9 Cara Memikat Hati Pembaca Untuk Memberi Komen

pikat-pembaca

Seperti yang dijanjikan pada entry ‘Alamak! Blog Aku Takde Orang Nak Komen!’, aku akan memberikan tips untuk mendapat komen yang banyak pula.. Lagi sekali diingatkan, aku bukan nak tujuk pandai sebab aku pon budak baru nak belajar.. Kalau ada yang salah tolong tunjukkan.. Tips nie sangat sesuai untuk newbie macam aku nie.. Kalau dah rasa diri tu ‘otai’ tak perlu bersandiwara dan menghilangkan sifat baik yang sudah dididik..

1. Thread Comment

Bagi pengguna wordpress berhosting sendiri, boleh cari plugin di sini.. Bagi pengguna blogspot, boleh lihat tutorial di sini.. Kenapa ini berguna? Plugin ini berguna seperti menjadikan ruangan komen itu sendiri seperti ruangan sembang.. Kena pada etikanyalah.. Maka ia akan terus berpanjangan..

2. Subscribe Comment

Untuk pengguna wordpress berhosting sendiri.. Boleh dapatkan plugin di sini.. Plugin ini akan bertindak menghantar email secara automatik jika komen anda dibalas.. Tapi pastikan ada option untuk dipilih pembaca supaya tak memaksa dia untuk melanggan.. Nanti akan dikira spam pulak!

3. Entry Yang Menarik

Ini dah wajiblah akan menarik hati pembaca untuk meninggalkan komen.. Tak kiralah entry lawak, pendapat, info atau sebagainya.. Yang penting entry itu memang menarik.. Boleh juga timbulkan kontroversi. Contoh ; Menteil menerima lamaran Liyana Jasmay menjadi pasangan hidup.. :D

4. Timbulkan Pertanyaan

Sengaja membiarkan pembaca tertanya² atau penulis itu sendiri meninggalkan pertanyaan untuk pembaca.. Mana tahu pembaca ada jawapan untuk soalan yang diberikan.. Boleh juga minta pendapat dari pembaca.. Selalu juga aku ajukan di akhir entry “korang pulak macam mana?” “kalau korang jadi aku macam mana?”

5. Banyakkan Point

Jangan melalut-lalut sampaikan lupa memberi point penting.. Banyakkan point yang menarik.. Semakin banyak point menarik semakin besar peluang pembaca untuk meninggalkan komen.

6. Jangan Menulis Penuh

Gunakan fungsi ‘read more’.. Jika permulaan penulis itu baik dan menarik minat pembaca dah tentulah dia akan menekan butang read more dan secara automatiknya form untuk komen akan keluar juga.. Begitu juga dengan fungsi rss.. Sebolehnya jangan membiarkan bacaan penuh..

7. Buat contest

Tak perlulah secara besar-besaran kalau tak punya modal besar.. Lainlah Jaws.. Dia kaya.. Hehe.. Kalau pandai cari peluang, carik lah sponsor untuk contest tu nanti.. Contoh seperti izzat dan aku sendiri.. Entry yang paling banyak menerima komen di blog aku pon dari entry contest..

8. Beri Hadiah Untuk Komentar

Tak perlu modal yang besar.. Kecil²an pon ok.. Ataupun beri kredit dan letakkan banner si komentar di blog secara percuma… Ambil contoh seperti yang dilakukan shaxx untuk komentar pertamanya.. Atau berikan topup (macam yang selalu dilakukan blogger kita.. Hehee..) untuk komentar terbanyak bulanan atau mingguan..

9. Blog Walking

Kalau rasa blog tu belum cukup popular, eloklah lakukan cara nie.. Tinggalkan jejak ke blog orang lain dan tinggalkan komen sebernas mungkin.. Tapi jangan marah pulak kalau dia tak singgah ke blog anda selepas anda meninggalkan komen di blog dia..

