..sekali dia bukak..mau ko tak ternganga haaaaaaaa :baik2:
-
Kujie reply on November 15th, 2008 at 2:42 pm:
ni ayat bodek nk cari petua le tu..hahaha
-
¬ Azah
#5314 November 14th, 2008 at 12:54 pm
ingatkan org laki ni “tali persahabatan” dorang memang gile kukuh…walaupun da kawin still duk ingatkan sahabat…
Berlainan pulak ngan en menteil ni yek…
-
menteil reply on November 14th, 2008 at 12:58 pm:
erm.. rasanya kitorang masih ‘kukuh’ lagi..
mungkin perasaan aku jer kot..
:alaa:
-
eni reply on November 14th, 2008 at 1:16 pm:
tu la kan…
biase lelaki ni cukup2 pentingkan shbt…
kdg2 awek boleh makan hati wooo…
tp tu la…
ssh nak cari yg btl2 shbt sbenanye…
-
¬ azi
#5319 November 14th, 2008 at 2:07 pm
alahaii sedihnyee la bile dengar cite ilang sahabat ni
takpe la bro.
ramai lagi kawan yang boleh dijadikan sahabat
walopon mungkin tak same dengan sahabat yang pernah ada… :)
-
menteil reply on November 14th, 2008 at 3:12 pm:
eh2?
tak hilang lagi.. ada lagi..
cuna dah sedikit renggang… tapi still sahabat…
:baik2:
-
¬ Sweet Thinker
#5320 November 14th, 2008 at 2:20 pm
nnti akoo da jd PM, kita dah x sahabat lg. ko kena pngl akoo TUN oke. haha! ari2 kena wat appointment lu. itulah konsep SAHABAT. xkn kekal selamanya. tataaaa!
-
menteil reply on November 14th, 2008 at 3:13 pm:
ET jadi PM? kah kah..
hehe.. aku paham maksud ko…
:haish:
-
¬ PakciQue
#5321 November 14th, 2008 at 2:42 pm
Aku dulu punya sahabat di Matrix..kemana saja mesti berdua..pergi kelas..pergi surau..pergi melepak…sampai tidur pon sekali sekala berkongsi katil…
Kadang2 bila mulut terasa nakal..aku akan ckp dialah boyfriend aku..tp betul kan..?dia boy dan dia friend aku..
Satu hari tu..dia MC seminggu..kena bisul..balik kampung…dan seminggu tu lah aku hilang selera makan..dok termenung…hilang arah..hilang punca..sampai member2 yg lain ckp aku mcm mati bini…
Nama Zaki..skrg ni dah kahwin..Oh..aku rindu saat2 dulu…hahaha..macam bercinta plak..
-
menteil reply on November 14th, 2008 at 3:14 pm:
huhu.. maknanya ko betul2 sayang kat member ko..
memanglah macam bercinta.. sebab dah selalu bersama kan..
‘macam’ saje okeh!!
jangan lebih2.. hehe..
-
¬ Mak Su
#5322 November 14th, 2008 at 3:07 pm
faktor usia menyebabkan sahabat2 mula longgar ikatan persahabatannya. :haish:
-
menteil reply on November 14th, 2008 at 3:15 pm:
huhu… ada betulnya tu…
tapi ikatan tetap terus..
-
¬ Hairul
#5323 November 14th, 2008 at 3:08 pm
Aku isytiharkan:
“Aku sahabat menteil di dunia online ini.” ;):idea:
-
menteil reply on November 14th, 2008 at 3:16 pm:
hehe… aku terima persahabatan itu…
:hehe:
-
¬ i-sya
#5329 November 14th, 2008 at 7:16 pm
aku nak k0men!! haha..excited.. :idea:
ala en.mentel oii >> sahabat mmg berubah..
nama pon manusia..
yg penting kite ikhlas bile berkawan..
