test

Batik oh Batik

Cerita Saya May 16th, 2008

Semalam hari khamis.. Bagi yang bekerja di pejabat kerajaan kompem tau apa perlu pakai pada hari khamis.. Ya!! Baju Batik.. Kenapa? Ntah!! Aku tak penah research pulak kenapa pemakaian batik nie diwajibkan.. Terus terang aku katakan aku langsung tak penah pakai baju batik pada hari khamis atau dengan kata lain aku cuba melawan seruan kerajaan.. [seruan ker].. Bagi aku merepek jer la.. Kalau nak agungkan sangat batik tu masih ada lagi cara lain, bukan paksaan.. huh!! Sehinggalah aku terfikir….

“Rasa tak bez pulak aku sorang yang tak pakai” Barulah hati aku tergerak untuk membeli baju batik.. Ceh!! Bape lama dah menteil oii!! Maka aku pon jenjalan la mencari batik.. Bukannya di Midvalley, OU, Jalan Masjid India atau Petaling Street tapi aku jenjalan kat alam maya nie mencari.. Penat jugak aku bertanya pada Pakcik Google.. Akhirnya aku berhenti di kedai Kak Gee.. Sebabnya aku tertarik dengan persembahan kedainya itu berbanding yang lain.. Juga keayuan Kak Gee sendiri [Dia dah ada anak ok.. Yang lelaki jangan nak mandai2 ngorat dia]

Dengan harganya yang menareks, aku pon tempah la walaupon penah tersilap.. Segera Kak Gee inform kat aku pasal kesalahan aku tu.. Bila dah sampai tempahan aku segera mencuba walaupon belum bergosok.. Wahh.. Tak sangka kekacakan, kehenseman dan kemachoan aku terserlah bila mengenakan batik itu.. Jangan muntah sebab ini adalah kenyataan yang tepat dan sahih!! Haha..

Tapi malangnya semalam aku perlu melakukan kerja luar.. [ingatnya ada, rupenye takde..] maka baju itu masih terbiar sendiri..

Sempat juga aku berYM dengan Kak Gee.. Bersembang mengenai bisnes dia.. Memang aku puji dengan kesungguhan dia berniaga nie.. Dia mau luaskan lagi empayar niaga dia itu… Aku memang memandang tinggi bila seseorang itu bersemangat melakukan perniagaan.. Aku jugak tak lama lagi ingin membuka satu perniagaan [mungkin banyak].. Dengan izin tuhan aku harap menjadi la.. Amin..

Sape yang nak beli batik, tudung atau macam2 lagilah.. Jenguk2 la kat sinie.. http://www.nazira.biz

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • bodytext
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • description
  • ThisNext
  • Technorati
  • PlugIM
  • De.lirio.us
  • Reddit


Comments

  1. 1
    WANIE MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14
    May 16th, 2008 at 8:22 am

    hah kacakk?? hensemmm?? baik ko pi cek mata ko cepat

    aku kata xcukup kacak..lelaki itu walau muke cam jambatan tak siap sekalipun kalau pakai baju melayu pun nampak segak

    baju batik..cam org tua !!

    [Reply]

    menteil MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14 reply on May 16, 2008:

    mak aih dia pny balas dendam..
    tak hengat!!

    akan ku balas nnt..
    huahua…
    dish2!!
    :( :(

    [Reply]

  2. 2
    SiRibenMerah MALAYSIA Windows Vista Mozilla Firefox 2.0.0.14
    May 16th, 2008 at 11:53 am

    hiksss..
    ko ade baju batik x??

    tapi btul la..aku suke org pakai baju melayu lagi.. siap sampin n songkok..
    tuh mmg kategori kacak di mata aku.. hiksss=P

    [Reply]

    menteil MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14 reply on May 16, 2008:

    takkan aku nak pakai ari kamis lak..
    aku pon segak jugak berbaju melayu..
    haha..
    :)

    [Reply]

    SiRibenMerah MALAYSIA Windows Vista Mozilla Firefox 2.0.0.14 reply on May 16, 2008:

    buktikan..(taruk le pic ko pakai baju melayu) :o
    muahahaha..
    segak tuh hanya untuk aku je yg menilai tau!!

    [Reply]

  3. 3
    bayan MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14
    May 16th, 2008 at 12:32 pm

    salah satu cara yang baik untuk mempromosikan kekayaan khazanah kita. Dengan memaksa kaitangan awam memakai baju batik.