Ada banyak lagi cara sebenarnya.. Kalau korang tau, boleh kongsikan di sini.. Tak salah berkongsi ilmu kalau ianya berguna.. Hehe..

sudah sangat lama aku simpan entry nie, baru hari nie aku teringat..

Cerita Lain Yang Berkaitan

74 Responses to "9 Cara Memikat Hati Pembaca Untuk Memberi Komen"
  • Marzuki April 13, 2009 at 9:27 pm

    blogspot aku pun ada threaded comment la, haha.

    semua kat atas tu tepat, tapi bagi aku selainnya adalah menggunakan ayat penuh tanpa singkatan, dalam entri mesti ada gambar yang berkaitan, pilih layout yang profesional dan wajib aktif bertwitter.

    hekhek.

    • menteil April 13, 2009 at 9:33 pm

      Memang la.. sebab tu aku letak link tutorial ko.. tara baca ka? haha…

      erm.. betul2..
      tapi cara twitter tu aku kurang gemar (sket jer)
      hehe..

  • Ryehana April 13, 2009 at 9:52 pm

    aku mendapati entry yang kelakar dan ada gambar kelakar yg banyak menarik minat org memberi komen. mostly sbb nak kutuk gambar aku yg cun. wakakaka…

    • menteil April 13, 2009 at 10:21 pm

      haha.. kalau di blog nie banyak gambar yg diedit jer..
      dan macam marzuki cakap yang ada kaitan dengan entry jer.. huhu..

  • Mr x7 April 13, 2009 at 10:04 pm

    kenapa ada 9 je. alang-alang genapkan la 10. Subscribe Comment utk blogspot mana nak rembat?

  • famia April 13, 2009 at 10:06 pm

    9 tips yang kacak.
    cool! :idea:

    • menteil April 13, 2009 at 10:26 pm

      saya memang kacak.. sekian…
      :terharu:

    • saffa April 15, 2009 at 1:06 am

      yang Kacak.. bukan dari si Kacak..:cak2:

    • menteil April 15, 2009 at 1:58 am

      haha… korang nie tak boleh terima kenyataan langsung la…

  • Jaws April 13, 2009 at 10:09 pm

    haha..
    point yg bagus nih..
    akn ku turutkan..
    3,4,5 ngan 8 aku rasa aku belum buat ag..
    nanti aku try buat..
    sesaper yg bgi komen selalu aku ade hadiah utk korang..hehe..
    ko takyah mention nama aku kot..
    aku tak kaya ler..
    aku juz melakukan kewajipan aku jer..
    :alaa::alaa::alaa::alaa:

    • menteil April 13, 2009 at 10:28 pm

      hehe.. patut tukar menjadi jaws yang baik hati.. huhu…
      tak per ke bro?

  • hydir April 13, 2009 at 10:39 pm

    hoho .. itu tipsnya ya..
    aku catat
    aku rekod
    aku blajar
    aku harap aku lebih berjaya menjadi blogger yg baik:baik2:

    • menteil April 14, 2009 at 3:03 am

      amin… aku pon berharap begitu…
      :baik2:

  • shafie[dot]biz April 13, 2009 at 11:27 pm

    Aku rase cam aku lum wat jer aper ko cakap ni..tp aku akan wat..kalo contest tu mmg aku ngah wat skang ni..ko pon jgn lupe join contest aku….hehehe promot kan ckit..

    • menteil April 14, 2009 at 3:05 am

      insya-Allah kalau kelapangan nanti… hehe..

  • hady April 13, 2009 at 11:51 pm

    tip yang ke 9 tu aku jarang buat …. huhu

  • HuRuL_AiNi April 13, 2009 at 11:54 pm

    salam
    “Jangan melalut-lalut”….haha…tu mmg kena ngan aku…ye ye…akan cuba ku ingat….tapi bila dah tulis entry tu mmg slalu x ingat dunia…terus taip je…haha….aigooo
    :haish:

    • menteil April 14, 2009 at 3:10 am

      hehe.. kekadang aku pon macam tu jugak.. memang menaip lupa diri.. tapi aku bagi juga point yang penting sedikit..
      biar orang boleh fikir.. hehe…

  • Adam April 14, 2009 at 12:17 am

    Haha. Cool tips ni. Lepas ni boleh tulis bagaimana nak ramaikan pengikut blog anda oke ;)

  • zool April 14, 2009 at 12:17 am

    AKu pun nak blogwalking jap..