:baik2:
-
menteil reply on November 17th, 2008 at 9:58 am:
walaupun ko tak letak url blog ko tapi aku tau ko sape…
oo.. silent reader ha…
:nangis:
-
¬ luLu
#5330 November 14th, 2008 at 8:24 pm
Aku kawan2 mase study sume dah takde…
yang ade kwn2 tempat teja jew r skrang…
Kadang2 bile jumpe alik derang…
Rase cam janggal…
cam org asing sdgkan dulu punye r kamcing…
Manusia berubah ikut peredaran waktu kan…
Aku cam dah tak kenal derang ag
so malas r nak hang out ngan derang dh…:haish:
-
menteil reply on November 17th, 2008 at 9:59 am:
erk!! jangan la putuskan macam t jer..
kamceng jer la balik..
kan bez tu…
-
¬ hashim habeed
#5332 November 14th, 2008 at 10:37 pm
Saya ramai kawan masa kat sekolah tetapi kini saya sudah potong 95% nama mereka dari kepala otak sy. Mereka ini ibarat melukut ditepi gantang.
dan Yang sekarang tinggal kawan2 yg only the best of the best… Susah senang bole kami nangis bersama sama….
-
menteil reply on November 17th, 2008 at 10:01 am:
wah.. boleh potong2 pulak ek..
hebat!! hehe…
bagus la dapat sahabat macam tu..
-
¬ zariel
#5333 November 14th, 2008 at 11:16 pm
sahabat bkn bmakna kita leh kepit dia bwh ketiak kita bro… tapi sahabat mgkin bmakna dia ada disaat kita perlukan dia vice versa… padahal sblm yu kita ingat dia dh x pedulikan kita lg… paham? aku sendiri pn mcm kurang jelas… hehe :wek2:
-
menteil reply on November 17th, 2008 at 10:02 am:
ler…
sume tu dah ada kat entry di atas..
:wek2::wek2:
-
¬ Adry
#5335 November 14th, 2008 at 11:47 pm
Owh.. entri kita lebih kurang jerr rupanya.. cuma aku banyak gambar tak banyak cakap.. ehehehe
-
¬ megat
#5336 November 14th, 2008 at 11:58 pm
aku rasa ko punyai kisah hidup mengenai sahabat yang sama seperti aku.
aku jenis yang menghargai sebuah persahabatan. merekalah tempat kita meluahkan perasaan tatkala tertekan. mereka tempat kita meluahkan perasaan. mereka juga penghibur tatkala berduka dan macam-macam lagi.
tetapi agak mengelirukan apabila saat kita memerlukan mereka tetapi seorang pun antara mereka tidak dapat bersama. maka akan timbul perasaan yang pelbagai.
sedar atau tidak, kita hanya mampu menghargai sebuah perhubungan persahabatan tetapi tidak mampu untuk memiliki kehidupan mereka.
sebelum mereka lupakan kita, kita yang patut ambil inisiatif mengingatkan mereka tentang hubungan persahabatan yang terjalin.
-
menteil reply on November 17th, 2008 at 10:05 am:
aku paham situasi lu bro..
sebab pernah mengalami zaman ‘tak berdaya’ seperti bro..
tapi memang dah ragam manusia..
selagi kita biar selagi itu lah dia suka..
memang betul la kita selalu peringatkan..
-
¬ izzy
#5337 November 15th, 2008 at 1:20 am
yup…mmg kawan n sahabat berbeza..
tapi kan…memang sahabat susah dicari…
n kalau ‘ter’paksa berkongsi dengan orang lain, kadang2 memang terasa.
cuma, kita perlu tau batas la…sahabat, bukan orang peliharaan (macam pet: haiwan peliharaan) kita yang kita boleh letak dalam sangkar…kita kene biarkan diorang bebas… seorang sahabat yang menghargai kita mesti takkan lupakan kita walaupon kurang berjumpa atau kurang komunikasi seperti dulu2.
pendapat aku la…:):hehe:
-
menteil reply on November 17th, 2008 at 10:07 am:
‘terpaksa’ berkongsi..
huhu..
ini betul2 jeles nie..
yup!! tapi bak kata bro megat atas nie, kita kena la selau peringatkan.. hee..
