
Pertama sekali aku ucap terima kasih banyak² pada sape yang dah buat survey untuk blog aku nie.. Sape yang belum lagi tu, sila la buat ok.. Tak susah pon..
Kembali pada tajuk.. Sebenarnya aku terfikir tajuk nie bila aku melihatkan kejayaan anak watan kita dalam animasi 3D Geng The Movie, Pengembaraan Bermula.. Tahniah Les Copaque!! Upin dan Ipin memang comel gile babas! Sebenarnya menjadi animator nie adalah cita² aku dari kecik lagi.. Sebab tu aku suka baca komik.. Tapi apakan daya..
Habis jer peperiksaan SPM, aku terus belek² surat khabar, internet atau segala celah lubang untuk mencari peluang aku mengejar cita² aku.. Aku mencari bidang yang berkaitan dengan seni.. Tak kisahlah dari segi digital, seni visual, karikatur, komik atau apa² la yang berkaitan dengan seni.. Tapi yang paling aku minat adalah animasi..
Macam² jugaklah institusi awam atau swasta aku tunjuk kat mak aku.. The One Academy, MMU, Cosmopoint, Open Universiti dan ntah hape² lagi la.. Semua aku sarankan kat mak aku.. Semuanya baik² belaka.. Tapi malang.. Rejek!! Ditolak mentah²…
Mungkin mak aku tak tau betapa besarnya peluang anak beliau nie jika aku berjaya dalam bidang nie.. Maklumlah masa tu, upin dan ipin tak de lagi.. Yang paling dibanggakan pon Usop Sontorian.. “macam bagus keje macam nie.. ntah hape²” kata mak aku dalam hati mungkin…
Mungkin doktor, peguam, arkitek, dan setaraf dengannya yang membuatkan kerjaya seseorang itu nampak sungguh hebat.. Ah! Aku betul² kecewa.. Sebagai tanda protes, aku tak nak sambung belajar.. Mahu menunjukkan betapa anaknya nie begitu minat dengan animasi.. Dua tiga tahun jugaklah aku bekerja tanda protes..
Sehingga akhirnya aku mengalah.. Aku isi borang secara online di sebuah instirusi awam.. Tapi aku mengisi borang dengan harapan 25% jer boleh dapat.. Aku tak yakin boleh dapat pun.. Dan aku diterima belajar dalam bidang kejuruteraan.. Berkat ibu berharap dan terus tak jemu berdoa mungkin..
Yang lebih bertambah ‘drama’, aku dapat tawaran tu sewaktu aku terlantar kesakitan sebab kemalangan.. Kemalangan sewaktu aku pulang dari tempat kerja.. Ah! Aku bingung! Nak terima atau tidak?
Melihat kegembiraan mak aku tatkala aku menyatakan aku dapat tawaran belajar, terbatal langsung niat aku untuk menolak tawaran tu.. Aku akhirnya betul² mengalah..
Ah biarlah.. Apa salahnya.. Aku tetap boleh mengejar cita² aku walaupun aku dah tersasar pada simpang yang aku nak tuju.. Aku percaya aku mampu menyatukan dua simpang tu suatu hari nanti.. Paham maksud aku?
“Kenapa kau taknak belajar je terus dalam bidang yang kau minat tu menteil? Pedulikan dulu mak bapak kau.. Kejar dulu cita² kau dan buktikan”
Jawapan aku senang jer.. ‘Keberkatan’.. Tanpa berkat dan restu ibubapa apa yang boleh aku buat?
teringat drama dunia baru time khatijah tan cakap “kap ba ro kap alif ta nun… kabarkatan..” walaupun aku rasa ejaan dia salah.. huhu..
aku sibuk sikit la skang..
betul tu, aku pun senasib ngan ko.
last2 belajar kjuruteraan, langsung tak menarik minat aku. aku lagi suka belajar/keje guna pc, ahhahaha.
last2 tulis blog je, aiseyman
er… dah abis belaja blom nie?
senasib aku dengan menteil dan marzuki.
aku minat giler bab animasi. time skolah
dulu aku wajib ade satu buku komik hasil
lukisan aku sendiri. kire macam buku
sketct ar… segala apa animasi yang aku
tengok kat tv.. semua aku tiru n then
aku lukis..
lepas abis spm, pon same macam menteil…
tapi dulu aku bercadang nak masuk Cosmopoint
bahagian Art N Designer, ataupon Kolej Lagenda
untuk animasi dan grafik multimedia. tapi ape kan
daye… sob seb… sob.. seb… aku ni bukan
ar dari golongan berkemampuan untuk mengejar
citer citer yang sebegitu.