  • Adry April 14, 2009 at 12:25 am

    yeap… thanks for this reminder… kengkadang aku lupa.. hehehe

  • -WaN- April 14, 2009 at 1:14 am

    blog walking boleh naikkan traffic,tp tak semestinya..
    aku rasa paling mujarab adalah gi komen kat blog org laen..
    macam yg aku buat skrang ni…hehe :gelakjahat:

    • menteil April 14, 2009 at 3:06 am

      hehe.. itulah maksud aku…
      kalau berjalan mestilah tinggalkan jejak…
      kalau setakat lalu jer mana orang nampak…
      :cak2:

    • HuRuL_AiNi April 15, 2009 at 8:58 pm

      aku rasa tinggal jejak kat shoutbox lebih berkesan…haha…sbb kalau tinggal komen kat blog org, tapi isi blog xde apa…pun rasanya akan lambat dikunjung balas…..haha

      • -WaN- April 21, 2009 at 7:40 pm

        buat je sebanyak mane yg boleh..
        beri komen+tinggal jejak kat shoutbox sekaligus..

        tp susahnya kalo entri yg die tulis,tak tau nak komen ape..:hehe:

  • Chempaka April 14, 2009 at 1:51 am

    Waaah tips yg cemerlang, gemilang n terbilang la…

    Xboleh blah btl contoh ko… Menteil terima lamaran liyana jasmay… Hahaha…

    • menteil April 14, 2009 at 3:11 am

      itu adalah contoh yang benar.. cuma aku tak suka menghebohkannya sebab aku tak suka mencari publisiti murahan.. haha…
      :taktau:

  • azizwan(dot)com April 14, 2009 at 2:15 am

    aku dah blajar nk hasilkan penulisan yg menarik tp smpai skrng still hampeh sehinggakan setiap percubaan ku asyik gagal. bila aku baca balik entri yg aku dah tulis, nmpak sangat ianya tak best.

    seriously, aku sangat lemah dlm penulisan, jd tak hairan la klau org baca entri kat blog aku tu pasti akan berasa bosan tahap gaban. huhu..

    apa2 pun, aku akan cuba try test tips yg bro kongsikan ni. siapa tahu komen kat blog aku akan bertambah. yay! o.O

    • menteil April 14, 2009 at 3:13 am

      bukanlah sampai taraf hampeh bro..
      mungkin tak jumpa di mana nak mencipta ‘impak’ dalam setiap entry.. slow2 bro..
      jangan terkejar2.. huhu..

  • wanie April 14, 2009 at 8:33 am

    apa liyana jasmay melamar ko :apa:

  • abrar April 14, 2009 at 10:14 am

    bagusnya bagi tips..hehehe thanks for sharing. :baik2: selain itu kena jadi unik..baru mantap..!!!

  • j_hafiz April 14, 2009 at 11:00 am

    salam bro. nice sharing. ptot la ko nye artikel pnuh je org komen. lg 1 sbb ko da lme establish.. mm.. cmne nk ltk widget feed kt kanan bwh tu?

    • menteil April 14, 2009 at 3:25 pm

      pegi ke adiwidget.blogspot.com

      ada generate code di sana…

  • Mohd Hafizd April 14, 2009 at 11:40 am

    uik menteil, aku try dah buat komen plugin mcm blog ko neh..tak jadik la…hu2..:alaa:

    cmno neh??