-
¬ wanie
#5338 November 15th, 2008 at 11:01 am
tak panjanglar entry ni..biasa jek.
tapi kan menteil, kadang2 kita sendiri pun tak perasan..kita tengok org, kita tak sedar diri kita mungkin ada meminggirkan org lain.
Sbb tu kalau aku spend time dgn kawan2 aku, aku tak bwk suami aku, masa utk kawan2 aku gune abis2 sbb aku tau bukan senang nk dpt masa tu.
-
menteil reply on November 17th, 2008 at 10:09 am:
yela.. itu la aku rasa..
aku pon kadang2 buat sahabat2 aku macam tu..
sebab tu aku tak salahkan dorang tu..
aku pon salah jugak…
huhu
-
¬ Saffa
#5339 November 15th, 2008 at 1:27 pm
Rindu dekat kawan-kawan lama:alaa:
-
¬ cik afeera
#5342 November 15th, 2008 at 1:49 pm
aku ader sorg sahabat baek….
aku juga ader sorg jiran y agak rapat (mak aku ckp bdk tu menantu dier…huhu)
tp skrg ni sahabat baek aku sedang hangat bercenta ngan jiran aku tu….makenyer mak aku dh x berpeluang nk mengaku jiran aku tu menantu dier…muahahahaha….
sebelom derang becenta,2 2 salu sms ngan aku….tp skrg…..derang dh makin jarang kontek aku…mgkn si wanita takot aku merampas si jejaka itu kot…huhuhu….
harap2 persahabatan kami x berakhir mcm tu~~
slamat tinggal menteil….jumpe lagi beberapa bulan selepas ini….huuuuuuuuuuuu:alaa:
-
menteil reply on November 17th, 2008 at 10:10 am:
aku pon mengalami perkara yang sama..
cumanya bukan jiran..
erk!! ko nak gi mana?!!
leq ar..
-
¬ melayubuntu
#5343 November 15th, 2008 at 2:40 pm
aku teringat cite ayat-ayat cinta..
“cinta dan keinginan untuk memiliki tidak mungkin sama”..
err..sahabat mmg bkn utk memiliki..ahaks:cak2:
-
¬ Mr Am
#5345 November 15th, 2008 at 3:36 pm
Jadi sahabat aku.. jom.. :D
-
menteil reply on November 17th, 2008 at 10:11 am:
hehe.. jom..
-
¬ bluesberry
#5347 November 15th, 2008 at 4:34 pm
erm..wujud lg sahabat sekarang..? dah bsr panjg gni sushla jugak nk berkepit ng shabat.. msg2 de dunia sndiri.. juz bole hargai moment yg ada jek..
*untuk pertama kalinya, shabat guwe udah lupaan my besday dat day*
*dier bz sgt la tuh..*
:ntah:
-
menteil reply on November 17th, 2008 at 10:15 am:
mana mungkin bleh pupus la…
owh.. takper.. biar aku je wish..
hepi bezday!! hehe
-
¬ eclipse
#5348 November 15th, 2008 at 6:42 pm
mcm sama je masalah yg dihadapi nie =_= hush salah siapa entah
-
¬ witty angel
#5350 November 16th, 2008 at 3:43 am
hmmmm biase la tu..kalau dh ade awek balak tentu lupe member..bosan~~:yeargh:
-
¬ najlaa
#5351 November 16th, 2008 at 6:32 am
emm aku pon kalau yang bersahabat tuh boleh kira ngan jari je..(sebelah tgn pon dah ckup)…
susahla..bile kita dah ade tanggungjawab masing2…duk jauh2..pastuh kita ade kengkawan kat tempat baru, semuanya akan berubah…memang rasa janggal jugak…
memangla still in contact,tp, kita dh taktau sgt ape yg berlaku kat derang..pastuh tatau nak borak ape, rase mcam dah kurang something in common…kurang chemistry..