tak lame lepas tuh, aku dapat tawaran dalam progrem
diploma untuk peperangan elektronik.. wah…
(selain dari minat animasi dan design aku jugak
minak electronik) so ape lagi… aku terus la
accept…
abis jer tuh… kerjaya sekarang ni tak sama
macam aku belajar.. hahaha… lari terus. Dari
seorang electronic technician… yang kije sepatutnya
analisa circuit board… tapi dah bertukat kepada
Electrical technician… keh keh keh… kemudiannya
bertukar lagi kepada Bidang IT… wah… aku mempunyai
minat yang amat mendalam dalam 3 aspek yang aku sebutkan
ni:-
1. Animasi, Design, ART
2. Electronik
3. IT dan Komputer…
Ce ce ce… aku pon terlupa yang aku sedang berkomen
dan bukan membalas komen kat blog aku, mahupon sedang
membuat satu entri baru.. haha.. tuh la hang menteil,
saje je pancing kan…. dah ar.. tak mo citer dah.
Entri hang ni saje nak trap aku komen panjang… miahaha~
:chayok: :chayok: :chayok:
kira ok la tu..
ko dapat yang ko minat jugak..
aku nie? huh! tak minat langsung beb!
banyak kes macam ko nie..
belajar lain, keje lain..
hehe.. aku dah biasa dengan komen berjela2 dari ko.. aku ok je.. hehe.. kalau festime terkujat gak la…
wakaka… aku ingat ada entri kedua dari penulis jemputan ekkkekee
sori potong tang koner..hehe
haaa menteil jgn jeles…
aku dpt kos seni visual..
setakat lukis kartun guna PS tu buley ler..
hik hik hik… )
hehe.. congraz ar..
boleh la aku belajar dengan ko ye..
huhu… wex pn de gak wat protes nie.. tapi protes dalam diri je… tapi akibat nye kne kat batang hidung wex sndiri… wex tak kesal pe yg wex dpt skang, tapi pe yg wex kesal, knape wex tak trime kenyataan.. toing toing tul…
tapi skang, mungkin dpt ptunjuk dari-Nya… dn jugak sokongan mak ayh yg slalu je wat ape yg bleh tuk sokong wex…
wex maseh tak tinggalkan lagi pe yg wex kejar tue, mungkin wex terpaksa lalu ikut laluan lain dlu sblum dpt yg wex nak.. tapi mne tau, lagi byk perkara best yg wex bleh dpt sblum dpt bnde yg wex kejar tu… (pham tak, ntah, poning kan):apa:
insyaallah menteil, moga jaya…pe yg ayh wex slalu ckp… takdir, klu rezeki kte, pusing camne pn dapat gak…
hehe.. aku pon tak dapat terima kenyataan lagi (sikit)..
point kejar ko tu sama la dengan point aku kat atas tu.. jadi aku boleh paham.. hehe…
insyaallah.. amin..
menteil, diya rasa hampir semua orang yang punya mind set begini : cabang yang dipilih adalah penentu masa depan. silap sedikit sebenarnya. cabang yang kita pilih itu sebenarnya ia cuma lah sebagai medium untuk kita cedok ilmu sebanyak mungkin. manakala cabang yang kita minat ialah satu medium untuk melengkapkan ilmu tersebut. diya rasa ramai aje yang terpaksa korbankan minat demi restu begini [termasuk diya]. tapi, takde apa yang salah kalau kita baja minat itu dengan tuaian sendiri, kan? banyak cara nya. tak semesti belajar perkara lain, boleh sekat minat kita. cuma nak dan tak nak je. kalau nak, usaha dengan cara sendiri. kalau tak nak, abaikan saje biar terkubur minat tu. dan tak semesti juga, misal kita ambil aliran yang kita minat tu – mampu puaskan hati kita sepenuhnya. ada hikmah untuk setiap sesuatu [ayat lapuk tapi punya sakti tersendiri]. Allah knows better =)
yup! itulah apa yang aku cuba tanamkan sekarang dalam diri nie.. harap2 ianya tumbuh mekar.. huhu..
kadang2 banyak sangat cabang yang kita nampak.. tapi belum tentu boleh patahkannya..
erm..
agak susah nak jawab..
minat dan keberkatan..
apa kata ko buat dua2 sekali..
hahaha..
aku rasa boleh rasanya maju dalam 2 bidang serentak..