    • menteil April 14, 2009 at 3:30 pm

      kalau bab blogspot nie boleh tanya en marzuki..
      dia lebih arif..
      tapi rasanya tuto tu dah details…

  • Kujie April 14, 2009 at 2:45 pm

    ooo…menteil

    entri yg menolak juga selalunya punya pengomen yang ramai….provo sikit2

    • menteil April 14, 2009 at 3:35 pm

      erm… tak paham la kak jie..
      tolak ape nie? hehe…

      • Kujie April 15, 2009 at 7:07 am

        ada entri MENARIK lawannya MENOLAK

  • fuad April 14, 2009 at 3:30 pm

    “Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.” (Al-Anfaal 8:74)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

  • Eriyza April 14, 2009 at 3:37 pm

    Akan diusahakan untuk membuat contest.
    Hadiahnya pakej sebungkus nasi lemak
    berserta segelas teh tarik ditambah dgn
    sebiji karipap. Hadiah kena tuntut seniri
    kat Chukai, tiada penghantaran diwat. :cak2:

  • ubey April 14, 2009 at 3:56 pm

    hoho. tq dgn tips2 di atas. ptt blog ko gle ramai peminat

  • asbesstos April 14, 2009 at 6:20 pm

    Thanks bro..maybe faktor kurang kekacakkan dr ko membuatkan susah aku nak dpt komen kat entry2..hahaha…im newbie..so aku just tulis jela pape..akan ku improve mengikut tips2 ni dan sebelum2 nyerr..

    bro..aura tu penting tak?? hahaha…

    • menteil April 15, 2009 at 1:55 am

      haha… aura kehenseman membantu (sedikit)

      yang penting gaya penulisan la bro, bukan paras rupa.. huhu…

  • Sweet Thinker April 14, 2009 at 6:27 pm

    den pilih point PROVOKASI SAMAR SAMAR!

  • Khai April 14, 2009 at 6:48 pm

    buat entri yang membolehkan anda di saman.. hahaha..

    pe pon nice entri..:cak2:

  • Izjat April 14, 2009 at 7:53 pm

    x pasti ok ke x blog yang dah buat nie…tapi bagus jugak information ini…thanks yer..

  • Diya April 14, 2009 at 8:41 pm

    diya setuju dengan semua fakta menteil tu. kebanyakannya diya pernah apply dan ia benar menjadi.

    tapi … fakta nombor 6 tu kan menteil … diya tak berapa setuju lah :alaa:

    sbb, diya agak tak berapa suka bila entri yang guna read more, tambah2 kalau kat google reader. erh! nak tak nak kena view blog jugak kalau nak full reading. diya memang prefer baca kat GR je. sbb ada sstgh blog yg lambat loading. :nangis:

    • menteil April 15, 2009 at 1:51 am

      ye.. tau mesti ada yang tak suka.. hehe…
      macam MK cakap, kalau entry tu bagus dah tentu orang tu akan klik dan tinggalkan komen..
      betul.. setuju…

      tapi menteil dah try.. tak bagus.. huhu…

  • zawzal April 15, 2009 at 12:22 am

    itulah yang biasa aku wat sekarang. hoho..:alaa:

  • loq April 15, 2009 at 12:39 am

    wah…
    patutlah
    ada yang aku tak pratikkan lagi nih
    thx for the info bro
    :D

  • [...] ikutkan Tip memikat hati pembaca untuk memberi komen dari Menteil saya tak pasti point mana yang telah saya [...]

  • @LiYaNNuaR April 15, 2009 at 12:03 pm

    nice tips… thanks bro!!

  • fazrewl April 15, 2009 at 3:14 pm

    Tq bro…
    best betul tips nie…
    banyak lagi yang aku tak buat…
    tq sesangat…

  • faizal April 15, 2009 at 5:45 pm

    blog aku selalu update pun xde org nk komen boring betull :alaa:

  • taukey April 15, 2009 at 6:13 pm

    :baik2: hehehehe. otai ni. mesti dia tau cemaner nak dapat komen byk2. cth blog ni pun begitu. caya bro. aku tak pandai sangat bab cam ni.