hurmm…memang sgt bagus menghargai persahabatan, tp ape2 pn, just keep on moving je la..yg pnting bina sebuah famili bahagia, pastinya famili tuh akan ada ngan ko 24 jam…! hehe..:hehe:
-
menteil reply on November 17th, 2008 at 10:17 am:
ermm betul jugak kurang chemistry tu..
mungkin dah lama tak jumpe..
bagi aku la.. walaupon dah ada family, aku perlulan juga sahabat..
tak bleh la ngan family jer..
perlu gak masa untuk bersosial.. hehe
-
¬ adil
#5352 November 16th, 2008 at 10:49 am
aku ada sorg kawan macam kisah 3 ko tuh. asyik nak keje n xda kat umah sampai jarang nampak batang hidung. tak tau la kenapa…
mcm yg ko ckp la, kalo kita berada disamping awek kita, mungkin kita pun terlupa dengan kawan2 kita. entah2 dia suruh belikan barang time balik pun kita boleh lupa. kalo nak bawa kawan jenjalan dengan awek jauh sekali. hehehe…
kalo kita berfikiran positif, dan semua orang boleh hargai kita walaupun dia dah dapat apa yang dia inginkan, takkan jadi semua ni. Peace! :)
:cak2:
-
menteil reply on November 17th, 2008 at 10:24 am:
kah kah
komen ko mengingatkan aku pon penah lupa beli barang ntuk member aku time kuar ngan awek..
yup!! hargai.. tapi..
ade ke orang nak hargai?
-
¬ kreuger
#5353 November 16th, 2008 at 2:35 pm
miahahaha… perkara yang sama aku pernah alami dulu
Menteil oh menteil…
jangan le nko menyesali sebab ade jenis sahabat yang macam ni.
Tak molek nko keluarkan statement:- Macam ni ke sahabat…
ekekek… aku pon pernah keluarkan statement ni satu ketika
dulu, time macam nko la… bile semua sahabat dan kengkawan
bawak haluan hidup masing masing.
Xceli mende ni adalah lumrah. Perkenalan akan bersilih ganti
beb. Even nko punye very best and close friend akan bertindak
demikian apabila dah sampai masa die untuk pikir soal future
die.
Kalau nko nak tau… nko tuh dah sampai seruan untuk
berkawin. Series ni… lame kelamaan nanti nko akan perasan
yang diri nko sekarang ni bertambah kosong….
So dah ade ke calon calonnya??? Tok sah dok memalu, start
from now on, share la the best moment dengan si dia~
miahahah… lawak lawak jugak… sebab aku pon pernah
alami peristiwa di atas… dan sedang mengakhirinya…
Tak tahan hidup sorang diri, walaupon dikelilingi keluarga.
Kalau nak diikutkan… member semua dah bekeluarga, kalau
yang blom tuh, berapa kerat sangat laa yang nak sekepala
macam aku nih… so lepas tuh baru laa terbukak hati nak
carik awek…
Nko tak caye??? Aku pon tak caye gak pada memule tuh,
kire dah sampai le masenye nko memikirkan soal mase depan
nko plak daripada memikirkan soal kehidupan bersama kawan
dan sahabat nko.
Sahabat walaupon die dah berkahwin, die still sahabat nko.
Tapi cume die kene take care urusan die dulu, baru bleh
amik tau pasal nko… die tak bleh laa macam dulu dah…
nko tadek sen, die sponser nko… die ade masalah, die
citer kat nko…
Sekarang ni sahabat nko dah terpaksa merahsiakan beberapa
perkara dari nko. Perkara yang die rase cume die dengan
famaly/wife die jer yang layak tahu… so kekurangan utk
share the story dengan nko tuh, kompom la akan berlaku.
Worait menteil… lenguh jari aku, miahaha….
*kalau statement aku kat atas ni salah, tlg maafkan aku!!!
Lastly pesanan penaja:-
“Kawin ler chor~ Umor deme tuh sepatutnye dah jadik
bapok orang dah” …muahahaha!!!!