sebab kita sebagai manusia diberi kebolehan untuk angkut semua ilmu yang ada dimuka bumi ini..
maybe ko leh belajar sendiri yg bidang animasi tuh..
skang org tgk skill, ijazah ko bersepah tapi tak reti wat kerja wat per..
baik takde ape2 tapi leh semuanya..
hehe..
sependapat aku..:wargh::wargh::wargh::wargh:
aku cuma buat satu, satu lagi secara berasingan ataupun dengan kata lain kadang2..
curi waktu gak…
pasal pendapat ko tu memang aku setuju la..
sebab ada pengalaman sewaktu berurusan dengan orang yang konon2nya tinggi sangat ilmunya.. ceh!
just follow ja nasihat mak ayah.. mcm dr.M.. n cam kiter sndiri.. sape tau.. klu da takdir bidang tu.. itu juga akhirnya..
Sokong diya… :baik2:
yup! memang itu lah apa yang aku dah buat..
ikut sambil mengambil keberkatan.. hehe..
Salam… beruntung ko dpt belajar tinggi2 yer.. pastu nnti dpt gak keje yg best2.. isk isk tengok aku belajar malas.. sekolah takat jah 6 jer… huk huk
bukan tinggi pon bro.. mentah lagi..
tak la bro..
aku ada sorang member, memang malas belajar..
tapi kerja dia molotop.. mantap!
maknanya rajin..
skang pangkat dia dah sama taraf dengan bos tempat keje dia..
jeles je aku..
Cakap pasal cita:
Kes 1: Aku ambil 12 subjek time SPM. Tapi sebab banyak subjek yang clash dengan jadual aku (certain subjek aku xbelajar kat sekulah, aku belajar kat luar e.g. Accountancy dan Pendidikan Seni), so aku terpaksa drop 1 antara 2 subjeks. Disebabkan bapak aku ada background accountancy, dia suruh aku drop Seni, walaupun aku minat seni..
Kes 2: Lepas SPM, aku nak menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran, tapi kerana kerenah birokrasi Indonesia, aku berputus asa. Kalau nak sambung, kena tunggu 6 bulan lagi. Jadi, aku terpaksa masuk Universiti tempatan dalam bidang Kejuruteraan Kimia…
Konklusinya, kita tak boleh sentiasa mengikut kehendak diri sendiri. Kadang kala benda yang kita suka bukan benda yang kita buat. Kita boleh membuat pilihan, jadi pilihlah pilihan yang terbaik yang boleh kita lakukan :)
P/S: Ko course apa skrang ni?
ini pon mengikut kata keluarga la nie.. huhu.. bagus2..
memang lakukan mengikut apa yang kita boleh buat.. tapi aku tak boleh ‘ikut’.. sebab mengikut kata keluarga..
awam@bangunan
yup trajis sungguh kisah mu ini..tp sebenarnya kita senasib haha skang aku tengah berusaha capai apa yg terpendam dengan laluan yg lain. Ijazah hanya satu kredit! semoga sucsess! sucsess! untuk mu!:chayok::chayok::chayok:
hurm…smlm tgh kumen, pastu post kumen, tetiba aje terus blog ni down :((
—————————————————————–
KAP BA RO KAP ALIF TA NUN… KEBERKATAN….
ya betol tu kita perlukan keberkatan dari parents utk meneruskan perjuangan masa depan…
bagus kalo ko ikot ckp parents ko…
di situ keberkatannya…
satu lagi takziah la ko eksiden…
dugaannnnnn…. hehehe…
Akak pun senasib gak.
Huhuhu!!!
memang betul keberkatan perlu ada dalam mengejar impian..iada guna kalau tinggi ilmunya tapi RTM(rehat,tidur,makan)seperti aku,aku tidak pernah dapat pilihan untuk memilih minatku,akhirnya aku terlontar ke bidang sains iaitu fizik..ketika nak daftar tu,memang gelap sangat sebab matematik aku kantoi..waa..alih2 dapat fizik..huhuhu:ntah:
aku rasa betul la ejaan keberkatan tu bro.. apa yg salahnyee.. hurm..
anyway, betul la cakap ko… ape kita buat pun, semuanya mesti kena ada restu.. ada restu, insyaAllah mesti berjaya punya…
takde restu pun boleh berjaya, tapi takkan kekal…
all the best menteil! :baik2:
Klu yg mcm aku punya kes mcm mana?