    Antara lain adalah menulis artikel berbentuk hiburan dengan ditambah ilmiah. Aku gerenti byk yg akan komen. Kalau kontroversi pun blh. tapi risiko tanggung sendiri. ekekekeke

  • Kreuger April 15, 2009 at 8:17 pm

    yehaaaa….. entri dengan tajuk kegemaran aku. tapi kali ni aku tadek la nak melawan entri tokey kat sini… kekeke… just komen secara random jer la eh..

    *tapi kenapa la aku lambat bace entri ni… adus.. sorry menteil. macam nko sedia maklum.. aku baru jer selesai proses audit kat store aku… so sebok jer sejak 2 3 hari lepas… ok dah stop… citer pasal enteri hang ni.. best untuk berkomen…

    1. Lame atau baru
    Tips ni sebenarnya bukan sekadar untuk orang baru jer macam aku ni.. tapi aku rase sesuai jugak untuk orang lame lame… kekadang kite ni dah lupe… bagi aku… memang cukup bermakna kalau blog kite ade komen… ape guna jadi blogger otai sekiranya blog tuh tadek komen… hehehe.. erk.. aku tak mau cakap sesape.. setiap orang ade pendapat sendiri.

    2. Threat Comment
    Sememangnye perkara ni lah yang menyebabkan aku berpindah ke self hosting… sebab aku suke cara berkomentor yang ala-ala komunikasi dua hala dengan pembaca. Sekarang ni blogspot pon dah ade threat comment. jadi bukan alasan kalau ade dikalangan kite yang memberi alasan… aku tak suke blogspot.. sebeb tadek threat comment. untuk pengguna blogspot… segeralah ke dilarangmelarang.com untuk mendapatkan tutotial ni. Rugi beb~

    3. Subscribe Comment
    Ini banyak berlaku kesilapan… sebagai contoh macam nko cakap, seting kat blog wordpress yang seolah memaksa reader melanggan ke comment blog nkorang. Bagi aku pulak, sekiranya comment itu dibalas oleh penulis… baru wordpress aku akan menghantar email Comment Reply… kalau pembaca lain… aku tak buat… sebab aku pernah rase tertekan kene spam tiap kali aku comment kat blog orang tuh… semua orang komen.. semua masuk ke mailbox aku… tention~

    4. Entri Menarik
    Oh.. tidak… tentang perkara ni.. aku memang tak pandai dari dulu. Ikut sedap rase jer ape yang aku nak blog out. Sekali sekala boleh la… kekadang tengok perwatakan aku pada mase tersebut. Mungkin berlainnan cara dengan blog lain disebabkan blog aku adalah blog peribadi… jadi mungkin atau selalunye mempunyai cerita yang agak membosankan pembaca… ekekeke *jangan ikut cam aku yang tak terer ni… ikut macam menteillll tak pe~

    5. Pertanyaan
    Ye betoi…. ini aku setuju… meninggalkan pembaca dalam ayat tergantung menyebabkan pembaca rase tak puas hati… dan seterusnya mewujudkan perbezaan pendapat yang menyebabkan berjela-jela la komen nkorang dapat.

    6. Tulis Penuh… untuk themes yang macam aku gunakan, style Magazine… jadi, baca seterusnya adalah diset secara automatik. Tak perlu aku nak pening kepala… kalau dah panjang berjela… munkin minat untuk mengomen tuh dah berkurangan. Ini jugak sebagai strategi mengalih tumpuan kepada entri yang nkorang cube tampilkan. Dalam mase yang sama… pembaca akan rase macam diberi keselesaan untuk berkomen kerana entri tersebut seolah berada dalam satu bilik khas yang hanya ada si pembaca dan sipenulis untuk meluahkan perasaan dan bertukar pikiran masing-masing.

    7. Point
    Seeloknya buat macam kite belajar karangan kat sekolah dulu. Gunakan kaedah satu perenggan satu point. Dan jangan lupe kekemasan susunan perenggan adalah penting untuk menghasilkan satu penulisan yang kemas. Sentiasa “JUSTIFY” perenggan nkorang, supaya nampak tersusun.

    8. Contest
    Yehaa… contest memang sedang berlangsung. Pertama kali aku buat contest yang telah dijoin oleh otaimer macam Menteil. Terharu aku….

    9. Hadiah
    Huhuhu… perkara ni aku cube prektikkan… tapi sekadar yang termampu aku memasang plugin top Comentor untuk pembaca aku yang setia. Seramai sepuluh orang akan menjadi top comentor bulanan. RESPECTED giler untuk mereka sebab link yang dilakukan adalah target=”_self” dan bukan target=”_blank” erk… ade sape yang tak paham tak? cam ne nak terang ni ek? hahaha….

    10. Blog Walk
    Sila la lakukan ini dengan sekerap mungkin… tapi jangan sesekali nko mengharapkan blogger lain untuk bertempek kat blog kite pulak… munkin pada hari ni… die tadek mood sedangkan kite dalam kegersangan menjelajah ke blog-blog lain.. jangan pulak nak paksa die datang blog kite atau paksa die komen… memang yang pasti tindakan tersebut akan menjauhkan segala blogger dari blog nkorang…

    hahaha… menteil.. aku hengat aku buat entri kat blog aku. adeh.. biase le tuh beb.. ghairah… pada hal pada mulenye aku dah tau yang aku cube untuk ringkaskan komen aku.. ape ape pon… terima kasih untuk segala perkongsian yang hang buat kat sini. Semoga dapat membantu orang yang baru macam aku ni.

    Thanks menteil.net
    :idea:

  • chemil April 15, 2009 at 9:39 pm

    tips yg bagus…tq2

  • Mohd Hafifi April 16, 2009 at 12:50 pm

    nice tips bro…aku perlu buat semua ni skrg gak

    p/s: jemput ke blog aku k..

  • selamburb April 16, 2009 at 11:31 pm

    bagi aq paling ketara layout blog..
    sedap mata memandang..
    tu yg terpalit dikepala dan tersemat dikalbu..
    seterusnya terserah pada penulisan kita sendiri..
    kemudian jalankan blogwalking..
    perlu ada strategi..
    jgn tunggu buah yg ntah bila gugurnya..
    :hehe:

  • arif fitri April 17, 2009 at 7:21 am

    nx komen???
    tgok la blog ak dlu..
    huhuhuhu…:baik2:

  • Shaffik April 17, 2009 at 4:35 pm

    Tips yang menarik bro..good information..thanks..

  • Kill-Vearn April 17, 2009 at 9:06 pm

    erk… azman mengamuk lagi ke kat atas neh…
    hurm… ape aku nak komen eh?
    macam takde persoalan aje kali ni…
    takpe la.. da komen pon…
    blog aku takde org komen tuh…
    tak kisah pon….
    sbb aku suka kongsi aje….
    lagi satu pasai pe ramai lagi takleh bukak blog aku eh…
    aku rasa nak tuko server cepat2…
    tapi rugi la duit… :(

  • PapaBear April 18, 2009 at 1:58 pm

    cuba komen lagi nih… nak ckp tq sebab mentioned blog saya… hehe

  • Pert DMQ April 18, 2009 at 8:23 pm

    nice tips..yg pasal melalut2 tu memang biasa aku buat hikhik:alaa:

  • D@U$ April 20, 2009 at 9:11 pm

    daus tertarik dengan yang no 9 tu…
    cara tu daus akan guna untuk blog daus yg sepi tanpa respon….

  • adol April 26, 2009 at 2:56 pm

    bgs tip nie… aku cuba nanti

  • Gagah April 28, 2009 at 12:58 pm

    cara pikat hati gdis xde ke?
    hahaha:hehe:

  • Pisyek January 16, 2010 at 7:43 am

    kekadang terfikir gak nk buat contest, tp xde idea lg la…

    sape ade idea? hadiah misteri menanti anda, si pemberi idea…

    hehehe…

Leave a Reply: