Hari tu aku ada terbaca sebuah entry di mana tuan punya blog marah² sebab blognya tak mendapat komen… Opss! Tak boleh la macam tu.. Kena la kaji dan cari di mana silapnya.. Disebabkan aku sedikit rajin aku buat sedikit researh dan sedikit ilmu yang aku belajar dari pengalaman yang sedikit nie.. Sebelum tu aku nak pohon sepuluh jari kalau penulisan aku kali nie akan mengguris hati sapa².. Itu bukan niat aku.. Ilmu yang aku tulis untuk panduan aku sendiri juga..
Ok.. Pertamanya aku nak bagitau ilmu yang aku bagi sedikit nie bukan sebab aku punya blog komen yang banyak.. Tak.. Aku kan pakai thread comment.. Boleh dikatakan banyak juga komen yang dibalas aku.. Sebab tu nampak banyak.. (sekarang puas la hati si pengutuk pengguna thread comment!)
Kalau aku tak balas komen bukan bermakna aku sombong, tapi bak kata khai itu sebagai menghormati pendapat yang diberikan. Maknanya tiada ayat yang perlu ditambah atau dikurangkan.. Jom berbalik pada tajuk utama.. Kenapa ye?
1. Pembaca Senyap
Kalau tak mendapat komen yang banyak tak bermakna blog tu tak bagus atau tak popular.. Aku sendiri ada blog yang tak mendapat komen, tapi pembacanya tetap ramai. Maknanya pembacanya lebih ramai dari pengomen. Ini pon dah cukup bangga bagi aku.
2. Loading Time
Bukan semua pembaca mempunyai connection internet yang bagus.. Seperti aku sendiri yang menggunakan celakekom broadband memang mempunyai masalah untuk loading sesebuah blog. Cuba check balik pada theme yang digunakan. Berusaha menggunakan theme yang ‘ringan’.. Kalau boleh kurangkan iklan. Tengok sendiri contoh google ads di blog nie yang sedikit mengganggu masa loading. (ada juga yang menyatakan celcom broadband punya masalah dns.. betulkah?)
3. Paparan Menyakitkan
Dah banyak kali rasanya aku tekankan pentingnya sesebuah paparan blog itu.. Susun dengan teratur.. Tak kiralah dari segi content ataupun theme itu sendiri.. Kalau content biarlah gunakan keseimbangan yang sesuai.. Tips; jangan terlalu panjang di dalam satu perenggan dan gunakan fungsi justify! Dari segi theme biarlah kemas dan tak menyakitkan mata bila membaca..
4. Kata Hasutan Yang Menjelikkan
Ermm… Kata² menghasut dan memaksa supaya pembaca berikan komen memang menjelikkan.. Contoh ayat (contoh je ok!) “ko dah baca tapi tak nak komen plak? macam sial dowh!” Bukan ke seperti memaki dan memarahi pembaca sendiri.. Komen itu diberikan dengan ikhlas, bukan paksaan.. Kena betulkan tu.. Berikan ayat yang lebih sopan.. Contoh “penulis amat berterima kasih dan menghargai segala komen bernas anda.. yang baik datangnya dari tuhan dan yang buruk dari penulis sendiri..”
5. Cuma Gambar Sahaja
Kalau setakat gambar je dah tentu lah susah untuk pembaca (?) memberikan komen.. Lagi² gambar yang tak menarik perhatian langsung.. Berikan sedikit penerangan atau pertanyaan untuk pembaca memulakan diskusi. Kadang² gambar yang terlalu banyak menyebabkan masa loading yang lama.. Belum sempat siap loading pembaca dah lari!
6. Entry Berjela-Jela
Pengisian isi yang panjang dan berterabur memang memeningkan kepala.. Cuba padat dan ringkaskan.. Kalau bercerita tentang makan, tak perlulah bercerita tentang proses basuh tangan, lap tangan, ambil sudu dan bla bla bla.. Boleh menyebabkan bosan! (er.. entry nie pon mungkin panjang)
7. Cerita Yang Sama
Mungkin secara sedar atau tak sedar penulis mempunyai isi yang serupa dengan penulis lain dalam masa yang sama.. Selalunya terjadi jika entry itu diperoleh dari email ataupun kupasan dari akhbar harian.. So pembaca pon malas la nak komen benda yang sama..
8. Promosi Tiada
Alamak! Macam mana nak dapat pembaca nie? Kena la usaha sikit.. Lainlah blog tu mempunyai carian google yang mesra. Contoh seperti dunia hiburan dan seks. Boleh juga bermain dengan SEO jika punya ilmu. Cara promosi? Sila google ye..
9. Tidak Berupdate
Aduh! Bosan la kalau pembaca datang tengok benda yang sama jer.. Kalau nak mendapat trafik yang tinggi, salah satu caranya dah tentulah dengan update yang selalu.. Rajinkan diri untuk hasih yang best!
10. Penulis Yang Teruk!
Erm… Mungkin sikap penulis sendiri yang menyebabkan pembaca membencinya.. Maka wajiblah menyopankan diri jika ingin mendapat respon yang baik.. Tak perlu hipokrit.. Cukuplah sedar pada batasannya.. Boleh rujuk pada entry ini..
Memang aku akui jumlah komen yang banyak mempengaruhi kepopularitian sesebuah blog itu.. Maka nilailah sendiri..