    Kalau kita tak promosi, siapa lagi. Rela ke orang barat ambik baju batik ni, patented kan jadi hak milik diorang [sebab kita pun pandang sebelah mata je]. Pastu, tahu je la orang barat camne. Dibuatnya baju batik yang comel lagi unik ni diinovasi jadi pario [ala, yang selalu awek tak cun pakai kat pantai, pakai ikat-ikat kat pinggang tu] atau dibuatnya baju mandi…kan dah tercemar namanya khazanah klasik kita.

    Betul tak?

    Apa pun, semoga encik bertambah elegan dan berkredibiliti semasa mengenakan baju batik [itu persepsi saya kepada mereka yang mengenakan baju batik].

    Saya, walaupun bukan bernama kakitangan kerajaan, still ambil kesempatan pakai baju batik pada hari khamis. Tak tahu kenapa.

    [Reply]

    menteil MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14 reply on May 16, 2008:

    er…
    nasihat nie…
    tengoklah caner…
    hehe…

    [Reply]

  4. 4
    nadia MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14
    May 16th, 2008 at 2:27 pm

    “Wahh.. Tak sangka kekacakan, kehenseman dan kemachoan aku terserlah bila mengenakan batik itu..”

    hohoho
    ade gamba x?
    nak tengok!

    =p

    [Reply]

    menteil MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14 reply on May 16, 2008:

    er…
    aku nie pemalu orangnyer..
    haha..
    :(

    [Reply]

  5. 5
    Anysz MALAYSIA Windows XP Internet Explorer 7.0
    May 16th, 2008 at 7:44 pm

    best hape batikkk…
    tapi xde lain ke ha?
    asyik batik je ~~ :x

    [Reply]

    menteil MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14 reply on May 16, 2008:

    kain songket..
    bawak ar gi keje..
    huhu

    [Reply]

  6. 6
    zool MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 1.0.6
    May 17th, 2008 at 2:09 pm

    Senang woo pakai baju batik ..
    tak yah masuk baju dalam..
    tapi cuma harga nak beli baju tu leceh sikit..
    apa susah beli yang murah le..

    tapi yang best bila tengok awek2 pakai kebaya..
    he he he

    [Reply]

  7. 7
    ecahkoop MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14
    May 18th, 2008 at 12:30 am

    aku pki baju batik time sekola asrama dulu je… :x

    [Reply]

  8. 8
    Heartless Devilish @ Reen MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14
    May 18th, 2008 at 9:19 am

    Mahal la batik nie..
    Aku ada braper pasang je batik nie..
    selaennye kain batik aku jadikan kain utk kebaya..
    yg baju kebayanya aku pakai kain biasa…
    hehehehe…
    aku jarang pakai pun utk hari khamis..
    pasal aku kekadang je ingat ari khamis… :wink:

    [Reply]

  9. 9
    cybernetics mind MALAYSIA Windows XP Internet Explorer 7.0
    May 18th, 2008 at 8:59 pm

    Hahahaha…tk sangka plak aku…ada jugak geng yg buat entry on batik neh…..

    so korang boleh jenguk2 entry aku plak

    http://akupunyalife.blogspot.com/2008/05/its-batik-day-again.html

    :lol:

    [Reply]

  10. 10
    kelat MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14
    May 18th, 2008 at 11:00 pm

    batik kelat… batik cokia jerkkk… x mampu ler nok beli hok memahe tuh… nunggu sponsor… kot2 ade… ekekeke… kan best kalo kjaan sponsor batik tuh… huhhu… :?

    [Reply]

  11. 11
    Nazira Noran MALAYSIA Windows XP Internet Explorer 7.0
    May 23rd, 2008 at 4:39 pm

    Batik itu hasil seni jejari halus usahawan dari tanah air kita.. Hargailah seni lukisan ini. Cantik apa semua bergaya dengan batik setiap Khamis.. Saya pun swasta tapi, macam best pula berfesyen batik tiap khamis.

    Bak kata adik hensem kita yang kenakan batik tu…

    Welcoma to my biz house..
    http://www.nazira.biz

    [Reply]

    menteil MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.14 reply on May 23, 2008:

    haha..
    ye la tu..
    :o

    [Reply]

Leave a Comment

:D :) :( :o :? 8) :lol: :x :P :wink:

blank