Kreuger®
:yeargh:
-
menteil reply on November 17th, 2008 at 10:28 am:
haha… aku rasa ini adalah yang paling panjang ko komen di blog aku..
er… bro.. aku kuarkan statement dengan penyesalan aku sendiri.. sebab aku sendiri buat perkara yang sama..
so takdelah aku salahkan dorang 100%…
pasal kawen tu no komen.. haha..
tak la..
dah ada calon, cuma persediaan tu belom lagi..
banyak perkara yang perlu aku dahulukan…
lagi satu.. aku muda rumaja lagi la… huhu
-
¬ taukey
#5354 November 16th, 2008 at 8:30 pm
hmmm aku sedar semakin kita tua, semakin itulah kita mempunyai kehidupan serta agenda hidup sendiri. Semakin hari semakin sibuk menguruskan benda benda peribadi. sudah tidak menjadi macam dulu dulu. Aku pun dah lama tak lepak dengan kawan-kawan sebab ramai dah kawin dan ada yang kerja jauh jauh
-
menteil reply on November 17th, 2008 at 10:31 am:
huhu… ramai yang cakap macam nie kan..
mungkin betul la..
tapi tak rasa rugi ke kehilangan sahabat setelah mendapat isteri?
-
¬ chika
#5355 November 16th, 2008 at 10:13 pm
sahabat saja boleh bilang pakai jari (jari tangan je. jari kaki tak payah)
-
¬ khai
#5371 November 17th, 2008 at 4:09 pm
hurmm.. ko kena paham bro.. dia dah ade orang yg dia sayang dan mungkin akan kekal dunia akhirat dalam hati dan hidup dia.. so ko kena paham yg tanggungjawab dia dah pergi kepada orang yg dia sayang.. ko tetap kawan dia.. tapi of coz la x sama before dia ada orang tersayang kan.. hehehe…
ape pon, mmber macam tu, bila ada masalah je ngan bf/gf, baru terhegeh2 cari member balik.. normal ar tu. manusia..
:cak2:
-
menteil reply on November 18th, 2008 at 8:03 am:
hehe… carik balik.. selalu dah tu..
biasa ar…
-
¬ Sarah
#5372 November 17th, 2008 at 7:38 pm
hmm.. sy tak pernah ada kwn yg boleh dibuat geng yg best kt sini :alaa: n sy ada kisah yg mcm kisah 2 awk tu. sayangnya persahabatan dh tak penting bila dia dh jumpa seseorg yg lebih penting dlm hidup dia. jgn la nnti dia dh bercerai baru nak ingt kat sy. huhu =p
-
menteil reply on November 18th, 2008 at 8:05 am:
alorh sedihnya…
sabar jer la..
bukan tak penting bagi dia kot..
cuma terlupa sikit jer.. hehe
-
¬ Heartless Devilish @ Reen
#5373 November 18th, 2008 at 3:36 am
Sahabat & rakan ada memacam ragam..
tp as long as dierorang tak tikam awak dari blakang..
as long as dierorang nie tak wat jahat pada awak..
-
menteil reply on November 18th, 2008 at 8:06 am:
yup!!
itu la yang baiknya…
lama menghilang?
-
¬ Menteil Power Rangers Pink | menteilsm rules
#5374 November 18th, 2008 at 8:00 am
[...] entry sebelum nie chika ada cakap power rangers pink tu tak berapa kuat.. Baiklah.. Aku nak buktikan kat dia kenapa power rangers [...]
¬ Cinta Tak Semestinya Bersatu | menteilsm rules
#37088 July 24th, 2009 at 8:27 pm
[...] lagi dengan entry Bersahabat Bukan Bermakna Memiliki? Rasanya itu bagus untuk si penghantar email ini.. Assalamualaikum Menteil.. mulanya panggil saje [...]
¬ fatyha_alysa
#40886 October 23rd, 2009 at 4:22 pm
tulah sahabat bile dah ade gf/bf lupe sahabat yg tolong die ..dasar lupa daratan………….nasiblah die tu bukan lagi sahabat aku……
-