Entry sambungan untuk entry ini.. ‘9 Cara Memikat Hati Pembaca Untuk Memberi Komen‘.. Nantikan dengan sabar ok.. Err.. Dah siap pon.. Tinggal publish jer..
selalunya la orang taknak komen sbb point no 3 la (paparan teruk)
camne nak kenal pasti paparan blog sendiri teruk?
try masuk blog orang lain dan bandingkan ngan blog kita.tengok kemas ke tak kita susun.
satu lagi tulisan jgan besar kecik dan jgan warna warni.
sukee ni!! baguslah menteil. hee thnx!
:baik2:
aku juz nak tau saper orang tuh?
haha..
aku leh katakan beliau mesti mangkuk ubi..
dulu aku mula2 blogging takde pun org komen blog aku tapi aku tetap blogging dan tak marahkan sesape..
hehe..
erm, penulisan menteil ni agak profesional..
bagus2..
hehe..
nice info to share..
:wargh::wargh::wargh::wargh::wargh::wargh::wargh::wargh::wargh:
itulah hakikatnya… kita tak boleh paksa2 orang utk ikut cakap kita… haa bab ni berkaitan dengan skill kepemimpinan yang kita ada… macam mana nak mempengaruhi orang supaya komen kat blog kita… kalau takde komen tu, err kena nilai diri kita semula la…
blog aku dah lama tak update… ni baru je aktif semula… patut la takde org masuk wakakaka :hehe:
yeahhh!! rumah baru ni.. huhu
Ko guna plugin apa ye…..menteil sampai boleh bubuh link kat komen????
SEO smart link ;)
aku ok jer beb pasal bab komen..aku rasa,kalau komen merapu pun x syok gak….
5. Cuma Gambar Sahaja….. heheh tapikan.. post main teka2 gambar akan banyak dapat komen… hohohoho:cak2:
salam.
hehehe.. entry yang bagus.
emoticon yang gile super duper kacakliciouss.. :idea:
uiks xdek komen pun boleh marah pembaca ke aduyai :P
fuh…punyalah panjang berjela komen….mng top giler menteil ni…akak kenal menteil kat wordpress cuma mgkin menteil tak kenal akak hikhikhik…tp tkpe..sbb menteil pnh singgah kat teratak akak..masa mezain buatkan blog ni sorg pun tak singgah tp akak tkpun giveup atau berhenti menulis..alhamdulillah skrg wlupun tak sehebat Azman dan menteil tp lebih sepuluh org dtg singgah dah memadai…kitapun tahu sbb blog akak bnyak kekurangan..sedang belajar2 lagi..
tengah berusaha ni memblogging kan diri maceh kongsi tip ni :baik2::hai:
Kalau nak orang komen, kita kita kena komen la gak kat blog dia. Kalau setakat komen sepapan-dua lepas tu nak harap org komen balik susah la sikit sebab orang TAK BERAPA nampak. Tambah plak blog yang FOFULER macam ni.
p/s:Aku kekok sikit komen kat blog fofuler ni, takut tak kena dengan isu. Hihi…
mencari trafik lagi elok kalau di blog yang fofuler tu..
tgk pada stat blog kita refer dari mane..
tapi kan..
blog nie tak fofular la.. huhu..
Marah xde org komen??
sape? sape? hohoho
berbalik ke basic. tujuan berblogging itu ape? penting ke komen2??
kalau byk sgt komen takut tak terbls. aku xske kalo org xrespon komen g diberi. huhu:cak2:
tapi ssh jugak kalau nak reply sume.. huhu…
nnt kang ada la yang cakap bukan2..
komen berjela la.. ape la..
berserabut la.. itu la ini la..
cakap orang memang benci..
tapi pedulilah kan.. blog aku ye tak?
err.. ape aku bebel nie?
wah mekasihh incik. dahhhhh tambah ilmu:baik2:
Aku sokong post nie…
maybe aku tak bnyk pelawat atau post tak best..
aku cuba kupaskan persoalan ini dengan lebih luas di http://26life.com/2009/04/kenapa-aku-tak-tinggalkan-komen-di-blogspot/
Kenapa aku tak tinggalkan komen di Blogspot?…
Aku juga suka tinggalkan komen pada mana-mana laman blog yang ada isu menarik perhatian aku. Tapi tidak semua pemilik laman berasaskan blogspot berkenaan mahu aku meninggalkan komen di laman mereka
Kenapa pula aku kata begitu?Rilek-rilek, Bukan mahu be…
bagi aku simple. Ada komen bonus. Takde komen, takde bonus la bulan tu. haha..:baik2:
Hehe.. best2.. dan 1 lgi pada pendapat sye penggunaan CMS Blogger..pada sye CMS blogger agak lambat nk loading mase nak bagi comen..klo Wordpress tu laju sikit.. huhu :cak2:
Aku suka post ni.. aku “budak” baru belajar, seronok kalau ada yang nak mengajar…
Tips yang cukup bagus bagi aku kerana menteil mempunyai ramai pembaca dari Oh tidak…
besh besh…
ish.. awat aku dok mengomen nih… menarik sangat ka post nih… :D
banyak giler komen..teruja nak komen gak walaupun x tulis ayat pe pun sangat..
hohoho..i like this post..http://www.menteil.net/kucing_smilies/baik2.gifu like me…hohooh i bukan gay…(gurau jew)