Aku dpt smbg bljr(acctg info sys) apa yg aku minat(acctg). Tapi bila dah hbs bljar aku dh xminat acctg dah… Ha mcm mana tu… Agak konpius aku…
er.. ko tanya aku ke?
mana le den tau.. huhu…
itu kan pilihan ko..
amek masa, fikir balik mana yang terbaik..
teruskan atau buang masa bermula semula..
hoho…
apa yang kita wat pun mesti kena ada minat ngan restu, baru berjaya..hehe
hmm.. aku pun tak tahu aku kena paksa ke tak.. yg aku tahu.. my ambition is.. nak bljr tggi2.. habis phD.. insyAllah.. hmm.. itu je aku ingt..
bidang? keadaan yg tentukan bidang aku.. so aku terima.. mak plak.. tak penh nk bantah.. kata nya.. hidup aku.. aku yg wt pilihan.. mak sgguh baik.. aku sgt syg kan mak…tp wlupun mak tak penh halang.. mak tunjuk2 jugak laa jln.. haa.. kan best klu sume mak kt dunia ni lagu tu.. waaaa..
so sesape yg nk jd ibu.. faham2 laa ank. hehehe..tp kena laa ade guide dr mak ayah jugak.. kan3?hehehe
Betul tu.. Keberkatan tu penting..
Dalam tempoh belajar boleh le cari peluang dengan minat tu..
Tapi rilek bro.. Hiruma lagi susah hidup dia.. Sorang-sorang je.. H ahahahhaha
Parents sekarang patut sedar yg ‘minat and passion’ lagi penting dari makan gaji…
sedih bila ada parents yg paksa anak buat sesuatu yg tk diminati..
in my opinion,kalau jadi pelukis pun boleh buat duit kalau ada passion dan kene pada jalan..
kita masih lagi ditakuk lama bila kita hnya ingat keje doktor,lawyer,pilot je yg gah and boleh buat duit…
tapi hakikatnya sekarang…siapa lagi gah? Jutawan Irfan Khairi atau Dr Chandran kat klinik dekat taman kita?
*tak berniat nak tuju pada sesiapa,hanya contoh:)
so kepada bloggers di sini yg akan jadi parents satu hari nanti..ingatlah…:)
hehehe. aku pasti ko blh punya. aku pun kenal gak kawan ada dua degree. Satu sebab dia ikut nasihat ibu bapa. Satu lagi sebab minat. tak salah kita belajar. Ilmu takkan hilang di dunia, melainkan kita yang tak nak belajar. betul tak. Satu hari nanti aku nak tgk cerita power ranger kaler pink ko kat wayang. ahahaha:yeargh:
tu lah destiny yg kite xnmpak :cak2::cak2:
so,syukurla dpt jd stdnt engnrg..dlu aku nk amik law..tp mak aku xkasik gak..jd dak engrg pun ok gak..aku da nmpak aku akn dpt byk duit bile grad nnti..untng gak dgr ckp mak, sbb skng dpt jadi bdk bijak..ada kabarkatan kan..hehe :baik2:
ehm..aku akui kepoweran berkat tu masih wujud sehingga hari ini. Tapi terpulang pada diri masing-masing.
Aku masih menuju ke arah tujuan dan visi aku. Namun, pada masa yang sama aku cuba untuk menunaikan impian kedua-ibu abah aku. Sukar. Tapi sekurang-kurangnya, mereka sudah mampu tersenyum setiap hari. Itu sudah cukup bagi aku setelah pernah digelar anak derhaka dulu..:apa:
herm..selalunya pe yang kita rancang x jadi mcm ape yang kita nak…life tak semudah yang kita sangka.dan rezeki pun kita tak boleh jangka…
aku setuju jugak dgn statement ko..kita ni tak kemana kalau xde keberkatan ibu bapa..tu paling penting..hati pun tak tenang..berjaya pun tak kemana…hehehe
tapi alhamdullillah,skunk aku dlm course multimedia..
doakan aku kuat semangat untuk sambung degree..hehe:nari:
x sempat lagi la nak tengok upin ipin neh
aisey asyik sold out adjer. hehe :)
Aku ikot kate takdir..(pjg ceritanya..hmm)
Aku gila bila dengar math..
tapi sekarang, aku student math!
aku sedang menggila..huhuuaaa
betol2!mungkin boleh disatukan cita2 tersebut..
tapi still tak jumpa jalan..haiihh:taktau:
perghh.. dah lama tak comment kat blog ni wooo…
aku pon terpaksa la ni amik engineering ni..nak amik architechture or graphic design or art related nye course..haduyai..tp takpe..
keberkatan tu ade huuuuu
:alaa: